Thursday, January 30, 2014

Si aktif yg bijak...

Bila ada si bijak ni, rumah sentiasa mcm tongkang pecah. Siap kemas si bijak suka hati teraburlan mainan dia lg. hahaha... Xpe la, belajar kan sayang... Ibu love iman so much so much...


Berakhirnya perjalananku sebagai seorang yg bekerjaya..

Harini hari terakhir aku sebagai pekerja.. InsyaAllah aku akan teruskan bakti dan ku curahkan ilmu yg ada kepada keluarga ku. Sebagai surirumah, ibu dan isteri. Tugas yang tak pernah abis..

Mmng ikutkan hati, sayang nk tinggalkan kerja yg paling ku sayang.. Team office yang sgt2 saling membantu.. Job scope yang sgt2 best.. Bos yang terbaik.. Gaji yg agak masyuk.. Mmng sayang dan cinta.. Tp si bijak dan suami lebih perlukan aku..

Jd terima kasih Refrex, terima kasih en faizal, terima kasih amir, fikri, luqman, bear, afiq, feroz, syahril dan syuhada. Korang mmng terbaik dan best.. Tq.. Tq.. Tq.. 


Friday, January 24, 2014

Dah kawen kan??

Aku paling segan bile kawan2 lelaki bersembang pasal benda2 kuning atau pun biru ni.. Pepaham je la ye.. 
Bila aku berada dlm situasi ni dan keadaan membuatkn aku rasa tak selesa, aku xtau nk buat apa. 
Dan lagi bile aku cube tukar topik atau buat-buat tak tau, mula la kawan2 akan cakap, "relaxla.. Kan semua kat sini da kawen"..

Dush... 
Dalam hati aku, "what? Da kawen so ingt da dapat lesen la nk cakap pasal kuning, biru, hijau, hitam ni semua?? Walaupun aku da kawen tp aku perempuan dan kau lelaki." Tp secara realitinya aku cume tunduk malu dan terus berlalu. Geli.. Takut.. Dan fikiran terus kepada suami.. 

Ya Allah.. Jdkan aku isteri yang taat dan setia kepada suamiku.. Jdkan aku isteri yang sentiasa sayangkn suamiku.. Amin.. 

Yes.. Walaupun aku da kawen, aku xsuka cakap dengan kawan lelaki pasal warna-warna ni walaupun niat bergurau. 

Lain la kalau dengan kawan perempuan. Itupun jika untuk menambahkan ilmu dan utk kesejahteraan keluarga. Kalau utk bergurau, aku cume mampu tersengeh... Malu... 


Tuesday, January 21, 2014

Hoyyeeeaahh Holiday - Penang Trip 1

Hujung tahun lepas memang padat dengan aktiviti menghabiskan cuti tahun dan juga duit. hahaha...

2 kali pergi ke Penang dalam tempoh tak sampai sebulan...

1st trip
Date: 19,20,21 Dec 2013
Ahli rombongan: (semua family belah aku) Mama, kak dayang, abg mie, zara, aidid, emir, kak jat, abg nizar, aku, suami, si bijak, AG, shila

Day 1
Gerak dari rumah jam 7 pagi dan berkumpul dengan ahli rombongan yang lain di hentian Tanjung Malim.
Berenti makan di Hentian Tapah. Breakfast char kuew tiau yg agak mahal. rm 5.50 sepinggan.. huhuhu

Teruskan perjalanan dan smpai ke Penang lebih kurang jam 12 tghari. Check in hotel Rainbow Paradise area Tanjung Bungah.
Hotel best gile. Pemandangan dari balconi memang terbaik. Gayat la jugak duduk level 22 sebab tak penah duduk rumah tinggi2 ni. hahaha



Lepas rehat-rehat dan solat, gerak ke Masjid Kapitan Keling.. Ingat nak makan Nasi Kandar Beratur. Punya teruja beratur baru perasan signboard, "Nasi Kandar Beratur dibuka jam 10.00 malam"
Aku terus bagitau kak jat. Yang mula-mula nak lauk ketam la, ayam la, sotong la, terus terkedu dan masing-masing amik ikan goreng je. Keciwa.. dan rasa kene tipu... rupanya yang kitorang beratur tu bukan kedai Nasi Kandar Beratur tapi Nasi Kandar Masjid Kapitan. Lokasi betul-betul sebelah Nasi Kandar Beratur. 

Nak buat macamaner, terus makan jela.. hehehe... tak tau la sedap ke tak, tapi memang tekak bukan selera mamak so pada aku memang kureng la. hehehe

Lepas makan kami ke pantai Queensbay. Lepak-lepak makan cendol, laksa, char kuew tiau, jagung dan chiken wing smpai magrib. syok jugak kene bayu laut. makanan kat situ pun boleh tahan sedap. maybe sbb lapar tak puas makan nasi kandar tu kot. hahaha


Balik lalu area tapak pesta. kebetulan ada pesta pulau pinang. Mula ingt nak singgah jalan-jalan di malam pesta muda mudi tu tapi parking susah gile terus balik hotel.
Malam layan movie kat hotel je. Tengah malam masing-masing lapar tapi malas nak keluar. Aku dan suami memang lapar gile. tak puas makan sbb tak dapat nasi. nasi kandar bukan selera kami... si bijak pulak memang jenis susah nak tidur kalau kat tempat baru. last-last tgh malam tu keluar jalan kaki dengan suami smbil dukung si bijak dalam carrier. misi utama cari nasi dan MEGGI..
Balik siap tapaukan ahli rombongan nasi goreng dgn MEGGI. sekali hadap je habis. hahaha... rupa-rupanya semua pun bukan tekak mamak. 

Day 2
Aktiviti pantai....
Tapi tak mandi pantai pun. sbb bau pantai dia busuk. cuma layankan si bijak main gigi air dengan main pasir. 

Suami pulak main jetski rm 70/20 minit. Aku tak join sbb dah siap mandi cun-cun :P



Cek out jam 12. Ingtkan nak naik bukit bendera tapi memang ramai org, so patah balik dan makan tengahari di padang kota. tak de la tengahari pun. dalam kol 4 jugak kot. masing-masing dah lapar. order pun macam org kebulur.

lagi sekali, rasa makanan kat situ (order pesembur) rasa xde la sedap mana pun. well, macam yang aku kata la sebelum ni. bukan selera aku kot. lain-lain menu yang makan kat situ adalah sotong kangkung, char kuew tiau kerang, mee udang, air kelapa, abc dan coconut shake.

Lepas makan lepak kejap tengok view kat padang kota. memang cantik. :)

Then gerak turun ke Ipoh. kali ni naik Feri pulak yea :)


Day 3
Lepas breakfast kat hotel (nama hotel tak ingat) terus gerak ke Lost World of Tambun.
Tiket rm48 dewasa. 
Best tapi ada yang kurang best. macam roller coaster tak mencabar.. waterpark tak boleh main sbb aku dan suami pakai seluar track. dia kata pempuan kene pakai seluar tight dan lelaki kene pakai seluar pendek. memang nak suruh orang buat dosa. suami kata, 'eh, tu kan dosa pakai ketat-ketat dedah aurat' pastu kami terus pegi dari situ. last-last main ombak je dengan si bijak. hihihi... 

kesian kat si bijak sbb makanan tak boleh bawak masuk dan kat dalam tak de jual makanan yang boleh dimakan oleh si bijak. huhuhu.. 

sib si bijak tak mengaruk sbb seronok sgt main air. best tengok dia tergedik-gedik kejar ombak :)




Malam makan kat Ipoh, restoren nasi lemak ayam kampung. boleh tahan jugak sedap. **** bintang :)

balik singgah tambun beli limau bali. masing-masing memborong limau.. 

dan akhir sekali kali berpisah di hentian Behrang. Esok masing-masing kerje... huhuhu... Sampai rumah jam 12 tghmalam. 

Monday, January 20, 2014

Iman 1 years old

Muhammad Firas Iman
Lahir 18/12/2012
Berat 2.70kg
Tidur kat rumah nenek :)

 2 bulan
1st day di rumah pengasuh. mmng good boy tak menangis :)

 3 bulan
Badan macam dipam-pam. Di Klinik Kesihatan.

 4 bulan. 
Super duper bam-bam dan botak :)

  5 bulan
Ikut ibu ayah g mencandat sotong. Air liur meleleh2 tak boleh tahan

 6 bulan
Demam panas. Ibu risau....

 7 bulan
Berbuka puasa dengan ibu ayah kat hotel. 

 8 bulan
Beraya rumah atok lembu. cik jat kacau buat muka senget

 9 bulan
Balik dari melawat ayah yg kene tahan wad sbb demam. ibu drive sorang. iman nangis kuat... iman ibu ayah demam

 10 bulan
Melawat wan kat jitra. iman kene tinggal dengan mak lang. mak lang g perlis

 11 bulan
Iman ajak ayah panjat ladang boh lagi. sejuk tp best

12 bulan
ibu amik mc. jd iman boleh nakal. nak ajak ibu pegi Genting Highland lepas mandi