Saturday, November 29, 2014

Cameroon highland

Percutian bersama keluarga suami... 3 family.. abg isa dgn family dan mak, kak noi dgn suami dan kami.
Stay di villa dahlia, tanah rata. Rate harga 'free'... sbb suami dgn kk noi ada join membership swiss garden. So tiap2 2 tahun dpt la 5 mlm penginapan. Kt cameroon mmng xde swiss garden tp boleh pakai kat villa dahlia ni... kami ambil apartment 2 bilik...
So far, appartmentnya not bad... yg badnya adalah servis... nanti kite cite ye...
Dr rawang kami kluar exit tapah. Singgah ke kuala wol, sungai air panas.. jakun kot sbb air sungai dia panas.. hahaha...
Pastu singgah pulak kt lata iskandar.. air sejuk plak.. hahaha.. mcm biasa, si bijak paling teruja nak main air. Bile dah celup kaki, tau pulak dia mintak peluk sbb sejuk. Hahaha...
Then terus ke tanah rata utk cek in.
Lepas tghari jalan2 di ladang boh, habu. Masuk ni kali ke 3 aku dn suami ke sini. Mmng tak lepaskn peluang naik bukit boh tu utk lihat keindahan ciptaanNya...
Bayangkan mak buyong 6 bulan ni duk panjat bukit. Hahaha... tercabut lutut... tp semua tu sgt2 berbaloi dgn keindahan bukit boh... sejuk, udara yg nyaman dan berkabus, pemandangan yg cantik.. mmng destinasi terbaik la kat cameroon ni...
Balik dr ladang boh terus ke kea farm, 3 km dr brincang. Sayur murah2... ada yg 4 pek rm10.. dan ada yg 16 pek rm10..
Habis shopping sayur,  kami balik hotel.. prepare utk dinner mlm ni.. plan nak buat steamboat grill...
Ayam perap dan bola2 steamboat mmng da bawak siap2... mlmnya... kami kekenyangann....  Alhamdulillah... syukur... sedap kot.. sejuk2 mkan steamboat...
Esoknya pulak, pg2 dah siap2 masak nasi lemak..
Lepas sarapan, destinasi pertama adalah ke Big red strawberry farm. Tgk pokok salad dan strawberry smbil makan2.
Tghari, kami balik ke hotel. Makan tghari kami masak sendiri.. simple tp sedap.. sayur segar kot...
Ptgnya ke kebun lavendar. Tak banyak gambar kat sini sbb tak de mood nak snap gambar.. dah penat kot. Ikutkan hati mak buyong ni, mmng malas nak ikut.. tp tak penah ke sini lagi jadi ikut je la. Jalan pelan2...
Kat lavender ni mmng cantik. Selain lavender, ada mcm2 bunga lagi yg cantik2 dan kembang mekar. Angin sepoi2 pun bau harum je...
Lupa nak cakap, nak masuk sini kene bayar rm5 utk dewasa, rm3 kanak2 dan utk mak (warga emas) rm3.
Kami beli aiskrim lavender, rm5.50. Tp mcm pelik plak rasa dia sbb bau wangi kan... selalu kan lavender ni pakai utk cuci toilet, cuci lantai... ni tetiba buat aiskim mmng rasa mcm pelik skit kot. Hahahaha...
Balik jam 6, terus ke hotel. Hujan agak lebat. Dr lavender farm nak le tanah rata nmpak bnyk sgt air limpah kat jalan. Agak menakutkan jugak..
Aktiviti malam kedua, duduk hotel je. Sejuk kot. Suhu 19˚c. Kak noi dan suami dah balik KL sbb esok keje. Tp blum smpai lata iskandar diorang terpaksa u-turn sbb ada pokok tumbang. Terpaksa patah balik ikut jalan simpang pulai.
Tgh2 malam yg sejuk beku tu, si bijak kene muntah2 pulak. Lebih 10 kali muntah. Mmng tak tidor la jaga si bijak. Tilam, sofa, baju, selimut, sweater semua kene muntah.. mmng bertambah2 sejuk... huhuhu...
Smlm plan konon nk g bee farm la pg tu. Tp dgn keadaan si bijak yg tak mengizinkan, kol 9 pg kami dah cek out. Nak bawak ke hospital situ takut kene taham wad plak.. tak tahan sejuk kot klo kene bermalam kat spital. Dah la baju semua dah kene muntah.
Sblum balik, singgah ke kea farm nak beli sayur n strawberry yg akak dyg kirim. Dgr2 org kedai cakap yg banjir lumpur kat ringlet. Dia suh hati2 drivr balik. Siap cakap lg harga strawberry pun mahal skit sbb hujan. Hahaha... nasib la...
Alhamdulillah, perjalanan balik kami xdr masalah. Smpai KL terus monitor keadaan si bijak. Dan alhamdulillah juga si bijak dah mula nak makan dan dah tak muntah2..
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan jauhkn kami dr musibah yg menimpa penduduk di cameroon highland pd hari kejadian..

Budak tak boleh bangun pagi

Sungai air panas

Lata iskandar

Dapur appartment

Bahan2 steamboat


Bakar2 pulak



Tanah runtuh

Muka budak muntah2... sian...