Friday, December 24, 2010
bercuti di Putrajaya
dan hari yang seterusnya, kami berjalan2 disekitar Putrajaya. banyak jugak tempat menarik kat cini. dari taman yang penuh dengan flora fauna ke taman permainan. mula2 kami ke Wetland sbb masa lalu kat jambatan sebelah Wetland tu, nampak burung bertenggek atas lampu dan jambatan. sangat comel dan tertarik maka terus kesana nak tengok bird.
lepas tu pergi main paddle bot dan memanah. sib baik xmahal sangat. bleh la main sekali. kalau x, jangan harap nak main. hahaha. paddle bot tu rm10 per boat. n untuk memanah pulak rm6 for 10 anak panah.. sepupu2 semua xpuas main. siap cakap, esok pergi lagi ek.. ok boleh pergi tapi ko plak yang bayar ok. hahaha.... keji gile pow budak sekolah....
apapun, layan gambar k....
Sunday, December 19, 2010
....
Monday, December 13, 2010
aku bekas pelajar uitm dungun
Ok... aku amik degree in business computing. Dalam bahasa melayunya, ijazah sarjana muda (kepujian) perkomputeran perniagaan. Aku dapat offer letter dari UiTM seminggu sebelum tarikh daftar masuk UiTM. Masa tu, aku mohon degree in civil eng. Tapi disebabkan GPA aku yang xbest kot (padahal kawan2 yang GPA lebih rendah dari aku dapt je offer civil eng.) mungkin xde rezeki.
Aku kena buat keputusan dengan cepat sbb banyk lagi benda nak diuruskan untuk smbung belajar. Nak wat xray la. Nak benti keje la. Last2 aku wat keputusan terima offer tu. Aku hantar notis 24hours benti keje. Balik kampong n packing barang2 masuk UiTM.
UiTM Dungun.
UiTM Dungun ni betul2 tepi pantai. Memng best. Tapi harap maklum, ada satu peraturan yang telah ditetapkan iaitu student2 UiTM Dungun tak dibenarkan mandi pantai. Sbbnya banyak kes student UiTM Dungun yang mati lemas. Oleh itu, pentadbiran melarang student dia mandi pantai. Pantai kat Terengganu ni xsama dengan pantai Port Dickson tau. Pantai dia xlandai mcm kat PD. Memng bahaya.
UiTM Dungun masa aku mula2 masuk 3tahun lepas dgn sekarang banyak yang dah berubah. Dari segi kemudahan, pentadbiran... semuanyala. Alhamdulillah. Dulu aku duduk kat kolej perhentian. Kolej ni betul2 tepi pantai. Boleh nampak ombak memecah pantai. dan bila mlm2 tu, boleh dengan bunyi ombak. Best sangat. Kolej2 kat UiTM Dungun ni terbahagi kepada 2 kawasan iaitu pantai dan tasik. Mcm kolej aku, kolej duyung n karah adalah kolej kawasan pantai. Sbb bersebelahan pantai. Kolej2 gemia dan redang pulak dikawasan tasik sbb dekat dengan tasik. See...... memng muka bumi kat UiTM Dungun ini best sangt. Semua ada. Tasik, pantai, bukit, hutan... semua ada...
Dungun
Bandar Dungun pun banyak perubahan sejak 4tahun lalu. Aku memng study kat Dungun 3tahun. Tapi setahun sblumnya aku keje kat Paka, Dungun. So dah 4tahun la aku kat Dungun. Apa yang best kat Dungun??? Sepanjang tepi pantai Dungun ada kedai2 kecik yang jual sotong goreng tepung. Duduk Dungun baru pandai makan sotong. Hahahaha.... dulu Dungun xde McD tapi skng dah ada. Hahaha... tu je la modal aku kan dari aritu. :P
Lagi yang paling femes amous kat Dungun adalah kedai POK ENG TIN. Sebut je nama tu semua orang tau. Hahaha.... kedai tempat student UiTM beli barang2 keperluan seperti Nescafe 3 in 1, jajan2, sabun, telur, buah2an dan selipar jepun pun ada kat tingkat atas. Kalau nak beli alat tulis pulak kedai kat sebelahnya iaitu Pustaka Seri Intan (PSI).
Hiburan
Hiburan kat Dungun xbanyak. Tapi student UiTM selalu pergi karaoke kat hujung deretan kedai kat bandar Dungun. Tapi AWAS.... polis selalu wat serbuan kat situ. Hehehe... tu je pusat hiburan kat Dungun. So, polis pun xtau nak serbu mana lagi kot. Hahaha....
Kalau ada transport sendiri, boleh la pergi MESRA MALL kat kerteh nu. Kat situ pulak ada pusat bowling, games, panggung wayang n gelanggang futsal. Tapi agak jauh dari UiTM. Dulu kalau tensyen2 selalu sewa kereta pergi sana nak makan secret recipe, big apple, pizza la.
Sewa kereta???
Rate sewa kereta aku xingat sangat. Tapi boleh la pergi kat kedai dia sendiri kat Tanjung. Kalau dari pintu utama UiTM tu, masuk kiri. Pas tu ada bulatan amik terus, jgn masuk UiTM lagi. Nanti pening kluar masuk kluar masuk xjumpa2 kedai sewa kereta. Hahahaha.... ok. Dah terus tu, sblah kanan ada taman tasik. Terus skit lagi ada nampak deret2 rumah n kedai. Ada nampak kedai burger n kedai makan, masuk simpang tu n terus je sampai deretan rumah yang terakhir. Korang akan nampak kereta yang banyak. Kat citu la kedai sewa kete.
Makanan
Antara kedai makan yang glemer dikalangan student UiTM adalah kedai makan abg murah. Hahahaha... suka2 ti kau je nak bagi nama kan. Aku xingt sangt nama kedainya. Tapi kedai tu memng murah. Tapi ramai lelaki la. Sbb murah n banyakkan. Lelaki kan suka makan banyak (^_^). Lagi yang best adalah nasi kukus. Ni pun aku kenal masa duduk Dungun. Tapi still xmasuk dengan selera Johor aku. Ada jugak KEDAI SELERA SELATAN. Tapi aku xpernah rasa plak masakan kat kedai tu. Almaklum la, aku xsuka sangt makan kat kedai ni. Rela masak mee hoon sup hari2 dari makan kat kedai. Tah la. Xtau nape.
Masa awal2 masuk dulu. Masa xde transport, kami suka makan kat kafe kreatif. Kafe ni ada dekat hotel UiTM Dungun. Ada laluan masuk kesana melalui pagar kecik dekat dengan dewan aspirasi. Kat situ makanan dia sedap2 jugak la. Tapi kena datang awal. Kalo x, lauk dah abis.
Lagi satu tempat baru yang kami suka makan adalah dekat taman tasik. Kedai ni kat belakang skit. So dari tepi jalan xnampak kedai ni. Dekat je dengan UiTM. Kluar pintu pagar belakang UiTM yang dekat bulatan tu pastu nampak taman tasik tu. Kedai tu menghadap tasik tu. Kalau nak murah, tengok sape yang jaga kaunter. Kalau si anak yang jaga, confirm murah. Hahahaha :P
Pasar Malam.
Pasar malam kat UiTM Dungun ada kat depan dewan aspirasi setiap petang ahad. Kat Bandar Dungun setiap petang khamis dan kat simpang taman melati setiap petang isnin. Pasar malam bandar Dungun tu ada dekat dengan pejabat pos Dungun. Simpang taman melati pulak dekat dengan traffic light yang ada tulis taman melati. Hahahaha. :P
Transportation
Ni isu sensitive kot. Hahaha... masa first2 smpai Dungun, aku pun patah kaki. Nak pergi mana2 susah sbb xde transportation. Pada yang duduk kolej, memng la susah sbb xbleh bawak kenderaan. Lagi2 kalau balik kampong tu, naik bus malam. Smpai Dungun jam 3, 4 pagi. Nak masuk kolej macam mana??? Dulu aku pun takut2. Lagi2 perempuan kan. So elakkan pergi mana2 sengsorng. Kalau balik kampong tu, pakat2 la. Balik sama2. Safety skit. Sbb kalau sampai Dungun awal2 pagi, naik prebet sapu sorang2 sape xtakut kan. So, hati2 la.
Kalau hari dah menghala ke subuh tu, adalah bus kuning yang tulis bus sekolah. Korang boleh la naik. Kalau nak kluar bandar pun, selalunya student naik bus tu. Tapi ada politik jugak nak naik bus tu. Kalau call suh datang amik, naik bus tu, balik nanti kene naik bus tu jugak. Kalau x, lain kali dia xmau amik dah. Hahaha... politik.... dari semester 1 smpai dah abis belajar ni, itulah masalah yang aku selalu hadapi setiap kali nak balik kampong. Sape yang yang antar ke bus stand. Sape yang nak amik bile dah sampai Dungun??? Huhuhu.... dulu aku selalu naik Pok Long. Pak cik ni prebet sapu jugak la. Kenal dari kawan kami. Rumah dia dekat je dengan rumah kami. N dia memng banyak tolong dulu. Kalau nak kemana2 call je dia. Dia boleh hantar. Tapi hujung semester haritu, aku call dia banyak kali. Nak p UiTM, nak suh antar p bus stand, semua dia xnak antar. Maklum la, hujung2 sem. Kawan2 semua dah balik kampong. Motor pun dah pulangkan. Tu yang susah. Ingatkan dia sakit ke apa ke. Rupa2nya katanya dia merajuk. Sbb kene saman dengan si bus kuning tu. Sbb amik budak UiTM pergi balik kelas... tah pape tah...
Huhuhu.... banyak plak entry aku kali ni. Apapun, untuk student UiTM Dungun yang bakal mendaftarkan diri, all the best. Belajar bebetul k. Selamat duduk di DUNGUN. Hihihi :P
Wednesday, December 8, 2010
Rapunzel: Tangled tale preview
smlm, aku ajak Mr. S tengok wayang. tengok 3D lagi. tu yang lagi best kot sbb tgk 3D. nampak real sanggat... cerita rapunzel: tangled tale ni ada kelainan sikit dengan cite2 dongeng sebenar yang mana sang puteri menanti sang putera datang menyelamat.
kisah ini bermula dengan.......
Seorang tua jahat bernama Gothel yang menyaksikan sinaran matahari yang menyentuh tanah dan terciplanya bunga ajaib yang mampu jadikan dia kekal muda dan mampu menyembuhkan penyakit kalau dia nyanyi lagu untuk bunga tu. Berabad-abad kemudian, ratu sebuah kerajaan berhampiran jatuh sakit masa dia mengandung. maka, seluruh hulubalang2 istana diarah untuk mencari bunga ajaib yang dah disembunyikan oleh orang tua jahat tu. Bunga tu telah menyembuhkan ratu dan lahirlah Rapunzel, yang juga mewarisi sihir bunga melalui rambut panjang emasnya. Suatu malam, orang tua jahat menculik dan mengasingkan Rapunzel di menara dan menjaganya seperti anaknya sendiri konon.
tapi setiap tahun pada hari jadi Rapunzel, kerajaan mak ayah Rapunzel melepaskan tanglung mengambangkan kerinduan mereka kepada puteri yang hilang dengan harapan dia dapat kembali bersama. lapan belas tahun kemudian, Rapunzel cakap kat orang tua jahat yang dia nak tengok tanglung2 yang muncul hanya pada hari ulang tahunnya, tapi orang tua jahat tu tak bagi dengan takut2kan Rapunzel yang dunia luar adalah tempat yang berbahaya. Sementara itu, pencuri Flynn Rider yang melarikan diri dari ditangkap pihak istana bersembunyi di menara Rapunzel dan ditawan oleh Rapunzel dan haiwan kesayangan, Pascal. Rapunzel tawar-menawar dengan Flynn kalau Flynn temankan dia ke acara tanglung, dia akan kembalikan tiara yang dicuri dari istana.
Flynn setuju dan Rapunzel yang baru pertama kali tengok dunia luar sangat teruja. Kemudian, orang tua jahat balik ke menara untuk mencari Rapunzel yang dah pergi, dan dia jugak terjumpa tiara yang tersembunyi di dalam beg di bawah tangga.
Rapunzel dan Flynn tiba di Duckling Snuggly, sebuah pub yang penuh dengan penjahat. penjahat2 ni tau yang Flynn adalah pencuri yang dikehendaki oleh pihak istana. tapi Rapunzel menghadap orang-orang tu yang menyatakan bahawa dia perlukan Flynn untuk merialisasikan impiannya melihat tanglung. Para penjahat tu pun memutuskan untuk membantunya sbb mereka pun ada impian. disitu bermula la kejadian kejar menyejar pihak istana, kuda macho Maximus dengan Rapunzel dan Flynn. dalam episod kejar mengejar, mereka terperangkap dalam gua yang tertutup. Rapunzel pun menggunakan rambut magic dia untuk terangi gua yang gelap tu dan berjaya keluar dari gua.
Malam itu, Rapunzel menyembuhkan tangan Flynn, yang terluka dalam pelarian mereka,dengan rambutnya dan bagitau Flynn kalau rambutnya dipotong, ia kehilangan magic dan berubah warna menjadi coklat. masa Flynn pergi mengumpulkan kayu bakar, orng tua jahat tu muncul dan memohon dengan Rapunzel untuk kembali ke menara, tapi Rapunzel menolak sbb dia dah mula suka kat Flynn tapi orang tua jahat tu memberikan Rapunzel tiara di dalam beg dan cakap yang Flynn cuma tertarik pada tiara tu je dan akan tinggalkan Rapunzel lepas dapat tiara tu. esok paginya, maximus si kuda macho datang serang tapi dapat di manjakan oleh Rapunzel.
Malam itu, Flynn dan Rapunzel pergi ke tengah tasik yang berdekatan untuk melihat taglung. Rapunzel bagi Flynn tiara tu sbb dia dah percayakan Flynn tu. sedang mereka romantik2, Flynn melihat si penjahat yang juga konco2nya dulu di pantai dan bagitau Rapunzel yang dia akan segera kembali. Flynn meminta maaf kepada konco2nya dan kembalikan tiara yang dilarikan, tapi konco2nya tu nakkan Rapunzel sebagai gantinya. Beberapa saat kemudian, si konco2 tu cakap kat Rapunzel yang Flynn dah tinggalkan dia dengan tiara tu, tapi sebenarnya Flynn telah terikat di perahu dalam keadaan pengsan. kemudian orang tua jahat yang juga berpakat dengan konco2 Flynn tu mengkhianati mereka dan pura2 macam dia menyelamatkan Rapunzel.
kemudian.......
enoughla kan... hihihi.... saje je wat korang tertanya apa ending cerita ni. nak tau, g la mana2 panggung wayang. pasti xmenyesal. :)
FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI
Aidiladha
Monday, December 6, 2010
episod FYP - sebalik tabir
nak dijadikan cerita, kami2 semua dah siapkan poster berkenaan sehari sblum hari presentation system. tapi sbb xpuas hati dengan design poster, kami pun malas2 pegi print. so, konon2 nak print malam esoknya.
kedai print memang banyak kat dungun tapi kedai print saiz A3 yang bukak malam2 hari cume ada satu je. so, kami pun wat la appointment nak print jam 8malam. datang2 print je, printer pulak rosak.... adoiyaiiii... siap call technician suh datang betulkan malam2. tapi malangnye, hardware printer yang rosak. so memang xbleh nak betulkan malam tu jugak.
ingatkan malam tu boleh la tidur awal sbb dah 3hari xtidur. disebabkan masalah tersebut, kenalah balik umah, edit poster format JPEG yang kami buat saiz A3 tu n kerat dua jadi saiz A4. nasib baik sblum balik tu dah singgah dulu CC Din yang kaler merah lepas simpang kanan kat traffic light ke UiTM Dungun tu. ha kau... siap bagi direction lagi. untuk student2 UiTM or Politeknik Dungun yang wat keje last minit bleh la print kat ctu sbb CC tu tutup lewat xmacam CC lain kat Dungun. huhuhu....
balik kerumah jam 2 dan mula la cantumkan 2helai A4 tu jadi poster saiz A3. hahahaha.... :P
habis je presentation poster tu, balik umah siap2 kemas barang n pos moto nadia. Malam ni balik kampung esok raya.... yipiii....
tapi sian kat kawan2 lain, semuanya xbalik raya kecuali kema yang memng anak jadi Dungun dan aku sendiri. memng anak durhaka kalau xbalik rumah.
jam 3, siap2 kami, aku, june, maisarah, nadia, kema, sara, emie, yuyui, kay dan ira sama2 menghabiskan masa bersama2 buat kali terakhir di Dungun... sob sob... will be missing u guys....