Friday, November 29, 2013

Bercuti di Genting Highland

Semalam bangun tido rasa malas sangat.. Cakap kat suami, tak nk keje boleh? Suami ok je. Terus msg bos. Bos, sy nk cuti harini. Outstanding issue yg urgent sy email kejap lg. 

Bos giler sporting, ok je. Jgn lupa brief amir tentang afiq (staf baru nk replace amir). Esok amir last, so tak boleh cuti esok..

Malas nk buat breakfast ajak suami dgn si bijak makan luar je. Si bijak yg aktif xpandai nk duduk diam2.. Panjat kerusi, meja... Geram.. Rasa nk kunyah-kunyah pipi dia pastu telan masuk perut balik. Hahaha...


Dlm kol 9, suami ajak g Genting. Konon tak pernah naik kabel car. Dr rumah aku ke Genting Highland pun tak de la jauh sgt. Tak sampai sejam. On je la... Masak2 utk tengahari.. Bersiap... 


Tgk buih pun pacak tinggi tau abang aidid!!!

Parking kereta kt Genting Skyway. Tiket dewasa rm 12 utk pegi balik. Budak bawak 90cm free..

Enjoy pemandangan dari dalam gondola. Best...


Sampai kt Genting pusing2 je. Lupa nk bawak baju panas. Tp syok je sbb sejuk. Dgn kabus tebal. Maklum la musim hujan.

Tak banyak aktiviti yg boleh dibuat sbb outdoor park masih lagi dlm construction. Dgr2 cite nk buat Universal Studio mcm kt Singapore. Tp tak tahula betul ke.. 


Pusing2 pastu jam 5.30 ptg, balik rumah.. 

Mcm biasa, si bijak la yg paling letih sekali. Mcm la dia jalan sendiri td. Padahal ayah yg kendong dlm carrier le sana-sini. LoL.... 

Monday, November 18, 2013

Love make you stupid

Aku bengang bila sorang kawan jd lawan bila da ada bf. 
Tu bf je kot. Bukan laki ko. Jgn nk sombong sgt smpai tak boleh cakap dgn aku. Aku dgn kau sama2 perempuan. Bukan dosa pun aku cakap dgn kau. Kau dating naik moto dgn bf ko boleh pulak kan.. Konon bf ko nak jaga kau sgt la kan.. Dating tgh mlm tu boleh pulak. Nk kluar mkn dgn aku xboleh pulak... Oh... Jgn jadi bodoh.. Sudah... Kau yang tak kawan aku aku pun tak hingin kawan dengan kau... 

Sekian dr ex kawan kau...

Insuran prudential BSN takaful

Atas belah kiri dan bawah belah kanan tu kakak sy @ agen insuran sy...
Nur Izzaty Abu Hairi.. 0196678283


Thursday, November 14, 2013

Kenapa?? Ini jawapannya...

Awal bulan haritu aku hantar surat resign. Setelah berkhidmad hampir 1tahun setengah, aku ambil keputusan nak berhenti a.k.a pencen. Aku mmng tak ada apply mana-mana kerja lain sbb aku bosan hidup makan gaji. Bosan travel hari-hari sangkut jem/train delay.

Dan sejak tu mulalah ramai yang bertanya kenapa?? Kenapa berenti? Abis tu nak makan apa? Nape tak hantar anak ke pengasuh je? Ada masalah dengan bos ke? Lepas ni buat apa??

Bosan menjawap dan selalu jawapan disalah tafsir. Konon bos jahat smpai anak buah larik... Tak... Aku niat nak berenti atas sbb peribadi..

Aku nak jaga anak aku dan suami aku. Aku fobia tengok tv pasal kes dera bayi. Anak aku dah besar.. Dah pandai nak meniru dan mengajuk perbuatan org lain. Kalau hantar anak aku ke taska, kawan-kawan cakap lucah/kotor, anak aku akan ikut.. Anak aku tu.. Bukan anak kau. So, jgn tanya kenapa aku tak hantar taska.

Anak aku masih lagi susu badan. Dan sepanjang 11 bulan aku masih cukup membekalkan susu untuk dia setiap hari.. Balik baru direct BF. Setiap hari kat office time nak pump, aku rasa sedey sbb tak dapat direct BF kat anak aku. Setiap pagi bangun tidor nak g keje, benda pertama aku fikir, cukup ke susu utk Iman hari ni.

Nape tak pakai susu formula je?? Kan senang..
Sejak 11 bulan yang lalu, moment paling istimewa bersama dengan Iman adalah saat menyusukan dia. Tak kan aku nak putuskan moment2 indah tu. 2 tahun sekejap sgt. Terlalu singkat dan aku rindu sgt saat2 BF kan dia..

Aku kerja jauh. Rawang - UKM bangi -Rawang setiap isnin hingga jumaat. Sehari aku ambil masa 5 jam atas jalan/train. Pegi keje seawal jam 6.30 pagi dan pulang lewat 9.00 malam. Aku rindu anak dan suami aku. Aku rindu nak sediakan makanan untuk suami aku setiap hari. Hujung minggu rasa terlalu singkat untuk habiskan masa bersama..

Kenapa tak nak cari kerja Rawang je? Tak pun pindah la Bangi...
Aku fobia kerja tempat lain. Aku pernah kerja tempat lain dan setiap hari aku menangis sbb aku tak suka enviroment keje aku.. Aku lebih rela travel jauh dari aku cari keje lain... Pindah Bangi? Aku kat sini hanya kontrak. Tiada jaminan untuk aku kerja lama disini. Dan aku dah survey rumah-rumah kat sini. Rata-rata rumah sini mahal. Hampir seribu untuk sebiji rumah teres biasa.. Hampir separuh gaji bayar rumah. Apa yang tinggal??

Aku tak pernah ada masalah dengan bos. Jika orang kata bos aku aniaya orang ke, apa ke... Tu antara bos aku dengan orang tu. Bukan aku...

Dan bila aku menangguhkan tempoh berhenti kerja pun, ramai mulut-mulut yang mengata.. Kenapa tak jadi berenti? Kenapa nak tolong bos? Apa yang kau dapat??

Aku tangguh sbb bos aku mintak tolong secara baik. Walaupun orang lain kata dia jahat, tapi dia tak pernah jahat dengan aku. Dia mintak tolong secara baik, aku tolong mana yang mampu. Dan yang penting, aku tolong bukan sebab aku nak kan balasan. Aku bukan macam sesetengah tu tak dapat apa yang di impikan, terus bertindak nak jatuhkan orang lain.. Aku tak macam tu...

OK.. Harap aku menjelaskan dengan baik disini... Semoga selama tempoh penangguhan aku ni, Iman dan Ayah dapat bersabar. Ibu kene kerja ye... Nanti bile kerja ibu dah siap, Ibu jaga kamu berdua. Ibu sayang Ayah dengan Iman....

Misteri terbongkar

Wednesday, November 13, 2013

Almond milk

Alhamdulillah si bijak masih lg minum susu ibu dan makan homemade. Kadang2 je terlepas mkn yang lain sbb disuap oleh pengasuh.. Dah rezeki dia kan... Aku halalkan la...

Sbbkan production susu makin kurang dan stock kt rumah setakat cukup2 pakai, aku pun buatlah almond milk. 

Simpan dalam freezer tahan 3 bulan mcm simpan EBM jugak... Yg penting si bijak tak makan processed food sampai 2 tahun... 

Cara nk buat mudah je... 
1 cawan almond yg di sangai
4 cawan air masak

Blender almond yg telah disangai dgn air dan siap... Boleh terus minum... Ibu ayah pun boleh minum..

Sedap rasa lemak kacang... Hihihi... Aku buat 4 botol setengah ni tp si bijak baru minum setengah botol. Lg 4 botol simpan dlm freezer jdkn stock kalo susu ibu da abis... 

Tp alhamdulillah susu ibu masih banyak.. InsyaAllah 13 bulan lg ni....

Thursday, November 7, 2013

Pokok halau nyamuk

Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni rumah dipenuhi nyamuk. Penah satu hari kaki kanan si bijak ada lebih dari 10 tanda gigitan. Tu baru sebelah. Masa tu mmng geram sakit hati... 

Nak pasang ubat nyamuk, rasa tak selamat untuk si bijak. Cubalah petua2 yang lebih natural kononnya...

Tp nyamuk kat rumah ni memang kebal.. Tak layan semua tu... Jadi aku pun google dan jumpa pasal pokok halau nyamuk ni. Kononnya ada jual kat cameron highland. Jd kami pun ke sana... Wakaka... Bagusnya alasan aku mintak bercuti ke sana konon sbb nk beli pokok ni. 

Last2 jumpa jugak kat berincang. Sepokok rm 7. Aku ambil yg paling besar dan paling rimbun. Konon nak biakkan dan tanam tiap penjuru rumah...

Bawak balik naik kereta amik kau bau dia.. Mmng kuat. Dan bile sampai rumah, aku perasan dah 3 hari nyamuk kt rumah aku dah berhijrah ke tempat lain. Alhamdulillah ;)




Wednesday, November 6, 2013

Anak ibu - 29102013

Tak sempat nak update...
Iman dah tumbuh gigi... 2 batang gigi bawah dah mula naik. bagus anak ibu tak demam, tak nangis pun. Iman memang kuat..


Nampak tak gigi saya yang comel ni... pasni nak BF pun rasa takut-takut.. hehehe


Tuesday, November 5, 2013

Sorbet strawbery

Balik dari cameroon highland, borong stawberry 1 tray. Murah gile kot. 2.5kg rm30. Beli kat pasar mlm berincang. 

Percutian yg sgt bermakna dan berbaloi. Maklum la da pernah terkena dulu. Dulu 1st time pegi tak tau mana mahal mana murah. Ni plak pegi time org kerja dan budak sekolah, lapang sikit. 




Sorbet strawberry aku mudah dan simple je. Buang daun dan basuh strawberry. Masukkan sikit air dan strawberry dlm blender dan blend. Aku tak blend halua sgt sbb nk ada rasa serat2 strawberry tu. Masukkan air gula dan siap.... 

Aku masukkan dlm plastik aiskrim sbb xde bekas yg sesuai... Nyummmm nyummm...