Monday, June 16, 2014

Paip bocor dan meter SYABAS patah

Alkisahnya... Bulan lepas bil air tinggi. Biasanya free je.

Gigih kami ke SYABAS Hulu Selangor buat report. Dia kata pihak SYABAS akan datang cek dalam masa 3 hari. Jika kebocoran selepas meter memang owner la yg bertanggungjawab repair. 

3hari selepasnya baru SYABAS datang. Mmng sah bocor. Tp tak tau kat mana bocor tu. Suspect bocor bawah lantai sbb xde nampak basah/air.

Kontraktor yg berdaftar dgn SYABAS boleh betulkan. Tp harga lebih dr RM600 dan dinasihatkan buat paip baru je. Sbb tak tau bocor kat mana. Takkan nak pecah satu rumah kan...

Suami amik inisiatif sendiri betulkan paip. Pakai poly paip dr meter ke tangki, pvc paip dari poly paip yg ke tanggi utk paip sinki dan GI paip utk penyambungan meter paip ke poly paip. Utk GI paip, trip tu kami buat kat kedai hardware area Bukit Sentosa, Rawang. Charge hanya RM1.80 sahaja.

Mula-mula pasang poly paip je kat meter tu. Tapi masa test tu asyik leaking je dekat tempat penyambung. Duk ralit betulkan leaking tu, tetiba meter SYABAS patah.. Huhuhu... Nasib la... Terus stop keje. 




Pagi tadi terus ke SYABAS semula bawak sekali meter tu. hahaha... Kena bayar RM73. Amik kau. Sia-sia kene bayar lagi. 

Suami tanya pasal warranty meter, staf tu cakap tak de warranty. Tapi kena hati-hati sbb meter plastik ni mudah pecah/parah. Masa pasang dgn paip dalam rumah jangan kuat2 sgt. 

Balik tu cepat-cepat suami betulkan paip dan ganti paip poly dgn GI. Nanti org SYABAS datang terus suruh dia pasang. Kalau pecah, suruh dia ganti. Wakakaka... 

Tak sampai sejam, org SYABAS datang. Sambil2 dia pasang tu suami pun tanya la kenapa poly paip asyik leaking je kat kawasan penyambung. Tips dari org SYABAS tu, utk poly paip, jgn pasang terlalu ketat atau terlalu longgar. Just nice... 

Siap tu, suami pun betulkan kawasan-kawasan yg leaking atas tips yang diberikan. Alhamdulillah... Dah boleh basuh baju dah!!!! 

Nasib baik ada abg hero suami tercinta..

Total lost utk semua damage tu adalah RM260!! 

1 comment:

Anonymous said...

Haha....senasib la kita. Meter pun baru patah oleh plumber. Patut keja simple nak ganti stopcock & sambungan yg bocor...tak pasal2 dah jadi major. Hampeh...