Wednesday, June 12, 2013

Cerita car seat

Si bijak mmng suka duduk dalam carseat merah dia ni. patut la dulu masa cari carseat ni penuh dugaan.
4 jusco aku dgn suami pegi nak beli tp semua habis stock. mula2 pegi jusco rawang. masatu ada sale dapat la rm 339. harga sebenar tak ingt. tp jusco rawang dah abis stock. yg ada pun kaler kelabu. tu pun yg display punya.
pastu pegi pulak jusco sunway. jusco sunway baru je beberapa hari lepas buat jcard day. so mmng xde la. yg ada pun kaler kelabu.
pegi pulak ke jusco midvalley. sesampai je, dari jauh dah nampak carsear merah ni. tp nampak ada tangan yg amik. bila tanya salesperson tu, dia kata yg merah tu dah ada org amik. yg tu last stock.
masa tu suami mmng dah bengang habis. aku suh je amik yg kelabu tp dia xnak. katanya nanti baby merajuk sbb seat kereta ibu dgn ayah kaler merah. baby nak sama. (^_^!)
last sekali pegi jusco taman equine. suami dah pesan awal-awal. smpai je jusco, dia nak lari laju2. dia suh aku jalan sendiri. maklum la masa tu bawak perut so jalan mcm anak itik. dia takut carseat tu kene amik lagi mcm kat midvalley (^_^!)
alhamdulillah, dapat la beli kat jusco taman equine. harga rm 339 - rm 210 (pakai voucher jusco) so dapat la dgn harga rm 129. ala-ala cerita extreme coupon je masa shopping baby haritu. maklum la, semua barang baby beli pakai kupon. hehehe....

bile dah keluar si bijak ni, mmng tu la tempat favorite dia. letak dia dalam kereta, terus tido. hahaha... so far mmng xsusah nak travel dgn si bijak ni. aku letak dia kat seat penumpang belakang dgn posisi menghadap belakang. aku dgn suami duduk kat depan. dia ok je. tak meragam. tak menangis. paling tidak pun cume dia akan merengek kalau lapar. kalo bosan dia main pastu tido. mmng mudah. nak jalan jauh pun confident je. alhamdulillah :)

smpai terlentok-lentok ok. 

ibu ayah lupa nak bawak carrier dgn stroller. naik trolley je pun ok. huhuhu... 

1 comment:

Did0_ta2 said...

hahaha...carseat same ngn thaqif...kitorg beli kt sogo..sanggup kau redah orang sebab most tempat pun dh abes..tu pun beli pas anak lahir..hahahaha...