Sunday, April 26, 2009

Green green grass...



pokok2 sayur kat mini garden aku dah makin besar. seronok plak tgk. pokok sawi dah boleh dituai. pokok cili dah bleh pindahkan kat atas tanah. tapi pokok bayam n kailan macm xnaik2 la. terbantut ke apa xtau la.

pokok bunga rose aku aritu dah berbunga sekuntum je la pun. hehehe. tapi ni aku tgk dia dah berputik da. ada la dlm 4 putik. seminggu lagi, dia berbunga la. seronok plak tgk pokok2 tu dah membesar.

dulu masa kecik2, aku xsuka pun berkebun ni. baru2 ni je yng minatnya. tu pun sbb rumah sewa aku ni, laman dia luas. so, gunakan la dgn sebaiknye. berbudi pada tanah....

Saturday, April 25, 2009

confius...


dia masih milik orng lain. aku rasa bersalah sgt dgn diri aku. aku ni perampas ke? mencuri milik orng lain utk diri sendri? tapi, dia sendri datang pada aku. dia perlukan aku sprti aku perlukan dia. dia cintakn aku sprti aku cintakan dia.

aku sedey bila tunang dia xhargai dia. aku marah bile tgk dia tertekan n tak terurus. aku benci bila tgk dia menangis. aku sedey dgn diri dia. aku marah n benci pada diri aku sbb xmampu nak tolong dia.

bile dia hulurkan kasihnya, aku sambut dgn tangan terbuka. memng ini yang aku inginkan darinya. aku ingin menjaganya n membahagiakan dia. tapi msalahnya, dia masih tunangan orng. aku rasa bersalah sgt pada tunang dia. rasa bersalah pada keluarga dia.

suara dia exsited sgt setiap kali telepon aku. banyk yang dia cerita pada aku. mcm dulu2. tapi aku rasa sgt2 bersalah. aku syngkan dia. aku seronok tgk dia gembira mcm tu. dia gembira dgn hubungn baru kami ni.

tapi aku rasa bersalah sgt2. berdosa ke aku berhubungan dgn dia? membuatkan dia menjauhkan diri dari tunangnya. walaupun dia menyintai aku, dia masih lgi tunangn orng.

aku dapat rasa perasaan tunang dia. aku juga perempuan macam dia. mesti dia cemburu bila tunangnya ada hubungan dgn perempuan lain. mesti dia rasa marah n benci pada diri sendri macm yng aku rasa sebelum ini.

yazi nasihatkan aku tadi. apa yng dia ckp tu semua betul. xkira la dia sayngkan aku n aku sayangkan dia. tapi dia still lagi tunangan orng. dia patut hargai tunang dia n aku patut jauhkan diri dari dia. aku xpatut mengganggu hubungan mereka. cuba melanggar ketentuanNya. tapi aku xsanggup tgk dia sedey lagi.

tak snggup tgk dia hilang semangat n hidup xmenentu. xsanggup nak tgk dia tertekan dan menagis. air mata lelakinya terlalu mudah keluar bila bicara pasal hubungan ini. aku xsmpai ati nk tinggalkan dia.

lagi 3 buln genab setahun mereka bertunang. aku takut. masa terlalu singkat n aku takut aku akn kehilangan dia lagi. 3bulan bukan lama. n pejam celik pejam celik, bulan 8tahun depan keluarga mereka rancang utk majlis pernikahan. sepanjang tempoh itu juga la aku menanti. aku mengharap dia milik aku. kejam ke aku?

aku cuma wanita yng ingin disayangi oleh orng yng aku cinta. aku cuma ingin menjaga orang yang aku cintai. aku cuma ingin memelihara orng yang aku cintai. tapi kejam ke aku?

ya Allah, aku cintakn dia ya Allah. jika dia yng terbaik utk ku, dekatkan la hati kami dan jauhkan lah kami dari kejahatan. dan jika dia bukan yang terbaik untukku, berilah dia dan aku yng terbaik untuk kami dan jauhkan kami dan buatkan kami tabah ya Allah. sesungguhnya, Engkau yng Maha Mengetahui.

amin....

Wednesday, April 22, 2009

give him a chances

penat sngat dengan life skang ni. aku buzy sejak akhir2 ni. tu yng x update2 blog ni. n banyak benda yng berlaku pada aku. aku terlalu tertekan dgn life aku. aku kadng2 rasa mcm aku ni xbersyukur. kadng2 terasa macam aku cube menolak takdir yng berlaku.

tadi, aku baru je kene marah dgn dia. huhuhuhu.... sedih sngat. aku terkejut dia bleh marah aku mcmtu. xpernah aku tgk dia macm tu. aku sedey sngt. aku rasa sgt2 menyusahkan dia.



last2, aku dapt tau yng selama ni, hidup dia dgn tunang dia terlalu tertekan. dia yng tak pernah tinggikan suara pada aku, bleh naik suara smpai macm tu sekali. aku sedey sgat dengar kehidupan yng dia lalui selama tiada aku.

apa yng harus aku lakukan? aku nk tgk dia kembali ceria n penuh semangat mcm dulu. aku nk tgk dia bahagia. dia kata, dia terlalu syngkan aku dan inginkan aku. aku terharu sgt. aku pun terlalu cintakan dia. tapi aku takut dia akn pergi tinggalkan aku lagi. n aku takut dia xkan bahagia klo bersama dgn tunang dia tu. aku rasa sgt2 serba salah.

aku cuba bagi dia peluang. bagi dia harapan n kebahagiaan lagi. tentang hubungan dia dgn tunang dia, aku cuba anggap tiada apa yng berlaku. klo ini betul2 jodoh aku, dia pasti bersama aku. dan kalo betul2 dia bukan jodoh aku, aku rela dia pergi bile2 dia mahu. asalkan aku memberikan dia kebahagiaan. kalo dia betul2 ikhlas dgn aku, pasti dia akn lakukan sesuatu utk kami hidup bersama. tapi kejam ke aku kalo hubungn mereka putus separuh jalan kerana aku?

jahat ke aku? perampas ke aku ni?

aku cume ingin melihat dia tersenyum seperti dulu. nak tgk dia berjaya dalam hidupnya. aku akn cuba lakukan yng terbaik utknya. kerana ini je yng mampu aku lakukan. aku xmampu bagi dia wang ringgit atau apa2. aku cuma mampu memberikan dia kasih syng sbb itu yng terikhlas aku dapt berikan.