Thursday, November 14, 2013

Kenapa?? Ini jawapannya...

Awal bulan haritu aku hantar surat resign. Setelah berkhidmad hampir 1tahun setengah, aku ambil keputusan nak berhenti a.k.a pencen. Aku mmng tak ada apply mana-mana kerja lain sbb aku bosan hidup makan gaji. Bosan travel hari-hari sangkut jem/train delay.

Dan sejak tu mulalah ramai yang bertanya kenapa?? Kenapa berenti? Abis tu nak makan apa? Nape tak hantar anak ke pengasuh je? Ada masalah dengan bos ke? Lepas ni buat apa??

Bosan menjawap dan selalu jawapan disalah tafsir. Konon bos jahat smpai anak buah larik... Tak... Aku niat nak berenti atas sbb peribadi..

Aku nak jaga anak aku dan suami aku. Aku fobia tengok tv pasal kes dera bayi. Anak aku dah besar.. Dah pandai nak meniru dan mengajuk perbuatan org lain. Kalau hantar anak aku ke taska, kawan-kawan cakap lucah/kotor, anak aku akan ikut.. Anak aku tu.. Bukan anak kau. So, jgn tanya kenapa aku tak hantar taska.

Anak aku masih lagi susu badan. Dan sepanjang 11 bulan aku masih cukup membekalkan susu untuk dia setiap hari.. Balik baru direct BF. Setiap hari kat office time nak pump, aku rasa sedey sbb tak dapat direct BF kat anak aku. Setiap pagi bangun tidor nak g keje, benda pertama aku fikir, cukup ke susu utk Iman hari ni.

Nape tak pakai susu formula je?? Kan senang..
Sejak 11 bulan yang lalu, moment paling istimewa bersama dengan Iman adalah saat menyusukan dia. Tak kan aku nak putuskan moment2 indah tu. 2 tahun sekejap sgt. Terlalu singkat dan aku rindu sgt saat2 BF kan dia..

Aku kerja jauh. Rawang - UKM bangi -Rawang setiap isnin hingga jumaat. Sehari aku ambil masa 5 jam atas jalan/train. Pegi keje seawal jam 6.30 pagi dan pulang lewat 9.00 malam. Aku rindu anak dan suami aku. Aku rindu nak sediakan makanan untuk suami aku setiap hari. Hujung minggu rasa terlalu singkat untuk habiskan masa bersama..

Kenapa tak nak cari kerja Rawang je? Tak pun pindah la Bangi...
Aku fobia kerja tempat lain. Aku pernah kerja tempat lain dan setiap hari aku menangis sbb aku tak suka enviroment keje aku.. Aku lebih rela travel jauh dari aku cari keje lain... Pindah Bangi? Aku kat sini hanya kontrak. Tiada jaminan untuk aku kerja lama disini. Dan aku dah survey rumah-rumah kat sini. Rata-rata rumah sini mahal. Hampir seribu untuk sebiji rumah teres biasa.. Hampir separuh gaji bayar rumah. Apa yang tinggal??

Aku tak pernah ada masalah dengan bos. Jika orang kata bos aku aniaya orang ke, apa ke... Tu antara bos aku dengan orang tu. Bukan aku...

Dan bila aku menangguhkan tempoh berhenti kerja pun, ramai mulut-mulut yang mengata.. Kenapa tak jadi berenti? Kenapa nak tolong bos? Apa yang kau dapat??

Aku tangguh sbb bos aku mintak tolong secara baik. Walaupun orang lain kata dia jahat, tapi dia tak pernah jahat dengan aku. Dia mintak tolong secara baik, aku tolong mana yang mampu. Dan yang penting, aku tolong bukan sebab aku nak kan balasan. Aku bukan macam sesetengah tu tak dapat apa yang di impikan, terus bertindak nak jatuhkan orang lain.. Aku tak macam tu...

OK.. Harap aku menjelaskan dengan baik disini... Semoga selama tempoh penangguhan aku ni, Iman dan Ayah dapat bersabar. Ibu kene kerja ye... Nanti bile kerja ibu dah siap, Ibu jaga kamu berdua. Ibu sayang Ayah dengan Iman....

No comments: