Thursday, December 13, 2012

38 weeks - head not engage

Nak update sikit utk hari2 terakhir sebelum bergelar ibu :)

Sejak isnin aritu, dah start cuti. saje cuti awal sbb takut apa2 jadi kat opis, en suami jauh. aku kan budak manja. sakit sikit nak ada dia.. huhuhu... ye la kan... pengalaman pertama. lebih2 lagi perjalanan dari rumah ke opis amik masa lebih 2jam setengah utk satu perjalanan. balik kerja terus keletihan yang amat sgt... oh tidak... nasib baik en suami yang offer utk cuti awal (unpaid leave). terus kata xpe ke kalo unpaid? cukup ke duit nak smbut baby? akikah? pindah umah? road tax? tukar tayar? wah... gile banyak nak pakai duit hujung tahun ni... tp bile dah di offer beberapa kali, terima je la. sekurang-kurangnya dapat la aku prepare mental dan fizikal sebelum sambut si kecik :)
Smlm pagi ada weekly check up mcm biasa. so far xde masalah. berat badan, tekanan darah, heart beat semua ok. cuma masa nurse buat pemeriksaan perut, nurse cakap head not engage (HNE). so, kena la refer doc kat klinik serendah. 
call en suami mintak hantar ke serendah. sekarang ni mmng en suami xbagi drive sendiri. so, kalo nak g mana2 mesti berteman dan dia yg drive. huhuhu... rasa mcm puteri :)
menurut nurse kat sungai buaya ni, kalo baby blum engage ada kemungkinan tak boleh bersalin normal. so, kene refer doctor untuk kepastian. serius seriau dengar. kalau boleh aku nak bersalin normal. biar sakit cume sehari je. doakan je la yang terbaik untk aku.
tghari tu terus refer ke klinik serendah. doctor kat situ macam baru je sbb tak tau apa nak buat. siap tanya kat doc satu lagi (satu bilik ada 2 doc, 2 patient dan sorang nurse).. dah la bilik kecik... huhuhu... 
doc aku tanya kat doc sorang lagi, "kalo head not engage apa nak buat ye? kene scan ke?" dan jawap doc sorang lagi, "entah la ye. tak pasti pulak. cube scan la. tak pun tanya kat doc aniza..."
dalam hati aku, "sabar je la dapat doc mcm ni...."
lepas doc scan, dia sah kan baby blum engage dan dia pun telephone doc aniza utk pengesahan. lepas diorang berdiskusi, dia cakap, "saya dah berbincang masalah awak dengan pakar kite, kebiasaan untuk anak pertama, minggu ke 37 dah engage. tapi mungkin lewat sedikit. tapi xada masalah selagi kedudukan kepala baby masih dibawah. sbb selagi baby blum engage, risau baby boleh berpusing balik. jadi, teruskan pemeriksaan mingguan seperti biasa. selagi kedudukan kepala baby kat bawah, so xde masalah. tapi jika baby pusing balik, terus datang ke sini la. kita akan refer kepada hospital..."
begitulah penjelasan...

p/s: doakan aku dan baby selamat dilahirkan :)