Tuesday, June 12, 2018

New hope

Miscarry haritu dah 2bulan lepas. Plan nak try terus. Harap ada rezeki.

Really need this rainbow baby to heal..

7.6.18 haritu test. Blum lewat pun tp sbb overexcited, nak jugak test. -ve.

Harini 12.6.18 test lg. Pun blum lewat pun. Ada lg 3 hari nj period. Hahaha... Nmpk sgt gelojoh kan...

Alhamdulillah, kalini naik 2 line.

Harap baby kali ni lahir dgn sihat, kuat, cerdas & cergas. Jadi anak soleh/solehah. Tq Allah...

#babyramadhan

W10 - 4th pregnancy (miscarry)

11.4.2018 - end of 4th pregnancy...

2minggu sebelumnya keluar spoting merah. Masatu memang agak lasak sebab bnyak tempahan kek fondant.

Boleh kata hari-hari uli fondant dan tidur lewat. Hold dulu tak pegi hospital. Bed rest je.

Lepas seminggu, darah makin kerap keluar walaupun kuantiti sikit je. Sikit sgt.

G hispital selayang sebab da 1minggu spotting. Doctor kata tak ada apa. Tp kene jugak buat scan dari bawah. Tengok, baby agak kecil. Minggu 9, tapi baby saiz 7minggu. 

Doctor bg appointment lg 2 minggu. Baby kecil boleh jadi sebab kitaran period tak tetap. Jadi due date lari. Atau boleh jadi baby tak membesar (janin tak jadi)

Masa ni xboleh nak bagitau macamana luruhnya hatini dengar. Tapi pikir positif je. Mana tau salah kira date kot kan.

Lepas 2hari, bleeding makin teruk. Kluar ketul-ketul besar macam period 2nd day. Hati dah cuak. Bnyk kenangan masa arwah baby umar yg datang. Emosi betul-betul terganggu. Nasib anak tak meragam. Pegi lg hospital sebab cuak. Doctor scan kata kantung baby dah kosong. Tak tau mana pegi. Haritu nampak je baby. Doctor suh balik je dan monitor kat umah.

Masih lg bed rest. Tak buat kerja rumah langsung dgn harapan baby okay..

Esoknya, sakit perut semacam. 10w. Call suami suh beli ubat tahan sakit. Sakit macam ala-ala nak bersalin gitu. Lepas makan ubat tahan sakit, baru rasa kurang sakit.

Esok paginya, jam9, kluar ketulan macam daging. YaAllah... Luruh hati tengok. Ermmm... Allah belum nak bg rezeki lg.. Aku redha..

InsyaAllah, Allah ganti dengan yg lebih baik.

Wednesday, March 14, 2018

W7 4th pregnancy

Alhamdulillah.. Rezeki yang ditunggu tunggu selepas kehilangan anak ibu umar.

Moga baby membesar dengan sihat, kuat dan jadi anak yg memperjuangkan agama Allah..

Seperti mimpi.. 2 kali buat upt. Dan sampai sekarang ibu masih blum percaya yang ada baby kecil dalam kandungan. Tak rasa penat. Tak rasa lesu. Tak rasa pening. Tak rasa mual.

Rasa normal. Malah lebih bertenaga dan lebih rajin.. Alhamdulillah..

Yang penting, anak ibu sihat, sempurna dan kuat... Tak sabar nak jumpa kamu...

Friday, January 26, 2018

Celaru

Lama dah rasa tak celaru.. Rasa serabut mcm ni..

Sampai rasa sesak nafas. Rasa hampir mati..

Takut.. Aku ngeri..

Mati itu pasti..
Ampun kan aku Ya Allah..

Ampunkan kami semua..

Yg merinduiMu...

Tuesday, November 29, 2016

Cinderella Glow & Slim - review

Alhamdulillah haritu layak dapat free trial utk product Cinderella Glow & Slim.

1botol free trial untuk kegunaan 1bulan. 1 hari 1tablet.

Aku biasa ambil pagi lepas solat subuh tu. Kemam2 sementara nak buat breakfast.

Sedap. Rasa dia mcm makan gula-gula je. Tak rasa perit tekak mcm sesetengah supplement.

