Tuesday, October 23, 2012

Kad KOMUTER 1 MALAYSIA


Salam 1 Malaysia semua blogger…
Kat sini aku nak bgtau berita baik kepada pengguna tegar perkhidmatan KTM KOMUTER bahawa mulai 1 Nov 2012, anda layak untuk mendapat diskaun 50% utk tiket perjalanan KTM Komuter bagi tempoh setahun.


Tp anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kad KOMUTER 1 MALAYSIA dulu bermula 22 Oct hingga 22 Nov di stesyen-stesyen komuter terpilih. Lepas dari tarikh 22 nov, cume boleh buat kat KTM KL SENTRAL sahaja.

Syarat-syarat untuk mendaftar mestilah warganegara Malaysia yg berpendapatan rm 3000 sebulan. So, mana-mana yang layak tu sila la apply ye.

Ni contoh kad nya… saya dah buat. Anda bila lagi… hehehe…


P/S: cakap dengan suami, ‘abg tak jeles ke ada gambar lelaki lain dalam wallet sayang???’ dan jawab si suami… 'nak buat mcmane. Utk penjimatan berganda'… hahahhaha…

Tuesday, October 16, 2012

4D Scan @ Klinik Ajwa

Dikisahkan.... selepas merajuk dengan ANIZA MEDICAL CENTER (AMC), Rawang, suami pun pujuk untuk buat 4D scan kat tempat lain...
Cari punye cari, akhirnya dapat booking date dekat Klinik Ajwa, Seksyen 7, Shah Alam.
Tiba hari yang dijanjikan, aku dengan suami mcm biasa, awal2 lagi dah terpacak depan klinik. hihihi... teruja nak tengok baby. maklumlah, pertama kali nak p scan. selama ni g scan kat gomen pun bukan doc bagi tgk screen. suami nak masuk pun kene halau. merajuk punya pasal, tu yang buat 4D... cis... alasan je tu...
Masa tunggu giliran, mmng nervous gile. teruja memng teruja tapi tetap cuak jugak. dan prosedur scan pun berlalu... masa dalam bilik scan, suami tak habis-habis tanya pasal baby. memng baby macam tu ke? kenapa dia banyak gerak? kenapa mata dia tak bukak? mcm-macam soalan dia tanya. aku pulak asyik tersengih pandang screen...
comelnya anak ibu ni... Alhamdulillah, anak ibu sihat. dan dengan bangganya dia tunjukkan gender dia.. hehehe... :)


Tapak kaki... benda pertama dia kasi ibu dgn ayah tgk :P

 Sedap dia tidor dalam perut ibu :)

 Menjelir lidah bile dah bosan kene kacau...


Monday, October 1, 2012

Episod Scan 4d yang tak menjadi....


Baby… sian baby kan.. Ibu janji nak tgk baby sabtu lepas tp xberjaya.. Ibu mintak maaf ye sayang… Ibu pun sedih sgt2… ayah pun sedih sgt2 jugak… kite jumpa next week ye sayang…

2 minggu lepas, aku dengan suami beria-ria pegi klinik ANIZA MEDICAL CENTRE, AMC, RAWANG…. Nak Tanya pasal 4d scan. Kalo ikut pada calendar, baby dah nak masuk 7 bulan. So time ni mmng sedang elok kalo nak buat scan 4d. aku la yang rekemen kat suami AMC ni sbb kat area ni, klinik ni la yang paling dekat ada buat 4d scan.

Bila sampai klinik tu, receptionist pun sambut dengan senyuman manis. Lepas tanya apa yang patut, aku set date 29 sept utk scan 4d. cik receptionist yang manis tu pun tulis dalam buku latihan yg kat sebelah dia.

Nama: Nur Azreena
No tel: 013*******
Item: Scan 4d
Note: Patient nak buat pada 29/9

Pastu cik receptionist tu kata lagi, “sehari sebelum scan kita akan call ye utk reminder.”

Wah… senang hati bila dah ada date scan 4d. tinggal tunggu hari je nak tgk budak kecik yg selalu kacau aku ni… hihihi.. teruja sgt2…

28/9 iaitu sehari sebelum scan, aku pun tunggu-tunggu la call dari cik receptionist tu. Konon dia nak call kan. Smpai ke petang xde call jugak. Aku pun call la utk confirmation.

Cik receptionist yang angkat phone aku pun tanya nama dan dari dalam phone, aku dengar la dia ketuk2 keyboard tu. Pastu tanya aku lagi, “hari tu ada buat appointment ke?”
Aku cakap la ada. Tapi dia tulis dalam buku latihan je. Xmasuk dalam system lagi. Pastu aku tanya la, ‘Doc Aniza ada x esok? Sbb janjinya esok nak scan 4d’

Dia kata ‘ooo… kalau puan ada bagi nama, puan datang je la. Doc aniza ada dari jam 8pagi smpai 3 ptg.’

Huhuuhuhu.. teruja… teruja… doc aniza ada maknanya boleh buat scan 4d.. kat AMC ni yng boleh buat 4d ni cume doc aniza je. Doc lain xboleh.

29/9 dengan penuh keterujaan, aku dgn suami pagi2 lagi dah keluar rumah… kol 8.00 pagi tepat dah sampai depan pintu AMC. Jumpa la dengan cik receptionist tu dan tanya pasal appointment aku.

“Maaf puan, harini doc aniza cuti. Doc lain yang ganti. Doc lain xboleh buat 4d”

“what?? Semalam kan saya dah call. Awal ckp doc ada dari kol 8 sampai kol 3” aku dah bengang gile kot time tu… dalam hati ni mmng dah menjurai air mata.. ibu rindu baby.. ibu nak tgk baby… dah 7 bulan ibu sabar nak tgk baby xdapat2. Kat hospital gomen xdapat, kat klinik private pun xdapat…

“maaf puan, Doc aniza punya jadual dah tukar lain..” jawab cik receptionist tu lagi..
“abis, bila dia ada? Saya nak buat appointment lain”
“maaf puan, jadual Doc aniza xtentu. Saya pun xpasti…” lagi selamberrrr…..

Masa tu mmng dah menjurai air mata aku… “kite pegi klinik lain je la. Klinik ni tak bagus…” aku cakap kuat-kuat depan receptionist tu smbil tarik tangan suami…

Sedih sangat-sangt… sakitnya hati tuhan je yang tahu.. sib baik suami ada utk pujuk. Yelah.. mungkin ada hikmahnya xdapat buat scan 4d kat AMC tu.. lagi pun suami kata kat AMC ni bukan ok pun. Ramai officemate dia yang dah boikot klinik ni dan tukar klinik lain…

Moral of the story: AMC mmng tak bagus.. jom boikot. Hahahaha…