malu sebenarnya tengok blog aku ni semakin hari semakin bersawang. penuh dengan habuk dan sarang labah-labah. maaf la wahai blog yang comel macam teddy bear kidnap kat header blog tu. (^_^) aku bukan busy sangat pun. cuma saja buat-buat busy. sbb tengok kawan-kawan semua busy maka konon-konon busy jugak. nanti dorang cakap 'ish... in ni kerjanya makan tido makan tido je' (^_^!!) malu jugak kalau macam tu. hahaha...
ok... nak dijadikan cerita, semester ni adalah semester terakhir aku kat uitm ni. insyaAllah. dan kerana semangat nak kawen cepat sbb tengok kawan-kawan semua dah kawen dan siap ada anak 4 lagi, aku pun cepat-cepat la cari kerja. ada kerja, ada duit. ada duit boleh kawen. lagipun dah mem besar a.k.a mama dah tetapkan syarat. kalau nak kawen mesti kerja dulu okay. no kerja no kawen. aduyai..... maka dengan semangat kesukanan itulah aku mengupdate resume kat jobstreet yang dah lapuk tu. dan akhirnya aku dipanggil untuk pergi interview. ok... mari kita cerita sedikit kisah interview itu....
aku dapat call dari mr. W ni masa dalam bas rombongan ke KL bulan lepas. dia tanya boleh ke nak cakap sekarang. n aku cakap, i'll call back sbb dalam bas kan. bising bunyi radio n suara-suara orang. maka, dua hari selepasnya, aku call mr. W dan hasil perbualan ringkas antara aku dengan mr. W, aku diarahkan untuk datang interview pada hari khamis yang akan datang kat KL. memangdangkan aku xada kelas ari khamis, aku pun setuju la. dia jugak cakap, dia akan adakan ujian ringkas nak tau tahap pengetahuan aku dalam Visual Basic.
nak dijadikan cerita, aku pun beli la tiket dari dungun ke KL untuk interview tu. semata-mata untuk interview tau. dan minggu tu adalah minggu yang busy dengan test dan assignment. dan aku pun xsempat nak study balik Visual Basic yang dah lama gila aku tinggalkan tu.
interview jam 10. jam 8pagi aku dah gerak dari seri kembangan ke PJ. dan sampai depan opis tepat jam 9.30pagi. awal setengah jam tu. tapi aku pun terkejut gak tengok area opis tu. bangunan baru siap. cuma ada dalam kurang 10 buah kedai yang bukak kat kawasan tu. aku pun call mr. W utk kepastian. betullah tempat tu. aku pun naik opis dia. dan process interview pun berjalan. ujian Visual Basic aku cuma dapat 29/100. hahaha... sila jangan gelak okay. memang memalukan. dan disebabkan malu, aku pun jadi nervous. dia tanya, aku tergagap2 menjawab. rasa masa tu macam nak cepat-cepat keluar dari bilik tu. dan jam 12.30, tamatlah sesi interview tu. mr.W cakap jawapan akan dibagitau selepas seminggu.
nak dijadikan cerita, semalam aku dapat call dari company yang sama. dia cakap, aku dapat kerja tu and boleh start keje lepas je aku abis belajar. OMG... betul-betul xsangka. memang masa interview, aku less confident. cakap omputeh tergagap-gagap dengan grammar hancus. tapi the weird thing is, i got the job. so, ini antara faktor yang aku rasa penyebab aku dapat kerja berdasarkan interview aku dengan dia aritu.
- aku sanggup datang dari jauh (dungun) - dia sangat terharu aku boleh datang interview. dia kata i got point untuk kerja ni sbb dia nampak kesungguhan aku.
- aku dapat cari opis dia yang ceruk tu dan sampai awal untuk interview - dia sangat2 terkejut masa aku call tu n cakap kat bini dia, 'this gurl datang jauh-jauh pun dapat cari jugak opis ni'
- fresh graduate (bleh bagi gaji murah skit kot. hahaha)
- aku ada multiple skill iaitu dalam bidang computer n civil
* sambil2 nak wat iklan disini....
siapa2 yang nak cari penyewa perempuan. kat area PJ sila bagi tau aku ye.