Tuesday, December 31, 2013

Salam tahun baru

Hari terakhir di tahun 2013... 
Tadi kat opis, resubmit balik surat berenti. Pastu duk bersembang dgn kk jat. Then meeting akhir tahun dgn CEO. 

No bonus for this year.. Huhuhu.. Tak pernah merasa dapat bonus la nmpaknya.. Xpe la. Xde rezeki kan.. InsyaAllah rezeki ada kat tempat lain. 

Sedih nk tinggalkn tahun 2013.. Sesedih tak dapat bonus. Boleh... Hihihi...

Tahun depan insyaAllah akan lebih baik dari tahun ni.. Amin...

Yeeeaahh esok cuti g holiday!!!

Thursday, December 26, 2013

Budak bijak

Hari demi hari makin bnyk keletah si bijak. Da pandai merajuk, pandai memujuk, pandai geram, pandai comel... 

Mmng menghiburkan. Setiap hari ada je kejutan2 dari si bijak.

Rindu like crazy... 


 Muka budak 1 years old yg baru bgun tdo...

Da dapat pen kerjanya asyik menconteng... Geram... 

Tuesday, December 17, 2013

Masa yang berlalu

Tahun lepas, pada saat dan ketika ini, aku dgn suami dalam debaran. si kecil bijak pandai dah nak keluar. perut dah terasa memulas-mulas.. aku dan suami dah dalam perjalanan ke dewan bersalin.

saat dan ketika ini, doa dipanjatkan semoga semuanya selamat. harap semuanya dipermudahkan.. bertarung nyawa..

dan harini... si bijak dah semakin bijak. dah pandai merajuk bila diagah, pandai ketawa bila disergah, pandai minta perhatian bila bermanja dan berani bermain ombak..

esok anak ibu dah masuk setahun. banyak pencapaian yang sgt dibanggakan.. anak ibu kuat.. jatuh tak nangis. anak ibu berani... anak ibu bijak... semoga anak ibu sentiasa menjadi anak yg baik, anak yang soleh dan semoga menjadi ahli syurga...


Thursday, December 5, 2013

Kenangan

Ni baju ni yang buat aku nangis tak nak keluar kedai... Aku ingt sampai sekarang. 
Masa tu umur aku dalam 3-4 tahun kot. Mama, abah bawak g kedai beli baju raya. Aku nk yang ni jugak... Sebab cantik... Kononnya... 
Padahal baju ni ngam ngam paras lutut. Mama kata rugi sebab tak boleh pakai lama. Aku tak kire. Nangis-nangis nak jugak...

Amik kau sampai skang mama simpan baju ni. Klo nk bg baju kt anak2 buah pun mama xkan bg baju ni... Sayang sbb ada kenangan... Hihihi...

Inilah baju kesayangan yang penuh kenangan. Baju gigil... 

Friday, November 29, 2013

Bercuti di Genting Highland

Semalam bangun tido rasa malas sangat.. Cakap kat suami, tak nk keje boleh? Suami ok je. Terus msg bos. Bos, sy nk cuti harini. Outstanding issue yg urgent sy email kejap lg. 

Bos giler sporting, ok je. Jgn lupa brief amir tentang afiq (staf baru nk replace amir). Esok amir last, so tak boleh cuti esok..

Malas nk buat breakfast ajak suami dgn si bijak makan luar je. Si bijak yg aktif xpandai nk duduk diam2.. Panjat kerusi, meja... Geram.. Rasa nk kunyah-kunyah pipi dia pastu telan masuk perut balik. Hahaha...


Dlm kol 9, suami ajak g Genting. Konon tak pernah naik kabel car. Dr rumah aku ke Genting Highland pun tak de la jauh sgt. Tak sampai sejam. On je la... Masak2 utk tengahari.. Bersiap... 


Tgk buih pun pacak tinggi tau abang aidid!!!

Parking kereta kt Genting Skyway. Tiket dewasa rm 12 utk pegi balik. Budak bawak 90cm free..

Enjoy pemandangan dari dalam gondola. Best...


Sampai kt Genting pusing2 je. Lupa nk bawak baju panas. Tp syok je sbb sejuk. Dgn kabus tebal. Maklum la musim hujan.

Tak banyak aktiviti yg boleh dibuat sbb outdoor park masih lagi dlm construction. Dgr2 cite nk buat Universal Studio mcm kt Singapore. Tp tak tahula betul ke.. 


Pusing2 pastu jam 5.30 ptg, balik rumah.. 

Mcm biasa, si bijak la yg paling letih sekali. Mcm la dia jalan sendiri td. Padahal ayah yg kendong dlm carrier le sana-sini. LoL.... 

Monday, November 18, 2013

Love make you stupid

Aku bengang bila sorang kawan jd lawan bila da ada bf. 
Tu bf je kot. Bukan laki ko. Jgn nk sombong sgt smpai tak boleh cakap dgn aku. Aku dgn kau sama2 perempuan. Bukan dosa pun aku cakap dgn kau. Kau dating naik moto dgn bf ko boleh pulak kan.. Konon bf ko nak jaga kau sgt la kan.. Dating tgh mlm tu boleh pulak. Nk kluar mkn dgn aku xboleh pulak... Oh... Jgn jadi bodoh.. Sudah... Kau yang tak kawan aku aku pun tak hingin kawan dengan kau... 

Sekian dr ex kawan kau...

Insuran prudential BSN takaful

Atas belah kiri dan bawah belah kanan tu kakak sy @ agen insuran sy...
Nur Izzaty Abu Hairi.. 0196678283


Thursday, November 14, 2013

Kenapa?? Ini jawapannya...

Awal bulan haritu aku hantar surat resign. Setelah berkhidmad hampir 1tahun setengah, aku ambil keputusan nak berhenti a.k.a pencen. Aku mmng tak ada apply mana-mana kerja lain sbb aku bosan hidup makan gaji. Bosan travel hari-hari sangkut jem/train delay.

Dan sejak tu mulalah ramai yang bertanya kenapa?? Kenapa berenti? Abis tu nak makan apa? Nape tak hantar anak ke pengasuh je? Ada masalah dengan bos ke? Lepas ni buat apa??

Bosan menjawap dan selalu jawapan disalah tafsir. Konon bos jahat smpai anak buah larik... Tak... Aku niat nak berenti atas sbb peribadi..

Aku nak jaga anak aku dan suami aku. Aku fobia tengok tv pasal kes dera bayi. Anak aku dah besar.. Dah pandai nak meniru dan mengajuk perbuatan org lain. Kalau hantar anak aku ke taska, kawan-kawan cakap lucah/kotor, anak aku akan ikut.. Anak aku tu.. Bukan anak kau. So, jgn tanya kenapa aku tak hantar taska.

Anak aku masih lagi susu badan. Dan sepanjang 11 bulan aku masih cukup membekalkan susu untuk dia setiap hari.. Balik baru direct BF. Setiap hari kat office time nak pump, aku rasa sedey sbb tak dapat direct BF kat anak aku. Setiap pagi bangun tidor nak g keje, benda pertama aku fikir, cukup ke susu utk Iman hari ni.

Nape tak pakai susu formula je?? Kan senang..
Sejak 11 bulan yang lalu, moment paling istimewa bersama dengan Iman adalah saat menyusukan dia. Tak kan aku nak putuskan moment2 indah tu. 2 tahun sekejap sgt. Terlalu singkat dan aku rindu sgt saat2 BF kan dia..

Aku kerja jauh. Rawang - UKM bangi -Rawang setiap isnin hingga jumaat. Sehari aku ambil masa 5 jam atas jalan/train. Pegi keje seawal jam 6.30 pagi dan pulang lewat 9.00 malam. Aku rindu anak dan suami aku. Aku rindu nak sediakan makanan untuk suami aku setiap hari. Hujung minggu rasa terlalu singkat untuk habiskan masa bersama..

Kenapa tak nak cari kerja Rawang je? Tak pun pindah la Bangi...
Aku fobia kerja tempat lain. Aku pernah kerja tempat lain dan setiap hari aku menangis sbb aku tak suka enviroment keje aku.. Aku lebih rela travel jauh dari aku cari keje lain... Pindah Bangi? Aku kat sini hanya kontrak. Tiada jaminan untuk aku kerja lama disini. Dan aku dah survey rumah-rumah kat sini. Rata-rata rumah sini mahal. Hampir seribu untuk sebiji rumah teres biasa.. Hampir separuh gaji bayar rumah. Apa yang tinggal??

Aku tak pernah ada masalah dengan bos. Jika orang kata bos aku aniaya orang ke, apa ke... Tu antara bos aku dengan orang tu. Bukan aku...

Dan bila aku menangguhkan tempoh berhenti kerja pun, ramai mulut-mulut yang mengata.. Kenapa tak jadi berenti? Kenapa nak tolong bos? Apa yang kau dapat??

Aku tangguh sbb bos aku mintak tolong secara baik. Walaupun orang lain kata dia jahat, tapi dia tak pernah jahat dengan aku. Dia mintak tolong secara baik, aku tolong mana yang mampu. Dan yang penting, aku tolong bukan sebab aku nak kan balasan. Aku bukan macam sesetengah tu tak dapat apa yang di impikan, terus bertindak nak jatuhkan orang lain.. Aku tak macam tu...

OK.. Harap aku menjelaskan dengan baik disini... Semoga selama tempoh penangguhan aku ni, Iman dan Ayah dapat bersabar. Ibu kene kerja ye... Nanti bile kerja ibu dah siap, Ibu jaga kamu berdua. Ibu sayang Ayah dengan Iman....

Misteri terbongkar

Wednesday, November 13, 2013

Almond milk

Alhamdulillah si bijak masih lg minum susu ibu dan makan homemade. Kadang2 je terlepas mkn yang lain sbb disuap oleh pengasuh.. Dah rezeki dia kan... Aku halalkan la...

Sbbkan production susu makin kurang dan stock kt rumah setakat cukup2 pakai, aku pun buatlah almond milk. 

Simpan dalam freezer tahan 3 bulan mcm simpan EBM jugak... Yg penting si bijak tak makan processed food sampai 2 tahun... 

Cara nk buat mudah je... 
1 cawan almond yg di sangai
4 cawan air masak

Blender almond yg telah disangai dgn air dan siap... Boleh terus minum... Ibu ayah pun boleh minum..

Sedap rasa lemak kacang... Hihihi... Aku buat 4 botol setengah ni tp si bijak baru minum setengah botol. Lg 4 botol simpan dlm freezer jdkn stock kalo susu ibu da abis... 

Tp alhamdulillah susu ibu masih banyak.. InsyaAllah 13 bulan lg ni....

Thursday, November 7, 2013

Pokok halau nyamuk

Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni rumah dipenuhi nyamuk. Penah satu hari kaki kanan si bijak ada lebih dari 10 tanda gigitan. Tu baru sebelah. Masa tu mmng geram sakit hati... 

Nak pasang ubat nyamuk, rasa tak selamat untuk si bijak. Cubalah petua2 yang lebih natural kononnya...

Tp nyamuk kat rumah ni memang kebal.. Tak layan semua tu... Jadi aku pun google dan jumpa pasal pokok halau nyamuk ni. Kononnya ada jual kat cameron highland. Jd kami pun ke sana... Wakaka... Bagusnya alasan aku mintak bercuti ke sana konon sbb nk beli pokok ni. 

Last2 jumpa jugak kat berincang. Sepokok rm 7. Aku ambil yg paling besar dan paling rimbun. Konon nak biakkan dan tanam tiap penjuru rumah...

Bawak balik naik kereta amik kau bau dia.. Mmng kuat. Dan bile sampai rumah, aku perasan dah 3 hari nyamuk kt rumah aku dah berhijrah ke tempat lain. Alhamdulillah ;)




Wednesday, November 6, 2013

Anak ibu - 29102013

Tak sempat nak update...
Iman dah tumbuh gigi... 2 batang gigi bawah dah mula naik. bagus anak ibu tak demam, tak nangis pun. Iman memang kuat..


Nampak tak gigi saya yang comel ni... pasni nak BF pun rasa takut-takut.. hehehe


Tuesday, November 5, 2013

Sorbet strawbery

Balik dari cameroon highland, borong stawberry 1 tray. Murah gile kot. 2.5kg rm30. Beli kat pasar mlm berincang. 

Percutian yg sgt bermakna dan berbaloi. Maklum la da pernah terkena dulu. Dulu 1st time pegi tak tau mana mahal mana murah. Ni plak pegi time org kerja dan budak sekolah, lapang sikit. 




Sorbet strawberry aku mudah dan simple je. Buang daun dan basuh strawberry. Masukkan sikit air dan strawberry dlm blender dan blend. Aku tak blend halua sgt sbb nk ada rasa serat2 strawberry tu. Masukkan air gula dan siap.... 

Aku masukkan dlm plastik aiskrim sbb xde bekas yg sesuai... Nyummmm nyummm... 

Thursday, October 17, 2013

MHI tv3

Beria kau nk masuk tv. Majlis start jam 6.30 pagi, jam 4.00 pagi da bangun. Masak nasi iman ala kadar jam 4.45pg da gerak ke Sri Pentas.

Jam 5.30 pagi sampai xde orang lagi. Ajak suami g solat dulu, jam 6.00pagi suami drop bye bye kat depan Sri Pentas.

Kru MHI da mula setting2 audio bagai. Booth dari universiti lain da siap. Booth UKM tak de. 
Tak tau nk contact sape... Blur... Yang lain tak sampai lagi. Call Ali tak angkat. Msg Luqman tak reply.

Msg Ryzal, 'u kat mana? Bile nk sampai. Booth UKM tak de ni'
Ryzal reply, '6.45 sampai'

Duh... Apsal lambat sangat.

Tanya-tanya orang semua xtau. Tanya pada kru PECIPTA. Kata MOE tak hantar feedback dari UKM. Nasib baik ada print surat jemputan tunjuk kat dia.

Terus dia set up meja kat hujung dunia. Depan konti ONE FM.

Tak lama ryzal dgn ali sampai. Set up booth, tp JETP tak de banner. Luqman tak sampai lagi.
Kamera da stanby nk live. Senyum simpul sambil cover. Yeeeaahh glemer!!!

Sebab bangun kol 4.00pagi, tak larat masuk office. Msg Faizal mintak work from home. Bos ok.. Tq boss...

Balik tidor... Sekian cerita seorang artis. Wakaka... 

Friday, October 11, 2013

Politik di tempat kerja

Bos always right.. Client always right.. 
Staff angguk-angguk geleng-geleng ikut telunjuk bos/client... 

Tuesday, October 8, 2013

9bulan


Cepat sungguh anak ibu membesar..
Skng da pandai mengemas rumah.. Pantang nmpak benda yang terletak kemas.. Mesti tangan dia gatal nk usik.. Hihhihihi... 
Jadi budak bijak dn anak yg soleh ye sayang.. Ibu love iman so much so much...

Office ku sayang

Satu UKM xde elektrik. OMG OMG!!!!



Bangi Gateway Street Mall

Lunch di Bangi Gateway yang baru dibuka di Bangi. 



Wednesday, September 25, 2013

Whiskas junior

Dapat sample percuma lg. kali ni utk si oyen kawan baik si bijak. Hahaha... Walaupun oyen da xbaby cat (below1year) tp tak pe la.. 
Hope oyen suka :) 

Monday, September 23, 2013

PruBSN Takaful

Ingat tak kisah kami anak beranak demam virus.... 3hari terbaring di rumah dan 2 hari aku dan iman jd nomad sbb suami kene warded di Columbia Asia Puchong...

Rasanya baru 2minggu lepas... dan harini dah dapat payment utk alaun duduk wad...

bestkan.. duduk wad pun dapat duit. makan, minum sedap. siap ada chef amik order nak makan apa. layanan nurse pun tiptop..

untung la ada PruBSN Takaful... 

nak info lebih lanjut, boleh call agent terbaik PruBSN Takaful merangkap kakak kecintaan ku...

NUR IZZATY ABU HAIRI
0196678283


Wednesday, September 18, 2013

Rezeki

Aku dpt offer dr en suami utk berenti keje dan besarkan anak sendiri. Memandangkan si bijak pun da besar, pengasuh da nk berenti dan production susu makin merundum hari demi hari.... So... Adalah ini yg terbaik? Adakah aku merisikokan masa depan sendiri?? Masa depan aku adalah suami dan anak2... Adakah ini yg terbaik?? Entahlah... Aku ada lebih kurang 2 minggu utk berfikir secara logik... InsyaAllah... Apa pun keputusannya, itu lah yg terbaik utk aku, suami, anak2 dan agama ku.... Amin..

