Wednesday, August 24, 2011

Latihan Industri

Sesiapa yang ingin menjalani latihan industri khususnya dalam bidang I.T (Programmer) yang berlokasi di bangi, boleh hubungi saya di 0132073385 (azreena) atau emailkan resume anda ke azreena@ukmtech.com

Wednesday, August 17, 2011

aku suka....

aku suka maskot.

aku suka sepupu2 aku. aku rindu dia.

aku sayang family aku. aku sayang mereka.

aku suka main ais-skating

aku suka gajah.

aku suka kerang rebus

aku suka cik zara. aku sayang dia.

aku suka kembang donit. aku sayang dia.

aku suka kawan2 aku.

aku suka tunang aku. aku sayang dia.

aku suka budak sekolah.

aku suka kucing.

aku suka terbang.

aku suka kfc.

aku suka pasir pantai.

aku suka pantai.

aku suka zirafah.

aku suka kuda pendek.

aku suka jungle trekking.

aku suka upin-ipin.

aku suka kerusi urut.

aku suka menjerit.

aku suka baju ni.

aku suka aidid. aku sayang dia.

aku suka makan kek.

Promosi menarik rumah terbuka – chocolate buffet

Hi bloggers,

Sempena hari raya yang bakal tiba nanti, kami di cunshomemadechocolate ada menawarkan pakej istimewa untuk chocolate’s lover iaitu pakej chocolate buffet. Pakej istimewa ini hanya berharga RM 400 dari RM 625. Menarik bukan… jadi jgn lepaskan peluang ini utk menempah chocolate buffet kami. Hubungi kami segera!!!!

Pakej chocolate buffet:

  • Chocolate fountain 1 unit
  • Chocolate for dipping
  • Chocolate cupcake
  • Chocolate pudding
  • Chocolate truffle
  • Fruits for chocolate dipping
  • Decoration

Sunday, August 14, 2011

SEPULUH

sepuluh sebab kenapa aku cinta dia
  1. dia hadir dalam hidup aku dan xpernah tinggalkan aku
  2. memberikan semangat masa aku hilang arah
  3. selalu buat aku ketawa
  4. selalu buat aku rasa akulah satu-satunya wanita (selain keluarga) yang dia sayang
  5. berani marah aku kalau aku buat perangai
  6. tapi akan pujuk aku balik lepas aku sedar kesilapan sendiri
  7. jaga kesihatan aku dan akan marah2 kalau berat aku makin naik
  8. paksa-paksa aku bersenam setiap hari
  9. memberi bantuan dan sokongan tiap kali aku ditimpa masalah
  10. ada tiap kali aku call dan xpernah xreply msg aku :)

sepuluh perkara yang aku xpernah jangka tentang dia
  1. xsangka dia suka kucing
  2. xsangka dia kedekut
  3. xsangka dia kebudak2kan
  4. xsangka dia banyak cakap dan kadang2 membebel mngalahkan aku sendiri
  5. xsangka dia seorng yang sangat teliti
  6. xsangka dia simpan semua resit2 ATM
  7. xsangka dia suka pedas
  8. xsangka dia suka pasang lagu kuat2 dan nyanyi lagu yang sendiri xpaham
  9. xsangka dia xpandai menjerit
  10. xsangka dia pun sukakan aku :)

Aku cinta Dia

entry ini khas buat Mohd Sharif Sani

sayang, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. abang perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup sayang.

sayang bersyukur kerana Allah menjodohkan kita untuk bertemu semula. Sayang bersyukur kerana Allah buatkan hati kita bertaut. dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan hubungan kite.

sayang, 8tahun dulu kita bertemu. bertentang mata tanpa kata. hati ini sudah terdetik, "alangkah bertuahnya kalau dia milikku." tp hati kita masih berjauhan. kita dekat tapi jauh. tp sayang xpernah menyesal kerana masa itu berlalu begitu sahaja. sbb masa menjadikan sayang lebih matang dan menghargai insan disekeliling sayang.

sayang, 3 tahun berlalu begitu saja. tanpa pernah ada ucapan khabar. tanpa pernah bertentang mata. seolah2 abang xpernah ada dalam hidup sayang.

dan bermulanya detik-detik indah kita. abang menghulurkan salam perkenalan sekali lagi dengan sayang dan keluarga sayang. abang datang sebagai sahabat. memujuk hati sayang sayang di saat kekeliruan dalam kehidupan. abang tunjukkan pada sayang bahawa setiap manusia punya peluang kedua.

persahabatan kita semakin erat. sehingga terbitnya rasa cemburu bila xmendengar khabar berita. hati ini sudah bertaut rindu dan sayang. dan abang dapat menerima sayang dengan baik. terima kasih abang.

tapi kasih sayang kita tak perpanjangan. panas yang disangka smpai ke petang, hujan turun di tengahari. kasih kita diuji dengan penerimaan keluarga abang. sayang hampir-hampir mengundur diri. tapi terima kasih lagi kepada abang. kerana masih mempertahankan sayang dihadapan keluarga abang. menjadikan sayang permaisuri di mata keluarga abang. terima kasih sayang.

dan matahari terbit kembali. membawa kembali sinaran terindah dalam hidup ini. diselangi dengan warna-warna pelangi. dan kali ini abang hadir dengan membawa harapan. serta janji yang terikat.

sayang, biarlah angin badai melanda tapi insyaAllah selagi ada kudrat dan diizinkanNya, sayang akan tetap setia dengan abang. sayang mencintai abang seikhlasnya dan sayang menghargai setiap jasa yang pernah dan akan abang curahkan untuk sayang.
terima kasih cinta....