Monday, October 27, 2014

Hospital gomen vs private

Mengandung kali ni plan nak bersalin kat swasta plak..

Masa si bijak dulu plan bersalin kat gomen sbb nak jimat la kononnya.. alhamdulillah mmng la jimat. Bill tak sampai 300 kot. Vakum dan stay 4hari 3mlm kot..

Walaupun jimat.. tp ala-ala serik jugak la... nurse dan doc ok je.. tak de marah2 pun. Cuma yg tak berapa berkenannya adalah....

1- masa menunggu nak bersalin tu, ibu2 mengandung yg diberi wad sementara kene share katil. Tgh2 rehat tetiba doc nak pinjam katil. Terpaksa gigih berjalan2..

2- walaupun sementara menunggu masa bersalin tu waktu melawat adalah 24 jam... tp suami dan family kene tunggu luar. Nak jumpa, ibu2 mengandung ni yg kene kuar.. kat luar tu plak ramai org.. segan rasanya menahan sakit dpn org ramai...

3- yg cek bukaan tu boleh jadi siapa je.. lelaki, perempuan, cina, india dan melayu. Sgt2 malu ok...

4- masa dalam bilik bersalin, pintu dibiarkan terbuka... tak kisah la kan klo kononnya doc senang nak lari2 kalo ada emergency kan... tp katil betul2 kat pintu tu... tak ada tirai atau apa pun.. terbuka luas... sesiapa pun boleh jengah.. cak ba...

5- masa nak teran tu, bilik bersalin tu penuh dgn segala umat manusia. Lelaki, perempuan, cina, india dan melayu... doc, doc praktikal dan nurse... masing2 bersorak... stress kot.. dah la ko tgk bahagian yg tak sepatutnya pastu nak jerit2 bagai.. rasa nak sepak je satu2.. tp masa tu mmng redha je la sbb sakit gile kan..

6- sessi jahit menjahit sgt la menyiksakan.. boleh plak doc salah jahit kan. Mungkin doc pelatih kot... Pastu dia boleh panggil doc lain (india lelaki) utk tgk kan jahitan dia.. last2 kene marah dgn doc lelaki tu sbb salah jahit. Yg siksanya si ibu ni la.. jahitan kene bukak balik... yaaawwww....

Lepas bersalinkan si bijak mmng tak penah cite pun kat sesiapa termasuk suami sbb malu kot.. tp bile dah mengandung lg ni, cite je la kat suami... dgn harapan suami setuju (sponser) bersalin kat private..

Bile dah cite, amik kau... kene marah plak sbb tak cite awal2.. huhuhu...

So, skng mmng plan nak bersalin di private saja. Tp smpai skng pun masih blum confirmkan nak bersalin di hospital mana....

Cuma doakan yg terbaik sahaja... yg menjadi pilihan hati skng ni adalah hospital islam az-zahrah dan wisma bersalin ikhwan. Tp..... nanti la cite plak....

No comments: