Friday, March 13, 2015

Kanser

Dalam seminggu ni dapat berita kawan sekolah menengah (sek tinggi kluang) mengalami musibah. Rabiatul adawiyah katanya sedang menjalankan pembedahan utk kanser rahim tahap 4. Aku rapat dgn dia masa form 2. Masa tu aku baru pindah ke STK dari sek men clifford. So tak ramai kawan lg. So dia antara kawan baru aku masa tu.

Salihah misdi, antara kenalan STK jugak. Tp aku tak rapat dgn dia. Sekadar kenalan satu sekolah. Skng koma di hospital sbb ada darah beku di kepala. (Sahabat ini telah meninggal dunia pada 23.04.15 setelah berjuang selama 2minggu dari koma. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Alfatihah....)

Hati jadi sayu dan sedih jugak bila dapat berita tu. Semoga sahabat2 ku ini sembuh dari penyakit mereka dan dapat kembali menjalani kehidupan bersama suami dan anak-anak tercinta.. amin...

Teringat beberapa tahun lepas bila dapat tahu mama disyaki mengidap kanser. Ingat lagi, masa tu baru habis kelas semester 2 kat uitm dungun. Dapat call dari mama.

Mama baru abis cek up di hospital putrajaya dan mama kata doctor suspect mama kene kanser. Hanya Allah yang tau betapa takutnya aku masa tu. Aku menangis... tp mama kata jgn risau.. tak confirm lg. Next week akan ada test utk confirmkan..

Takut, sedey... tp aku tau mama lagi takut dari aku.. next weeknya, doktor sahkan mama kene kanser usus. Dan doktor terus set tarikh utk pembedahan.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Usus terpaksa dibuang utk elakkan kanser merebak ke tempat lain. Dan alhamdulillah kanser masih tahap permulaan. 

Dalam tempoh nak merawat tu mmng aku kerap ulang alik putrajaya-dungun-muar.. dan skang mama masih lg ada follow up di hospital putrajaya utk monitor kesihatannya...

Nasib baik juga mama dapat kesan awal penyakit dia bila dia perasan tiap kali buang air besar, najis ada darah. G klinik dua tiga kali, doktor kata buasir dan bg ubat. Masuk kali ke 4, tak baik2 jugak tu yg doctor buat surat refer ke hospital.. 

Alhamdulillah mama dapat harungi penyakitnya. Dan aku doakan kawan2 aku yg sedang ditimpa musibah, semoga urusannya dipermudahkan.. amin... 

P/s: prihatin pada setiap perubahan fizikal kita. 

Tahi lalat aku yg kat muka ni semakin membesar plak bile mengandung. Huhuhu... ngeri...


Mama lepas kene buat colon. Kene puasa 2hari. Siap buat kolon, dia nak makan mcm2.. layankan... hehehehe...

No comments: