Friday, August 30, 2013

Open office

Jamuan raya utk tahun ni. Makan... Raya... Makan... Raya... Angkat sampah

Thursday, August 29, 2013

Susu kambing bio live

Sbb susu utk si bijak makin merudum, aku pun try la minum susu kambing. Sedap dan berkhasiat. Xde rasa kambing... Jom la try... Rm27 utk 20 pack. Yummmy...

Wednesday, August 28, 2013

Free

Aku suka barang free... Isi form kt internet pastu barang smpai ke rumah... Mmng best

Tuesday, August 27, 2013

huggies cabaran malaysian books of record

siakap stim limau / siakap stim lemon

aku da start balik diet nasi. sasaran berat badan adalah bawah 55kg. Resepi amik dr internet tp diolah mengikut bahan2 yg ada didapur
Hasil masih dalam kuali... nyum nyum... mmng licin.. smpai hirup kuah

Siakap

Cili

Tomato

Lobak merah, saderi dn lemon

Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
lada hitam
cili
lemon
lobak merah
saderi
ikan siakap

Cara-cara
Tumis bawang putih dgn bawang merah. aku letak skit habatus sauda dan lada hitam. smpai naik bau, masukkan air utk kuah. ikut suka nak banyk mana. aku letak 1 1/2 cawan. masukkan ikan, sayur-mayur dan tutup kuali. tinggalkan sekejap pastu terbalikkan ikan takut tak masak plak. Then... siap...

Wednesday, August 21, 2013

Tuesday, August 13, 2013

RAYA ber3


Hari raya yang penuh makna bersama suami, anak dan keluarga tercinta. Walaupun raya tahun ni penuh dgn kejutan tp tetap meriah.
Raya pertama, lepas balik menziarahi kubur baru perasan kunci rumah tertinggal dalam rumah. Pagi2 raya dah merompak rumah sendiri. Nasib baik ada pakar, ahli bomba bertauliah nak kait kunci dari luar. Dapat la beraya.. hehehehe
Raya kedua, pagi2 lagi rumah kecoh sbb paip tandas patah. ibu iman la yang buat. hehehe... smpai ke tghari masing-masing tak mandi. terpaksa jugak import pakar paip dari rumah sebelah (ayah intam)... raya ohhh raya :) 
Maaf zahir batin

Tuesday, August 6, 2013

2 August 2013

Jumaat haritu, 2 August 2013, dari jam 3 pagi lagi si bijak dah bangun merengek-rengek. badan panas. sian si bijak demam.
Terus aku amik EL. suhu badan antara 38 - 39 celcius. sepanjang hari aku jerlum dengan air dan asam jawa. sepanjang hari jugak la si bijak tak nak berenggang dengan aku. nak tidur pun atas lengan aku je. bile aku gerak sikit, dia terjaga. kesian... last-last, aku pun dia je si bijak lena smpai puas.
da malam sikit, dia da mula ceria. mungkin dia rindu nenek kot. dia tau la malam tu nak balik umah nenek. hihihi... dalam bersiap2 nak kemas barang, si bijak mula angkat2 bontot dan merangkak. hihihihi... memng comel. walaupun lambat, walaupun agak sukar, si bijak cube jugak merangkak. ooohhh... anak ibu nak pandai merangkak rupanya.. happy to see that :))

note: semoga anak ibu sihat dan membesar dgn kuat :)


Thursday, August 1, 2013

ladies only okay...

memang selalu kejadian ni berlaku masa naik train komuter. utk yg tak pernah tau, ktm komuter telah mengkhaskn gerabak tengah untuk penumpang wanita sahaja....
tp selalu... selalu sgt... ada lelaki2 sesat yg tak pandai baca dan tak paham bahasa.
kadang tu bile di tegur, bangun dan berubah tempat duduk tp stilllll..... gerabak yg sama. selalunya adalah penumpang luar.. bukan cina, bukan melayu, bukan india... fuhhh... geremmm...