Tuesday, September 17, 2013

Hidup biar bermoral

Tgk gambar kat bawah ni....

siapa yang masuk kotak sapa?? sapa yang patut betulkan kereta?? siapa?? 


kes terjadi ahad lepas kat Bangi.. adoila pakcik.. kalau ye pun nak cepat, jgn la parking senget.. siap masuk kotak parking orang pastu nak suh org betulkan parking sbb anak ko yg besar tu xbleh kluar. siapa suh pakcik parking senget... 
pastu jgn la suruh orng yg berjalan lurus pun jalan senget sbb pakcik jalan senget dulu.. 

p/s: rasanya pakcik ni tak tengok iklan dalam tv tu... hai la pakcik....

Monday, September 9, 2013

Penangan viral fever


Apa itu viral fever atau demam virus dlm bahasa melayu. Demam virus ni demam yg disebabkn oleh virus bukan bakteria. Sakit dia lebih kaw dan lebih lama.. Masuk harini suami dah 6 hari demam. Aku plak masuk 4 hari. Nasib baik sibijak xkena. Dia cume demam sehari ke. Berkat susu ibu barangkali.
Mlm khamis (hari ke 3) suami demam, kami ke columbia asia puchong. Sib baik datang awal. Suami pengsan 2 kali kt spital. Cube bayangkn klo pengsan kr rumah. Mau tak panic..
Suami kene tahan 2 hari. So far pengalaman di columbia asia puchong mmng berbaloi.. Mkn sedap.. Nurse baik.. Bilik selesa.. Huhuhu... 
Tp pengalaman demam virus ni la yg paling xdapat dilupa.. Mmng kaw punya sakit... 


Sekian... 

Thursday, September 5, 2013

Pump dimana? Dimana-mana

Sepanjang jadi ibu bekerjaya yang menyusukan anak, dah banyak tempat aku mengepam... Tandas... surau... library... meeting room dan tempat paling popular adalah Recreation Room...

bilik ni sebelah meja aku je.. dalam tu mmng best.. ada tv, wii, set home theater dan macam2 barang riadah... kalo tghari akan jadi tempat tidur sbb ada sofa yg super duper best...

yg paling best, bilik ni xde cctv...

masa mula-mula dulu mmng tiap kali nak masuk bilik tu mcm segan2 je.. yelakan budak opis semua bujang dan muda-muda.. yg da kawen pun masih blum ada anak.. apa diorang tahu...

lama-lama aku imun.. mcm2 istilah diorang akan cakap kalo aku masuk bilik tu... 'pumping' la... 'aktiviti' la... apa-apa la... mula dulu aku segan.. segan sangt2.. lama-lama aku rasa tak kisah.. peduli apa aku.. bukan korang yang sakit.. bukan korang yg susah.. klo aku tak pump, anak aku nak makan apa.. berbekalkan motivasi tu, aku semangat balik. biarlah nak kata apa.. yg penting si bijak dapat susu ibu yg penuh kasih sayang.. ohhh... feeling loooooovvvveeeee.....


Monday, September 2, 2013

Kerang bakar vavavooom

Ternampak kerang masa nk shopping barang dapur. Nmpak sedap jd ambil sesedap rasa. Tp time nk masak, nak basuh tu rasa menyesal plak. Nape la aku amik kerang ni bnyk sgt. Wakaka...

Resepi:
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling
Halia
Gula 
Garam
Belacan
Cili padi
(Sukatan ikut suka. Mcm aku suka bwang putih dgn cili lebih, aku letakla bnyk skit)

Cara-cara:
Blend semua bahan diatas.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan kerang dan kacau rata. 
Tutup dan siap!!!!!

Vavavom!!!! Sedap gile kot. Suami mkn sampai menangis2... Hehehe.. Sbb aku letak belacan melaka. Mmng kick!!!


Friday, August 30, 2013

Open office

Jamuan raya utk tahun ni. Makan... Raya... Makan... Raya... Angkat sampah

Thursday, August 29, 2013

Susu kambing bio live

Sbb susu utk si bijak makin merudum, aku pun try la minum susu kambing. Sedap dan berkhasiat. Xde rasa kambing... Jom la try... Rm27 utk 20 pack. Yummmy...

Wednesday, August 28, 2013

Free

Aku suka barang free... Isi form kt internet pastu barang smpai ke rumah... Mmng best