Thursday, May 7, 2015

Denggi..

Setelah bertarung demam 4 hari, baru la suami nak gagah ke klinik amik darah.. tu pun sbb dengar dr jiran sebelah yg jiran atas bukit tu kene denggi.

Since mmng tanda tu dah ada, so gagah la ke klinik dgn askar2. Tp tak mo g private ye.. nak g gomen.. hahaha... sekali dah sampai gomen, baru menyesal sbb ramai org. Dari jam 3ptg, smpai jam 6ptg baru siap..

Dan.. doc sahkan denggi. Platlet 146. So, doc tak tahan wad. Disuruh balik. Minum air buah, air isotonik, dan air masak yg banyak.. 3 liter sehari atau lebih.. tido pakai kelambu atau pakai ubat nyamuk.. dan makan panadol..

Balik dari rumah... aku plak demam.. huhuhu... harini masuk hari ke 2.. harap2 bukan denggi.. insyaAllah..

Tips dari kawan:

Minum jus kiwi- aku bg dia makan buah je. Tak buat jus pun...
daun betik- suh akak belikan jus ni kat kedai mamak sek 21, shah alam. Tp doctor nampak, dia marah... huhuhu... sbb tak tau kandungan lain dalam jus tu.. takut jangkitan kat hati...
100plus- beli smpai 3botol. Nurse suh buang gas sebelum minum sbb takut sakit perut. Perut kosong sbb tak makan kan..
Makan sup ketam- aku buat pakai ketam biasa je. Bukan ketam nipah.

Kita ikhtihar, doa dan semoga diberikan kesihatan yg baik.. insyaAllah.. doakan ye..

No comments: