Tuesday, July 22, 2014

Buat buku pink di klinik kesihatan

Alhamdulillah.. InsyaAllah si bijak akan dapat adik tak lama lagi...

Mcm si bijak juga, insyaAllah akan buat pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan kerajaan. 

Lebih murah dan lebih detail.. InsyaAllah..

Walaupun lebih lama menunggu tapi servis dan pemeriksaan di klinik kerajaan utk ibu mengandung lebih detail..

So, pagi-pagi lagi dah ke klinik kesihatan serendah untuk UPT. Test air kencing untuk pengesahan kehamilan. Walaupun dah buat UPT sendiri di rumah pakai alat yg beli kat farmasi, tp tak valid ye utk buat buku pink. Dia nak kene buat kat klinik jugak utk dapatkan pengesahan dari makmal. 


Ni hasil UPT pagi tu. Dapat result ni boleh la bawa ke mana-mana Klinik kesihatan/desa utk pemeriksaan susulan tiap-tiap bulan. 

Aku buat di klinik kesihatan desa sungai buaya. Sbb lebih dekat dengan rumah. Senang nak ulang-alik.

Kalau ni kehamilan ke2 atau 3,4,5 dan seterusnya, sila bawak buku pink atau apa-apa rekod kehamilan sebelum ni ye. 

Sbb ada sessi interview. Nurse akan tanya mcm2 contohnya tarikh kawin, jarak anak terdahulu, kesihatan anak, sakit keturunan, dan macam-macam la... 

Utk si bijak ni, nurse bebel skit la sbb si bijak baru setahun 6 bulan. Kononnya tak digalakkan hamil sehingga anak berusia 2 tahun. Huhuhu

Siap soal jawab, nurse akan cek berat, kedudukan rahim, tonsil dan buat pemeriksaan payudara. 

Dan setiap kali kehamilan akan diadakan ujian saringan HIV.. 

No comments: