Friday, April 4, 2014

Langkawi pulau lagenda...

Bercuti sempena birthday dan ulang tahun perkahwinan yg ke2 tahun.. 
Rancangan bercuti awal sejak bulan 11. Konon aku belanja tiket flight, suami belanja semua kat sama nnti. 
Hari yg ditunggu2 tibe jugak. Kami pergi ber8. Aku, suami, si bijak, mama, kk noi, abg zimin, mat cacil dan farah. 
Aku dgn suami, si bijak dan mama sepatutnya naik flight jam 7.30pg di lcct. 
Nak dijadikan cerita, maka kami lewat dan tersalah tgk time depature. Maka jam 7.30 baru kami sampai ke lcct dan pesawat pun dah berlepas.. 
Nasib badan... Kami tertinggal flight. Nak beli tiket baru pun yg paling awal dan murah jam 3 petang. Tu pun harganya rm5++.
Masing2 dah sedey dan kecewa smpai suami cakap, jom naik kereta. Tp budget shopping kene potong la. 
Aku ok je la.. Memandangkan hotel, kereta sewa semua dah booking dan bayar masa Matta fair yg lalu...
Ooohh... Bermula lah episod perjalanan yg panjang. Dari KL jam 11.00 pagi smpai ke langkawi jam 7.00 malam. 
Kami naik ferry dari jeti kuala kedah sbb nak ke kuala perlis dah tak larat nak drive. Harga tiket utk dewasa dr kuala kedah ke Langkawi RM 23.
Kereta kami parking betul2 sebelah jeti dgn harga RM 10/day. Mula-mula dah nak sampai jeti tu, nampak banyak motor2 yang panggil kami. Terkejut dan takut jugak sbb da macam apa je kene serang. Rupanya dorang ni nak tarik org luar yg nak parking, parking kat parking lot dorang. Maklum la no plat kereta wilayah. Mula2 kami dpt harga rm15/day. Tp kami dapat diskaun jd rm10/day. Mungkin sebab bukan cuti sekolah kot. Tak banyak kereta yang parking situ, tu dia bg murah. Better than nothing... Waktu kami masih di kuala kedah, team yg lain semua dah smpai Langkawi sejak tghari.. 


Malam pertama tiada bnyk aktiviti yg dilakukan. Lepas makan di restoran hj jelani, di simpang tiga selepas pantai cenang, aku dan suami jalan2 di deretan kedai2 yg ada di area pantai cenang. Suasana malam yang meriah rasa macam berada di Bali. Bezanya kat Langkawi xde club malam mcm kat Bali.. Huhuhu..

No comments: