Friday, June 13, 2014

Beware... for parent

Entry utk pengajaran dan peringatan. Harap tak beri komen yg negative. 

Sejak jadi parent ni mmng 24 jam kene peka. 

Si bijak pernah 2 kali keluar rumah tnpa pengawasan. 

Kali pertama, masa suami nak periksa paip rumah yg bocor. Suami keluar masuk rumah sbb nak bukak meter air. Pintu dan pagar terbuka sbb terlalu fokus nk periksa paip. Sedar2 si bijak dah tak da. Cari satu rumah tak de jugak. 

Alhamdulillah, jumpa si bijak di simpang 3  nk masuk lorong rumah. Jalan sorang2 dgn tak pakai kasut. Jauh jugk dia jalan tu. Alhamdulillah si bijak selamat.. 

Kali ke dua, aku dan suami tgh makan tengahari di meja mkn kat rumah kk dayang. Tak lama tu kk dayang balik lunch. 

Entah mana silapnya tak sedar si bijak keluar rumah. Bila siap makan cari si bijak. Pintu rumah dah tutup masa kk dayang masuk tadi. Tp si bijak tak ada. 

Suami cari kat luar, (rumah area putrajaya mmng jenis xde pagar) si bijak tak de. Cari lg kat dalam, xde. 

Suruh suami cari lagi kat luar, jiran selang sebuah rumah kk dayang tegur. Rupanya si bijak ke sana!! Seorang diri, tanpa kasut!! 

Si bijak terpinga-pinga masa tu. Dia masih belum mengerti apa-apa. 

Ya Allah.. Hanya Allah yang tahu betapa gementar, takut dan risaunya aku. Syukur si bijak selamat. 

Ya Allah.. Jgn jadikan aku seorang yg alpa kepada suamiku, anak-anakku, keluargaku dan teman-temanku. Aku kasihkan mereka. 

Semoga ini jd pengajaran pd aku dan rakan2 blogers lg. InsyaAllah

No comments: