Saturday, June 7, 2014

Resepi pucuk labu masak lemak putih

Haritu beli labu, tabur biji dia kat depan rumah. Sekali tumbuh dan membesar dgn gembira. Siap keluar pagar dan panjat pagar. Walaupun nmpk semak tp aku suka sbb pokok tumbuh dgn segar bugar.. 

Sekali dia berbunga mmng banyak.. Tp asyik gugur je.. Rupanya bunga labu ada jantan dan betinanya.. Lain kali la aku cerita pasal bunga labu ye.. 

Nak dijadikan cerita pokok labu ni asyik keluar bunga jantan je. Dan smlm ada org mesin rumput kat luar pagar tu. rupa-rupanya dia terpotong sekali pokok labu aku.. 

Ptg2 tgk asal la daun labu ni layu je. Baru teringt ada org mesin rumput.. Jadi terus petik pucuk labu ni utk buat lauk esoknya...


Resepi pucuk labu masak lemak putih

Pucuk labu ni kene gentil/ramas2 utk buang bulu. 
Bawang merah, bawang putih, ikan bilis ditumbuk
Hiris sikit lada hijau/merah
Tumis bahan2 tumbuk dgn lada
Masukkan santan dan pucuk labu
Reneh hingga masak..
Masukkan garam dan perasa tambahan...
Siap..

Jgn lupa buat smbal belacan dan goreng ikan masin..

Gambar hasil masakan tak sempat nak snap sbb dah lapar sgt terus makan smpai licin. Hahahaha


No comments: