Sunday, January 31, 2010
gambang water park
ari jumaat lepas, aku, myexara, nadia, emieza, ayuni, shima, mimi, nora, nana and anin bersama2 p gambang water park. naik 3 kete. dari umah gerak awal2 pagi lagi sbb xsabo nak main air. dalam perjalanan, aku tdo. lalala (membuatkan 2 makhluk sangat meluat dgn aku. maaf la yer.... =p )
smpai2 sana kol 10 lebih. ingtkan boleh terus masuk. rupanya operation hour die kol 11pg. tiket masuk rm19.90 dan kat dalm tu gune konsep cashless. kire best la. xde la risau nak bawak duit sambil nak main air. =))
kitorang main mcm dah xingt dunia. (cume perumpamaan je. mana mungkin aku lupa dunia.) sangt seronak. bayangkan la, dari kol 11 main smpai kol 3. xnaik2 pun. langsung xingt makan n minum. asyik main air dan ombak. memng la gambang water park tu xsehebat sunway lagoon. well, dari harga pun dah tau la kan. tapi kire ok la. berbaloi sngt2.
yng paling aku suka kat ctu main luncur tikar terbang dan main ombak. tapi semua game pun aku main banyak2 kali. serius best. (al maklumla kat cni xde hiburan yng mcm tu. agak jakun juga disini. =p )
kol 3 lebih, kami bergerak balik. tapi sempat singgah east coast mall jap for lunch. (lunch ke kol 5? abaikan la.) sangat sedih apabila mendapati baki di bank islam aku rm3.30 dan baki didalam bank cimb aku cume rm22.90. asal jpa xmasuk lagi? orng lain semua dah masuk ni. aiseh... sudah sebulan la masuk blaja. tinggal lagi 3bulan disini. jpa masih lom masuk lagi. mau makan apa ini????
dgn mata berkaca2 kerana terharu, aku dibelanja oleh nadia. wa.... sngat bahagia ketika itu. dan terpaksa menumpang kasih ayuni yng snggup berkongsi cheese cake yng sgt sedap itu. dan juga menagih kasih myexara yng sanggup berkongsi air laicikang yng sangt menyegakkan itu. hehehe... dan juga, kepada emieza yng snggup pinjamkan duit (walaupun aku menolak, tapi niatmu itu sangt buatkan mata aku berkaca). terima kasih all. t dapat jpa, aku lanje korang ek. =))
p/s: pic, aku upload kemudian sbb xamik lagi dari camera girl. =))
Thursday, January 28, 2010
kalo korang benci kat roomate korang....
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam,balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik,jerit sekuat hati" horee…kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit.Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak… dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…tak lama lagi…"
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya…"
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam.Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik.Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam,
lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile roomate jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas,bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2
ada mayat.
tips2 ini jugak bleh dilaksanakan kepada teman2 serumah kalo korang nak. =))
tips credits to http://www.zue86.blogspot.com/
Wednesday, January 27, 2010
sendiri....
sepi tapi aku tak sunyi. sendiri tapi aku gembira.
sakit hatiku hanya pada diriku. amarah benciku hanya pada aku.
gelak ketawa ku nya pada aku. tangis hibaku hanya aku yang tahu.
pedulikan semua kata2. biarkan aku sendiri.
berteman jasad dan diri sendiri. hidup pada dunia yng sendiri tercipta.
aku takkan mati bila aku sendiri. aku xkan lemah bila aku sendiri.
temanku adalah jasadku. teman terbaik adalah aku.
Tuesday, January 26, 2010
lagi pasal aduka taruna
Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;
“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”
Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk “Wahabi Perlis”, beliau menulis;
“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”
dan;
“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “
Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;
“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”
dan;
“Muawiyah + Aishah plak.
Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.
Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.
Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.
“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”
What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”
DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat. Jakim perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.
DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina Ulama’, keluarga Rasulullah dan Sultan. DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik.
DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan Keluarganya serta Sultan-sultan yang memerintah dinegara ini. Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu.
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Berita Harakah : Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat
HarakahdailyKUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tulisan dalam blog Adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la” jelas membuat penyataan yang menghina.
Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina ulama mahzab dan juga isteri Rasulullah saw, Aisyah.
“DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat,” kata Herman Shamsudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Bagi Herman, Jakim juga perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.
“DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina ulama, keluarga Rasulullah dan Sultan. DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyuataan.
Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan keluarganya serta sultan-sultan yang memerintah di negara ini.
Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu, tambah beliau.
Berita Malaysiakini : Polis digesa siasat penulis blog hina Sultan Iskandar
Oleh Jimadie Shah OthmanDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berkata permohonan maaf sahaja tidak mencukupi tetapi penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, harus tetap disiasat polis.
Timbalan ketuanya, Herman Samsudeen juga meminta penulis berkenaan – dikenali sebagai Aduka Taruna – turut disiasat Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) ekoran beberapa tulisannya yang turut didakwa menghina ulama mazhab dan isteri Nabi Muhammad.
“DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam.
“Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat,” kata Herman yang juga setiausaha lajnah penerangan PAS.
Selepas kemangkatan Sultan Johor, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.
Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya “mengheret penulis berkenaan ke mahkamah”.
Dalam satu kenyataan hari ini, Herman berkata, pihaknya tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi perlu ada ketegasan dalam menghadapi “perbuatan biadap” terhadap ulama, keluarga Nabi dan sultan.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menolak penggunaan ISA terhadap penulis berkenaan kerana kes tersebut boleh “diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik”.
Herman berkata, beberapa tulisan lain Aduka Taruna yang perlu disiasat, termasuk ‘Wahabi Perlis’, ‘Sembang Mazhab’ dan ‘Muawiyah + Aisyah plak’.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap Aduka Taruna.
Katanya, beliau juga akan meminta peguam negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.
(sumber : http://syukran.wordpress.com/2010/01/25/minta-maaf-tidak-cukup-aduka-taruna-perlu-disiasat-polis-dan-jakim/)
Monday, January 25, 2010
hargai diri dan orng2 yng tercinta
smbil2 die sembang2 dgn mama, die pun cube mengadjust mama suh beli insuran yng die jual. insuran prudential. setelah berbincang lama, akhirnye mama setuju la beli insuran dgn die melalui potongan pencen arwah abah.
tahun 2008, mama disahkan mengidap kanser usus tahap pertama. mama terpaksa berulang alik dari muar ke putrajaya utk dptkan rawatan dan pembedahan. beberapa kali jugak la mama kuar masuk wad. hospital putrajaya dah macm rumah kedua da masa tu. alhamdulillah, mama berjaya mendapatkan rawatannye. mama sekarang dah sihat.
pampasan insuran pun da settle dgn bantuan atok sharom. segala perbalanjaan di hospital tu dibayar oleh insuran yng mama ambik tu. alhamdulillah, sepanjang mama mendapatkan rawatan tu, kami xmengalami masalah kewangan. skang ni, akak jat pulak sedang berjinak2 dgn bidang insuran atas sokongan atok sharom.
moral of the story: hargai la orng yng mencintai anda. lindungi la diri anda dgn membeli insuran =))
iklan: boleh la hubungi 019 6678283 (Nur Izzaty abu hairi) utk mendapatkan nasihat dan membeli insuran diri anda. renung2kan dan selamat beramal =))
aduka taruna
p/s: jaga la hati dan banyakkan selawat buat menyejukkan kemarahan.
Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
-- BERNAMA
Sunday, January 24, 2010
prejudis
it a cat. gile punye comey. kaler kelabu. gemuk n montok badan die. tapi die tgh golek2 kat tanah. hihihi... rasa mcm nak gigit je perut die yng muncit tu. sangat geram...
tetiba aku jadi rindu pada kucing2 aku yang dulunye banyak xterkire. bujang sepet, bujang, ling, lucy, cumi, ciki, nakling, culing, omey, ikan, kecik, miru, mirmo, ibu dan berpuluh2 lagi nama yng aku pun dah xberapa nak ingt sgt. dorng ni la yng sama2 membesar dgn aku.
lebih2 lagi ling. aku amik dia masa umur aku darjah 5. masa tu akak2 aku semua dah masuk asrama. tinggalla aku sorng2 xde kawan. die ni la teman aku suka dan duka. kalo aku merajuk dgn mama, aku lari bawah rumah peluk ling. aku cite kat die macm2 smbil main batu seremban. dia pujuk aku. bile aku balik sekolah, die tunggu aku kat tepi jalan tempat aku turun bas. bile nampak aku je, die terus kejar aku. =)) kadng2, kami pegi panjat pokok sama2. (kesian aku xde kawan masa tu.)
masa duduk kat felda tu, selalu ada helikopter lalu utk tabur baja kat ladang. bunyi yng kuat ni selalu menakutkan ling. dia menyorok bawah katil n xmo kuar2. cute sgt2. dia la teman terbaik aku masa kecik. bile masuk asrama masa form 1, selalu aku rindu kat dia.
tapi, bile aku dah makin besar, aku n dia dah xberapa nk rapat. lebih2 lagi bile bini kesayangan dia dah mati, lucy. die memng setia gile dgn lucy. memng xcari lain. sbb tu dia berbeza dgn kucing2 aku yng lain. smpai sekarang pun aku masih ingt kecomelan die.
bile aku abis exam diploma sem 1, aku balik kmpung. dia demam. aku risau sgt2. bau die busuk sngt. aku lap2 la badan die n bagi die makan ubat. then, aku pegi basuh tangan. masuk je balik dalam bilik, aku tgk die dah nazak. xdpt aku tahan airmata yng memang lebat gile. (smbil taip ni pun aku nangis sbb rindu kat die) aku sayng sgt2 kat die. die kucing terbaik yang aku ada. smpai sekarang aku sayang kat die. n gambar die ada kat atas meja study aku ni sbagai semangt aku n teman aku selamanya. (that y, kalo korang perasan aku ada jugak kucing yng namanye nakling n culing. hihihihi... nakling tu maksudnya 'anak ling' dan culing tu 'cucu ling'. walaupun nakling n culing tu bukan baka ling, tapi warna dia yng hitam, pipi dia yng bulat n tanda bawah perut die yng ada kaler putih tu menyebabkan kami bg nama ling jugak.)
serius, aku xpenah jumpa kucing sesetia die n sebaik die. sungguh, aku rindu sgt kat ling sekarng ni. teringat die kejar aku, tangkap tangan aku, aku suapkan dia makan, dia tdo dgn aku tiap2 malam.... ahhhh..... sangt rindu...
sebenarnye, ling ni xde la nsem sngat pun. dulu ye la. memng jaguh kampung. tapi bile usia dia dah mencecah lebih 5tahun, bayangkan je la. uban, luka, kurap n bisul sana sini. tapi die tetap nsem dihati aku. xpernah aku pandang hina pada die walaupun dia cume seekor kucing yng kotor. die juga makhluk Allah yng ingin dicintai dan dikasihi oleh setiap apa yng ada disekitarnya. kite sbgai khalifah yng ada akal fikiran, xlayak utk membenci hidupan sepertinye. aku sedih kalo kat kedai2 makan tu, ada kucing2 yng merempat n mintak makanan ditendang dan disepak terajang. xrasa hina ke sepak n terajang binatang yng xmampu melawan tu? kite menghina binatang tu sebagai kucing kurap n jijik, tapi siapakan kite disisi ALLAH. suci ke kite?
p/s: maaf, tetibe je rasa emo plak. (xbleh cite pasal kucing sebenarnye. mesti nak nagis.)
Saturday, January 23, 2010
FACEBOOK!!!
sebenarnye pada pendapat aku, semua tu bergantung pada diri individu tu sendiri la. kalo kite berjaya, xplak kite cari siapa yng membuatkn kite berjaya. tapi kalo kite gagal, mula la tuding jari sana sini.
ye, mungkin sikap keterbukaan kat facebook membuatkan kite lebih open nak share semua benda. sampaikan diri kite terpengaruh n bersikap tak rasional. tapi xbermakna kite ni xbermoral n xdpt nak berfikir secara matang. xsalah nak berfacebook. tapi ingt la siapa diri kite. ibu ke, isteri ke, student ke. berani buat, berani la tanggung. jangan salahkan facebook plak.
Friday, January 22, 2010
kemangkatan sultan johor
Rakyat johor diarahkan utk berkabung bagi menghormati kemangkatan baginda. Takziah kepada kerabat baginda dan semua rakyat johor. Al-fatihah...
resepi istimewa....
tadi tghari aku masak mee lidi. korng tau x apa mee lidi tu? ramai yng tak tau mee ni. tapi aku memng suka gile makan mee lidi ni. lagi2 kalo mask pedas2. dalam family aku pn, semua suka makan mee ni. kalo balik kampung je, semua beli 2 ke 3 bungkus nak bawak balik umah sewa. sbb kat kl xpenah jumpa benda alah ni. kirenye ini makanan tradisi kami anak beranak la. hihihi....
berbalik semula pada kisah kesedihan aku ni, tadi masa nak makan makanan tersedap didunia tu aku saje je bawak masuk dalam bilik. sbb masa tu aku tgh layan game petville. huhuhu... mangkuk mee tu aku letak je kat lantai sambil menikmatinye dgn bersila. tgh leka main game n makan (jgn tiru habit yng sngt tidak baik ni.), tetibe tangan aku tersenggol nset yng aku ltak kat atas tilam. n.... clupppppp............................ masuk dalam mee aku. warghhhhhh........ tolong2, abis la nset aku ni.
n skng ni nset aku sedang membengongkan dirinye. huhuhu.... dah la tu, siap berminyak2 lagi. adoila..... sok terpaksa la g antar service kat dungun. moga2 cepat la die sembuh....
Thursday, January 21, 2010
bermesra di Mesra Mall
mcm2 isu la sepanjang kami menanti ianya dibuka. erm.. aku ke ctu pun baru 3 kali. hihihi. 1st time dgn family, 2nd time nak cari kasut raya CR kat ctu (tp kecewa sbb xde yng aku nak. hampeh.... lagi kecewa bile balik kampung akak dayang tayang kasut primavera die. arghhhh.... akhirnya aku beraya dgn selipar saje. hihihi) dan kali ketiga ialah, tadi. masa 1st time aku pegi, xbanyak bukak lagi kedai2 yng ada kat ctu. poster gaint dah tampal kat ctu. wah.... gaint nak bukak la. senang la nk beli barng dapur. (masa tu awal taun lepas.) kali kedua pergi, bowling dah buka. tapi xpegi main pun sbb bukan niat nak main bowling. tapi sbb nak cari kasut CR yang mengecewakan itu. tetapi, gaint masih lagi belum bukak. (puasa taun lepas.) n tadi pegi, gaint masih xbukak2 tapi dah ganti dgn TMC. ish.... no komen. dan yang pasti, panggung wayang yang dinantikan belum jugak dibuka. nampaknye 4taun aku didungun ni nak merasa tgk wayang kat terengganu xtercapai. huhuhu....
tapi bukan itu yng aku nak cerita kat cni. aku rasa sgt2 tidak puas ati dgn layanan dan khidmat TMC. erm... 1st, kami beli lemon tea yng harganye cume 75sen. dan tetiba air tu tumpah ke tangan dan melelh kat cawan tu. bile kami mintak kat orng tu tuala utk lap tangan dia kata xpayah lap. ish.... geram plak kat makcik tu.
tu xpe lagi. yng sngt2 aku hangin 1 badan is bile aku terlalu excited nak beli air susu segar gooday and garlic butter spread yng memng murah gile tu. bayangkan la garlic butter spread tu cume rm7. dah la beli 1percume 1. tanpa aku sedar, aku main capai je barng2 tu. nasib baik kawan aku, emieza tegur. "in, ko cube cek bile expired date die". gile ko..... awal bulan ni. kire dah expired la barng2 tu. patut la murah gile. sangat marah....... walaupun aku xbeli lagi, tapi aku sngt marah dn rasa tertipu dgn TMC. mcm ni ke cara nak meniaga. uhuhuhu.... bile aku cek2, 1rak product tenusu tu, semuanye expired bulan 1 2010. huh..... sangat marah.....
tapi apa pun, banyak jugak yang aku beli kat ctu. hihihi... so guys, kalo nak beli barng tu, cek dulu k. jgn ingt kat supermarket yang baru bukak tu barng2 die semua baru. n jagn plak pk kedai2 buruk kat tepi jalan tu yang hampir nak roboh tu, barng2 die semua lapuk. =))
Tuesday, January 19, 2010
usia 2 taun lebih sudah ketagih...
oklah, ni ada serba sedikit pasal budak berkenaan.
nama budak tu: muhammad aidid iskandar bin azmi
nama ibunye: nur hidayati abu hairi
nama bapenye: azmi bin saadon
kanak2 yng berusia 2tahun 3bulan ini sudah mula ketagihan sejak masih bayi akibat kelalaian ibu bapanye. rawatan lanjut telah diberikan kepada beliau bagi menghentikan ketagihannya. ibu kanak2 tersebut bertanggungjawap membawa kanak2 itu ke klinik utk mendapatkan rawatan. setelah mendapat penerangan lebih lanjut dan nasihat tersebut, kanak2 yng sudah memahami kata2 doc tu mula menhentikan tabiat buruknye itu. (sangt bijak kan....)
menurut ibu beliau, aidid cube menarik perhatiannye dan mula meminta yng bukan2 utk mengelakkan diri dari mengulangi tabiatnye. dan setakat ini, kanak2 itu telah berjaya membuang tabiat itu selama 2hari. (salute to u....)
dibawah ini disertakan gambar kanak2 tersebut. kite sama2 doakan die berjaya mengharungi hari2 beliau seterusnye tanpa PUTING.....
nota kaki: sian gile aku dgr cite akak aku smlm. aidid xbleh tdo sbb xde puting. pastu bile die lupa dia mintak "mama, nak ating (puting)". mama die ckap, "eh... doc cakap apa semalam?" dan die menjawap, "eh... ating pulak. nak car..." huhuhuhu.... die cube utk memujuk dirinye sendiri.... sangt terharu. [doc tu ugut nak cocok bontot die kalo die mintak puting lagi. hahahaha... terus die takut nak sebut perkataan tu]
to aidid, cun doakan aidid bleh lupakan ating tau. t balik, cun belikan aidid toys e... jgn nangis tau. luv u... muuuuaaaaahhhhhhh............................. (he call me cun coz he think i'm cun. ngeeeeee.....)
Sunday, January 17, 2010
mimpi indah yang aku sangat suke dan teruja....
mimpi ni mainan tdo je kan. tapi apa2 pun, aku suka mimpi aku malam tadi. wat aku happy all day long. smpai rasa nak smbung tdo lagi rasanye. nak mimpi indah tu datang lagi. hihihi...
aku bermimpi nikah dgn tersayang aku. huhuhuhu.... ada la tok kadi n family aku n die. siap ada lafaz lagi tu. sekali lafaz, terus terdetik dalam ati aku "eh... aku dah jadi bini orng ke....?"
yepeeeee....... dah jadi bini orng.. hahaha... bunyi ala2 desperate plak. hahahaha... tapi serius wei.... aku terpikir, bile la aku nak kawen ni. umur dah masuk 25 taun ni. kire dah masuk suku abad la kan. huhuhuhu... sangat tidak dapat diterima....
sayng, cepat2 kumpul duit je. =))
Saturday, January 16, 2010
betul la wei.... aku xtpu...
BETUL LA WEI.... AKU XTPU YANG AKU DAH BELI SEBIJI KETE.
nape tekejut plak? apa? ingat anak penjual ABC 50sen xmampu beli kete ke? apa, ingat student UiTM xmampu beli kete ke? apa, ingt dgn biasiswa JPA xmampu beli kete ke? apa, ingat dengan awal2 semester ni dgn duit jpa xmasuk lagi, aku xbleh beli kete ke? apa, ingt aku tpu ke? sungguh la. betul punye ni...
ye la... aku tau la kete aku tu murah je. tapi yng penting kete baru tau. bukan 2nd hand. so, takat ni aku dah ada 2 kete dah n 1moto. walaupun kete aku yng satu lagi tu, boleh campak kat sungai wat tukun tiruan, tapi aku tetap sayang. almaklumla.... my 1st car.
betul la.... aku xtpu la..
sumpah aku beli. kaler pink tau. aku xmampu la nak beli kete yng beso2 ni. kete dua pintu je. kalo korang nak tumpang aku p class tu, bukan aku xnak bawak. tapi sudi ke korang nak naik? almaklumla, kete kecik je. sempit. tapi tu je yang aku mampu kan. murah sgt2 je. 16k je. kalo korang nak beli, korang bleh la simpan duit dari skng. aku ni pun beli cash je. malas nak tambahkan hutang bulanan aku.
fuh.... xmo caya gak ke? aku xtpu la... betul punye la.... ni buktinye..............................
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
nota kaki:
aku cakp kat kay, kema and emi, "perhatian kepada emi, kema n kay. aku dah beli kete. sile jeles." aku xde niat pun nak tpu diorang. tapi respon dorang, "weh, serius ke? ko beli bape ribu. sape punye kete. kete apa?".... hahahahaha.... hello babe.... aku beli kete kat petville je la.... jgnla terkejut smpai mcmtu sekali. hahahahahahah....
betul wei.... aku xtpu....
do nothing...
tetibe je.... baru aku teringat. eh... bukan aku ada asgnment ke yng kene buat? nak kene present next week? adoi la..... mcm ane bleh lupa ni. cop2.. keje apa ek? OSHA, Software Engineering and.... and... and.... tu je kan? yer... itu ajer. dan update nota2 utk subject sem ni.
ok.... kite buat satu2.
- mula2 cari bahan utk S.E dulu = done (collect pamphlet yang pegi IID tu utk submit report kat miss nik)
- cari bahan OHSA = domino theory - done
- cari malaysian SHE 1994 act = done
sambung tdo..... yeah!!! good idea. k all... i want to continue my dream. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Thursday, January 14, 2010
trip yng x pernah akan dilupakn....
malam tu kami tdo di taman pertanian malaysia. kami sewa chalet kat ctu. satu umah utk 10 orng. tapi hakikatnye rumah itu terlalu besar utk kami yng ketakutan. dah la jauh diceruk utan, transport plak xde. lecturer kami plak tdo kat hotel. sgt takut. last2, 1 rumah masuk smpai 15 orng. so, ada 1buah rumah yng xdidiami.
sok paginye, pegi jalan2 dulu kat dalam taman tu. pergi umah 4musim. masuk rm3 je. murah la kan. skng ni musim salji. sejuk sgt. dah macam orng jakon. kay xabis2 perasan kononnye kat korea. hahaha... ok la tu.
"berenti.... berentii.... ada asap ni....!!!" dengan serta-merta bas pun berenti di km202.7 highway kl-pantai timur. adoi la. dah la masatu jam kol 6.30ptg. dah nak malam babe. dgn hati yng rela tapi terpaksa itu, kami pun turun dari bas. bas uitm yng 1 lagi sudah jauh tinggalkan kami dibelakang (2 bas pegi s.alam). terpaksalah bas yang 1 lagi tu u-turn n cari kami sepanjang2 highway tu. mekanik smpai jam 10 mlm and siap repair jam 11 mlm. secara automatiknye kami menalipon lecturer utk mintak cancel class esok. masing2 keletihan dan kelaparan dan menahan nak membuang. sakit babe....... kami selamat smpai uitm dungun jam 3.30pgi. dan paklong dengan baiknye datang menjemput kami dgn kereta barunye. terima kasih paklong, pakcik driver, mekanik and to all student and lecturer yng naik bus "TAT ****" sbb sudi menemani kami ditepi highway pada malam itu.
Monday, January 11, 2010
botak..... lagi...
tayar moto yang dah botak. skuter ego nadia yng aku usung p class tu akhirnye membotakkan dirinye sendiri. tapi xpe2. hujung minggu ni, aku tong2 duit dgn nadia p ganti tayar baru. risau gak la bawak moto tu mcmtu. almaklum la, skng kan tgh monsun. hujan panas xtentu hala. bukan aku nak salahkan hujan. hujan tu rahmat. tapi klo bawak moto tayar botak time hujan2 mcmni, memng la sgt2 merbahayakan diri sendiri. dan jugak orng lain. liabiliti tu. =))
esok aku nak ke s.alam for attending IID, Invention Innovation and Design. kat uitm shah alam. balik cni ari rabu. kitorang tdo kat chalet bukit cerakah. huh.... katanye kat ctu banyak antu. yeke? akak dayang la ckp. kawan die bawak studnt tdo ctu. pastu malam2 ada antu penanggal follow dorng dari surau ke chalet. wahhh... gile scarrryyyy. adakah aku mampu hadapinye?
mama awal2 pesan, "adik bawakla surah yasin, baca kat sana. solat jgn tinggal. jgn seronok2 sgt kat tempat orng and blabla bla bla....." ibu mana yng tak risau oi.... oh mama, ure the best'es. apa2 pun, wish me luck. berlindung pada Allah, insyaAllah xde yng kacau. =))
p/s: sakit tu datangnye dari Allah dan die juga yng sembuhkan dari segala penyakit dgn izinNya. berdoalah padaNya beserta usaha. =)) - usaha - teringat pada motivasi Dr. Fadhilah Kamsah dalam buku "petua membuat orng jatuh cinta"
kete baru....
tadi class petang. (should say semalam la kot sbb skng ni dah kol 1.30 pg - tak tdo lagi sbb xbleh tdo.) disebabkan moto xamik lagi, so terpaksa la pegi kelas naik paklong (prebet sapu). selalunye die datang naik kete iswara itam. tapi petang tadi, kete Biba (Viva forever) kaler putih plak yng smpai. hon2 aku n june yng masih kat dalam umah. ingatkan sape la yang datang. dah la kete die tinted gelap. TAX **** no plet kete tu. dok belek2, sah tu memng paklong. (terengganu dialek call as poklong.) masuk2 kete, tengok kete masih balut lagi pakai plastik. wa..... baru dari kilang ni. siap ada bau kedai lagi. tanda harga pun belum tanggal lagi. (mula cerita yng merepek...) kire cool la kan kalo prebet sapu amik orng naik kete baru. gile cool. =))
seronok naik kete baru. walaupun bukan diri sendiri punye kereta. wa.... akak, mana janji2 manismu. kata mau bagi aku sebijik kete kalo lulus test drive. wa....
paklong kata la. ni kete anak die. baru je amik pagi tadi. see.... aku ni kire orng 1st la yng rasmikan tempat duduk belakang tu. wahhh... sangat berbangga. =)) anak die suh paklong bawak kete tu smpai mileage 100km. bagusnye anak die. paklong ni umur dah 60 something aku rasa. tapi masih lagi kuat. die keje parttime kat padang golf sblah uitm tu. tanam rumput n kadang2 mengajar budak2 main golf. very the class dia ni. anak2 die pun semua dah besar2. paling kecik pun study kat uitm arau.
dulu sblum ada moto, (ceh, perasan mcm moto sendirik je. padahal pinjam nadia punye moto) aku hari2 pegi class naik kete die. almaklumla, dungun ni xmacam kl. banyak bus n train. kat cni harapkan prebet sapu n bas kuning je. kalo naik paklong ni, dia charge rm1.50 pegi n balik. kalo naik bas kuning (aka bas sekolah), rm1 utk 1perjalanan. kire boleh save 50sen la. ok la kan. bleh masuk tabung. =))
Saturday, January 9, 2010
how to lose weight...
- Pencakar rumput
- Penyodok sampah. lebih efficient kalo ada kereta sorong
- Sampah atau rumput2 yang baru lepas dimesin oleh pakcik tukang potong rumput
- kertas surat khabar lama
- dan mancis
p/s: i lose 2kg for doing that yesterday. fuh.... getting slimmer now. wink wink... =P