Monday, April 13, 2015

Product review - lilin anti lalat AZM

Sejak ada baby mmng tiap kali musim nyamuk bertelur, akan mengalami dilema.. 

Geram kot kat nyamuk... sudahnya baby nayla asyik berkelambu je siang malam. Si bijak plak kaki bintat2 merah... kesian.. 

pasang ubat nyamuk yg jenis coil or elektrik, suami alah. Pasang kejap je dah bersin achho achho.. esok paginya sure selsema..

Sembur ridsect plak, aku pening kepala.. lg plak risau kat anak sbb ridsect tu sah2 la racun kan..

pakai petua2 alami spt cengkih dan lemon plak tak berapa berkesan utk nyamuk2 educated kat umah ni.. 

beli pokok halau nyamuk kat cameron highland dulu, kejap je mati. Wakakaka.. tp yg ni berkesan jugak.. cuma susah nak jaga. 

Last2 jumpa product ni kat mydin masa shoping2 haritu. Beli yg kecik je sbb nak cuba.

alhamdulillah... nyamuk lari. Bau pun wangi.. ala2 aromaterapi gitu.. 

tp yg tak bestnya apinya besar sgt.. takut gak tengok.. yela.. pasang waktu nak tido kan.. kot api menyambar mana2, mau terbakar rumah.. so, pastikan nak pasang tu jauh dari capaian anak2... jauh dari benda lain.. takut menyambar..

aku pasang kejap2 je.. asal dah bau satu bilik, aku padam.. so boleh la tahan lama skit.. hahaha...

3 comments:

Myee said...

masuk la dalam bekas lilin tu yang cm kaca tu. selamat sikit kot

نورازريناابوحيري said...

Benda ni besar tapak tangan. Nak masuk dalam bekas kaca tu xmuat.. sumbu dia je dah besar. Sbb tu api besar.. huhuhu.. so nak kasi kecik skit, kene potong skit sumbunnya..

نورازريناابوحيري said...

Benda ni besar tapak tangan. Nak masuk dalam bekas kaca tu xmuat.. sumbu dia je dah besar. Sbb tu api besar.. huhuhu.. so nak kasi kecik skit, kene potong skit sumbunnya..