Saturday, March 7, 2015

Hospital selayang

Seperti entry yg lepas.. aku bersalin di hospital selayang.. selepas tak jadi bersalin kat azzahra dan hospital kuala kubu bahru.. huhuhu...

Di dewan bersalin, nurse dan doctor yg aku nampak (2 kali datang dalam 1hari), semuanya perempuan. Akan ada doctor muda (pelatih mungkin) yg cek, seluk, review history. Kemudian akan ada doctor yg senior plak datang. Doctor junior brief skit2 dan doctor senior yg confirmkan apa nak buat lepas tu.. samada warded, masuk labor room atau suh balik..

So far, nurse dan doctor2 semua ramah, baik, sentiasa senyum dan sgt2 membantu..

Masuk dalam labour room, baru jumpa doctor lelaki.

Tak ramai sgt doctor atau nurse yg ada dalam labour room masa bersalin mcm kat hospital sungai buloh. Tak de la rasa malu sbb mcm pesta tgk org bersalin.. huhuhu... tp mcm aku, duk push2 banyak sessi tapi tak lepas2, last2 3 org nurse/doctor masuk.. huhuhu...

Suami boleh teman sepanjang berada dalam labour room kecuali masa sessi jahit menjahit. So masa tgh tahan sakit contraction tu, suami boleh la mainkan peranan sebagai tempat kene picit/gigit/cakar dan sebagainya... hahaha... kalo kat hospital sungai buloh, suami masuk bila betul2 dah nak bersalin je (bukaan dah 10cm). Mcm aku dulu, suami tak di update apa2 pun aku dah masuk LR. Smpai dah nak bersalin baru dia panggil suami. Tu pun sbb aku yg panggil2 suami.. huhuhu...

Kepakaran doctor, aku rasa hospital selayang lagi ok kot. Sbb masa amik darah, masuk jarum kat tgn sblum kene masuk dalam LR, aku rasa tak sakit. Prosess seluk2 pun tak sakit. Prosess jahit menjahit pun kurang sakit.. kat hospital sungai buloh, dah la salah jahit smpai kene bukak balik, cucuk jarum kiri kanan dan tercucuk otot tangan smpai aku tak boleh angkat baby smpai 6bulan!!

Untuk wad di hospital selayang, suami upgrade wad kelas 2. Ada 2 toilet, 4 katil dan aircond... keadaan wad cantik dan bersih. Walaupun tak secantik hospital sungai buloh dan putrajaya.. walaupun ada aircond, tp agak panas. Kalo waktu melawat lagi la berpeluh2. So rasa tak berbaloi plak upgrade wad semata2 nak bilik aircond. Tp bile fikirkan toilet dia ada 2, rasa ok la. Sbb tak payah nak que dgn org lain. Lg2 bile lepas bersalin ada masalah susah nak kencing.. huhuhu...

Makanan... so far ok je.. dah nama makanan org pantang kan.. telan je la.. 4 kali makan. Sarapan, makan tghari, minum petang dan makan malam. Bg aku yg kuat makan ni, rasa tak cukup makan.. hahahaha... so kalo jenis kuat makan mcm aku, sila bawak snek sendiri...

P/s: sila bawak kipas sendiri kalo nak lebih sejuk.. hahahaha..

No comments: