Thursday, June 20, 2013

chocolate fountain yg sgt berchocolate....

gud news... kami kembali dgn menawarkan sewaan chocolate fountain dgn pakej yg lebih menarik... booking tarikh anda sekarang dan meriahkan majlis anda dgn chocolate yg melimpah. yipppiiii...

Wednesday, June 19, 2013

hari ke3

masuk hari ke3 si bijak demam. harini temp makin naik. 38.9 pagi tadi. terus g klinik dn boc bg ubat bontot. sian anak ayah ibu ni.
cepat sihat ye sayang. kite main tangkap2 oyen.

Tuesday, June 18, 2013

quick update...

arini genab 6bulan si bijak hadir dlm hidup kami. dan bermulanya solid food program untuk si bijak. tp harini jugak si bijak demam. demam nk pandai cakap agaknya. cepat sembuh ye sayang. pasni boleh makan pisang.

Monday, June 17, 2013

Kawan baik

Si bijak dah ada kawan baik sejak dari dlm perut lagi... Si oyen...
Haritu lepas tidurkan si bijak, aku pun sambung masak n kemas rumah. Lama jugak la. Selalunya si bijak mmng tidur siang tak lama mana pun. Tp ni smpai siap keje semua xde pulak dgr suara si bijak.
Rupanya... Bila aku masuk bilik dia tgh main dgn kawan baik dia. Huhuhu...
Rasakan la oyen.. Dulu masa dlm perut oyen tangkap perut kak in. Skng si bijak dah balas dendam...

Friday, June 14, 2013

Kenapa aku berCloth Diapers

Ni lagi satu pengaruh si zara. Masa dia baby, aku bnyk habiskn masa jaga dia. Kebetulan aku blum keje dan tgh cari keje.
Kenapa aku berCD?
1 - aku rasa lebih jimat sbb tak payah nak beli disposal diapers (DD) tiap2 minggu. Masa si bijak baby mmng aku pakaikan DD. Yela... Masa tu mmng si bijak asyik popo dan aku pun masih dlm pantang. Tak kuasa aku nak tonggeng2 berdiri lama sbb nk basuh CD ni. Ngeri wo.... Aku start pakaikan si bijak CD masa dia nak 2 bulan stgh.
2 - design yg cantik. Tgk la color dia tu. Warna warni. Ada yg berbulus tp aku blum beli lagi. Tp da masuk dlm wish list. Hahha.... Siap boleh matchkan CD dgn color baju si bijak. Wakakaka...

3 - bambam menjadi sgt montok. Yg ni paling tak tahan. Mmng rasa geram tgk bila dia berCD. Rasa nak cepuk je. Sian anak ibu.

4 - selesa di pakai. So far si bijak xde la complain xbest pakai CD ni. Wakakaaka... Pandai plak anak ibu ni nak complain kan. Tp dr pemerhatian aku, xde la rash atau merah2 kalo aku pakaikan CD ni.

5 - tak de nak buang smpah DD setiap hari. Mmng la klo pakai CD ni kene cuci sendri. Tp bile pakai DD plak, hari2 kene buang smpah. Dah tu plak lori sampah datang berapa kali je seminggu. Kadang kucing, anjing sepahkan smpah dpn rumah. Sape nak kemas? Duh..

Ha... Itulah antara sbb kenapa aku berCD. So.. Apa pilihan anda? DD or CD?

Thursday, June 13, 2013

Boba 3g kanggaroo

Nak entry cerita pasal carrier si bijak.
Aku mula terjebak dalam dunia babywearing ni bila akak dyg bersalinkan zara. Pengaruh dia mmng kuat. Mcm dia berjaya mempengaruhi aku utk fully breastfeeding, bercloth diapers dn juga berbabywearing. Hhahaha...
Masa zara baby, kak dyg pakai wrap pastu bile dah besar dia pakai pulak carrier.
Masa menggandungkan si bijak mmng aku berkira2 samaada nak ke tak beli baby carrier ni. Smpai la keluar si bijak.
Lepas pantang bersalin, aku g umah kak dyg dn kebetulan suami masih kerja. Dia bawak sekali stroller. Mama ajak aku ke alamanda, aku xnak sbb tak ready. Mama ckp nak tak nak kene jugak keluar sbb nak belajar handle baby kat luar. Keluar dr zon selesa. Nk tak nak, aku ikut je la.
Tp memandangkn xde stroller, aku panic la. Nasib baik ada sifu kak dyg. Dia la yg pakaikan n ajar aku pakai baby wrap. Sbb si bijak kecik lg so tak sesuai pakai carrier.
Terus jatuh cinta. Mana taknya.. Aku boleh breastfeed si bijak sambil shopping!!!
Tp aku tak de la terus beli sbb blum ada keperluan. Bila iman dah 2month ++, aku g lagi umah kak dyg. And again... Stroller tertinggal. Suami mmng suka kemas bonet kereta. Kalo benda tak perlu mmng takkan dibawa. Kadang smpai benda yg perlu pun lupa nak bawa... Sigh...
Then, kak dyg bg pinjam boba 3g kanggaroo dia pulak. Sbb si bijak dah besar kan. Ooohhh... Makin jatuh cinta. Sbb baby mmng close sgt dgn kire. Rasa kene peluk dan memeluk si bijak sentiasa. Design yg cantik, kemas dan confident. Xde la rasa nak jatuh bagai. Mmng best...
Kat mana aku beli? Haa.... Aku beli online kat bummia kids. Tempat yg sama aku beli CD si bijak. Murah dan cepat. Bank in smlm harini dah dapat. Mmng servis mantap... Dan yg penting mmng best berBOBA :)

Wednesday, June 12, 2013

Cerita car seat

Si bijak mmng suka duduk dalam carseat merah dia ni. patut la dulu masa cari carseat ni penuh dugaan.
4 jusco aku dgn suami pegi nak beli tp semua habis stock. mula2 pegi jusco rawang. masatu ada sale dapat la rm 339. harga sebenar tak ingt. tp jusco rawang dah abis stock. yg ada pun kaler kelabu. tu pun yg display punya.
pastu pegi pulak jusco sunway. jusco sunway baru je beberapa hari lepas buat jcard day. so mmng xde la. yg ada pun kaler kelabu.
pegi pulak ke jusco midvalley. sesampai je, dari jauh dah nampak carsear merah ni. tp nampak ada tangan yg amik. bila tanya salesperson tu, dia kata yg merah tu dah ada org amik. yg tu last stock.
masa tu suami mmng dah bengang habis. aku suh je amik yg kelabu tp dia xnak. katanya nanti baby merajuk sbb seat kereta ibu dgn ayah kaler merah. baby nak sama. (^_^!)
last sekali pegi jusco taman equine. suami dah pesan awal-awal. smpai je jusco, dia nak lari laju2. dia suh aku jalan sendiri. maklum la masa tu bawak perut so jalan mcm anak itik. dia takut carseat tu kene amik lagi mcm kat midvalley (^_^!)
alhamdulillah, dapat la beli kat jusco taman equine. harga rm 339 - rm 210 (pakai voucher jusco) so dapat la dgn harga rm 129. ala-ala cerita extreme coupon je masa shopping baby haritu. maklum la, semua barang baby beli pakai kupon. hehehe....

bile dah keluar si bijak ni, mmng tu la tempat favorite dia. letak dia dalam kereta, terus tido. hahaha... so far mmng xsusah nak travel dgn si bijak ni. aku letak dia kat seat penumpang belakang dgn posisi menghadap belakang. aku dgn suami duduk kat depan. dia ok je. tak meragam. tak menangis. paling tidak pun cume dia akan merengek kalau lapar. kalo bosan dia main pastu tido. mmng mudah. nak jalan jauh pun confident je. alhamdulillah :)

smpai terlentok-lentok ok. 

ibu ayah lupa nak bawak carrier dgn stroller. naik trolley je pun ok. huhuhu... 

Monday, June 10, 2013

gold coast morib

hujung minggu di gold coast morib. akak dayang ada reunion dia punya geng. dn kebetulan abg mie kene outstation. tu ajak kami join. hotel dia best siap ada jakuzi. dn theme park dia pun best jugk la. rm 35 utk dewasa. si bijak, free....



Wednesday, June 5, 2013