Wednesday, September 30, 2015

Reunion sekolah rendah

Tetiba je terinvite dalam group sekolah rendah, sek keb kechau 1, kuala lipis, pahang.

Lepas abis darjah6, 1997, kami pindah ikut arwah abah ke felda chiku4.

So, sejak tu jugak tak jejakkan kaki ke kechau. Tp form 1, masih sekolah kat lipis la...

Ni tetiba ada plan nak buat reunion...

Memula kata buat kat bukit merah.. baru nak teruja, tetiba tukar plan.. konon ke desa balqis... pastu tukar lg je bagan lalang... hahaha...

Tp desa balqis tu cantikkan.. kalo ada rezeki, insyaAllah boleh la plan satu family ke situ.. insyaAllah...

Monday, September 28, 2015

Salam aidiladha

Alhamdulillah.. walaupun raya tak kemana2 sbb tak de cuti, tp happy je sbb disamping suami dan anak.

Tak dapat rasa rendang dan lodeh mama, kite masak sendiri je la.. hehehe.. tu pun plan masak last minit. Jd pakai instant adabi saje la..

Ke tesco kononnya nak cari lengkuas, daun kunyit dan kerisik.. pusing2 tak jumpa.. yg jumpa perencah segera rendang adabi. Wakakaka...

1st time kot pakai instant ni. Not bad jugak.. yg penting ada rendang pagi raya..

Monday, September 21, 2015

Review mesin basuh lazada

Ok.. mmng sgt2 kebetulan..

Lazada haritu ada buat flash sales..

Dan kebetulannya mesin basuh tetiba je tak bleh spin. Suami nak hantar repair, pun xbleh sbb dah reput..

Maka terus meng'lazada'... jumpa mesin basuh jenama media ni. 7kg.. fully automatic.. rm399.. murah kot..
Paling cikai pun biasa harga rm700 lebih. So apa lagi. Rembat la..

7hari masa penghantaran.. hantar pakai skynet. Kebetulan aku xde kat umah sbb nayla kat spital.. dia letak kat umah jiran sebelah.. hehehe...

Suami la yg rasmikan..

So far, ok je.. cuma kurang cerdik skit la.. sbb panel dia ringkas je.. xde nak pilih2 jenis cucian contohnya nak cuci kejap je atau nak cuci lama2.. basic gila la function dia..

So far aku ok je. Sbb buat basuh baju harian kan..

Klo nak basuh baju yg gedik2 tu better hantar dobi je. Hehehe..

Ok..
Dr segi service lazada, aku bg 5bintang. Harga 5bintang. Fungsi mesin 3bintang...

Nayla almost 7month

Cepat betul masa berlalu.. rindukan nayla yg lembek2.. mcm masa pantang tu... ooohh.. rindu..

Masa dalam pantang, tak dapat main dgn dia sgt sbb tak sihat kan..

Ni dah 7bulan.. dah bijak sgt dah..

6bulan, da start maju mengesot2.. tak smpai seminggu dah pandai angkat muntut... ni dah pandai merangkak 2 ke 3 langkah.. hebat..

Dah start makan jugak... makanan pertama dia adalah bubur hospital... oooo.. sian anak ibu..

Dan haritu dah pandai panjat meja dan berdiri tepi meja. Dia geram sbb ada roti atas meja tu. Hehehe...

Genab umur 6bulan, nayla masuk hospital sbb kene bronchopnenumia. Jangkitan kuman dalam darah dan paru2. Seminggu jugak la aku teman dia kat spital.. malam2 je nangis sbb rindu kan iman..

Oooo... anak ibu cepat betul membesar.

Iman pun dah pandai nyanyi2.. pandai cakap.. pandai sebut bubu.. hehehe... dah pandai jugak nak mintak toy.. dah pandai merajuk kalo tak dibelikan... oh anak...

Bila didukung, dah rasa berat.. kakinya dah panjang.. hehehe.. tp tetap manja.. bila didepakan tangan terus lari datang nak peluk.. mintak kiss...

Sayangnya ibu kat anak2 ibu..

Semoga sihat membesar ye...