Oh ye..  Sblum makan Cinderella ni,  ada juga yg sarankan makan ubat cacing. Dan kebetulan ada balance ubat cacing beli masa mengandungkan arwah umar, aku makan la. (ubat cacing tak boleh diambil oleh wanita mengandung ye).
Kenapa kene makan ubat cacing? Salah satu sebab adalah cacing yang ada dalam badan kita ni makan nutrisi yang ada dalam badan. Jadi tak guna la kita makan supplemet kalau tak makan ubat cacing. Dan ubat cacing bukan hanya untuk anak-anak je tau...

Pengambilan air masak yg mencukupi (8gelas)  juga penting untuk dapatkan hasil kesan yg maksima..

Ok selepas amalkan selama 1bulan, ini review jujur..

1) kulit moist.
Aku mmng ada kulit kering dan mengelupas. So sepanjang amalkan produk ni, kulit rasa lembab dan tak mengelupas.

2) rambut tak gugur.
Mak-mak yang ada anak kecik tau la sensaranya bela rambut panjang. Aku perasan sejak amalkan product ni, kurang rambut gugur. Kalau tak mmng ya ampun la.. Seram tengok.

3) tumit kaki licin.
Kaki aku selalu pecah2. Kadang nak tidur smpai kene pakai stokin sbb tak selesa kaki sangkut kat selimut.. 😭😭😭
Lepas amalkan Cinderella, tumit kaki jd lembut dan lincin.. Serius wehhh...

4) selera makan?
Minggu pertama je tak kuat makan. Minggu selepasnya mcm biasa. Makan mcm gajah. Tp.. Tp.. Tp.. Berat tak naik. Hahaha.. Best kan...

5) kuku cantik.
Mcm entry aku yg dulu, aku ada masalah kuku. Tak tau nak kata sakit apa. Erm.. Mcm kuku terpisah dr isi la senang cerita. So, masa amalkan Cinderella, kuku aku sihat. Tak terpisah da. Dan berkilat..

Ok. Tu je kot aku boleh review.. Tang jerawat, jeragat dan perut jerawat jgn tanya aku. Aku tak ada masalah tu.. Parut aku semua parut old school. Zaman main paya kecik-kecik dulu. So mmng aku redha kalau dia kekal disitu. Hahahaha.  

Mana nak product hebat ni? Ko google je Cinderella Glow & Slim.

Aku mmng tak jual. Dulu aku jadi dropship jugak la sbb product bagus. Tp sbb aku dah sibuk membaking, jadi malas plak nak jual. Hahaha...

Ok.. Selamat mencuba dan selamat berCinderella... 




Friday, October 7, 2016

Pengubat rindu

Dah lama tak update blog ni...

Sbb tiap kali visit mesti teringat arwah umar..

Kawan-kawan yang mengandung sama-sama dulu masing-masing dah selamat bersalin..

Alhamdulillah.. semuanya makin mudah..

Aku ingat lagi waktu-waktu masih mengandungkan arwah. Tiap pagi aku menangis. Tiap saat aku berfikir.

Lahirnya dia untuk menghadap yang Esa..

Tapi sekarang aku dah tak menangis..

Cuma aku rindu. Bayangan kecilnya yang cukup sempurna pada mataku..

Dan sekarang aku serik... fobia untuk mengandung lagi... doakan aku...

Sunday, June 5, 2016

Anencephaly - the worse

Masuk harini genab 3minggu Muhammad Umar tinggalkan ibu..

Aku rindu.. aku masih lg menangis.. teringatkan kaki kecilnya.. tangan kecilnya.. jari jemarinya yg halus.. hidungnya yg mancung...

Hari2 berlalu masih lg sukar pd aku.. lagi2 bile g pasar, mall nampak baby newborn..

Sakit mcm tertusuk ke hati.. kat situ jugak aku menangis.. rindu pada si kecil anak syurga ku Umar..

Suami plak asyik bz skng. Keje 7hari seminggu.. lg aku rasa sunyi.. bosan dan teringat2 pada Umar...

Smlm, akak aku bgtau yg dia pregnant lg.. insyaAllah bersalin bulan 2 tahun depan..

Aku? Dan2 tu jugak menangis... aku rindu sgt kat Umar...

Jika Umar masih ada, saat akak aku bersalin Umar masuk 5bulan. Mungkin Umar baru pandai nak meniarap...

Apapun, aku gembira untuk akak aku... semoga semuanya selamat...

Amin...