Monday, October 1, 2012

Episod Scan 4d yang tak menjadi....


Baby… sian baby kan.. Ibu janji nak tgk baby sabtu lepas tp xberjaya.. Ibu mintak maaf ye sayang… Ibu pun sedih sgt2… ayah pun sedih sgt2 jugak… kite jumpa next week ye sayang…

2 minggu lepas, aku dengan suami beria-ria pegi klinik ANIZA MEDICAL CENTRE, AMC, RAWANG…. Nak Tanya pasal 4d scan. Kalo ikut pada calendar, baby dah nak masuk 7 bulan. So time ni mmng sedang elok kalo nak buat scan 4d. aku la yang rekemen kat suami AMC ni sbb kat area ni, klinik ni la yang paling dekat ada buat 4d scan.

Bila sampai klinik tu, receptionist pun sambut dengan senyuman manis. Lepas tanya apa yang patut, aku set date 29 sept utk scan 4d. cik receptionist yang manis tu pun tulis dalam buku latihan yg kat sebelah dia.

Nama: Nur Azreena
No tel: 013*******
Item: Scan 4d
Note: Patient nak buat pada 29/9

Pastu cik receptionist tu kata lagi, “sehari sebelum scan kita akan call ye utk reminder.”

Wah… senang hati bila dah ada date scan 4d. tinggal tunggu hari je nak tgk budak kecik yg selalu kacau aku ni… hihihi.. teruja sgt2…

28/9 iaitu sehari sebelum scan, aku pun tunggu-tunggu la call dari cik receptionist tu. Konon dia nak call kan. Smpai ke petang xde call jugak. Aku pun call la utk confirmation.

Cik receptionist yang angkat phone aku pun tanya nama dan dari dalam phone, aku dengar la dia ketuk2 keyboard tu. Pastu tanya aku lagi, “hari tu ada buat appointment ke?”
Aku cakap la ada. Tapi dia tulis dalam buku latihan je. Xmasuk dalam system lagi. Pastu aku tanya la, ‘Doc Aniza ada x esok? Sbb janjinya esok nak scan 4d’

Dia kata ‘ooo… kalau puan ada bagi nama, puan datang je la. Doc aniza ada dari jam 8pagi smpai 3 ptg.’

Huhuuhuhu.. teruja… teruja… doc aniza ada maknanya boleh buat scan 4d.. kat AMC ni yng boleh buat 4d ni cume doc aniza je. Doc lain xboleh.

29/9 dengan penuh keterujaan, aku dgn suami pagi2 lagi dah keluar rumah… kol 8.00 pagi tepat dah sampai depan pintu AMC. Jumpa la dengan cik receptionist tu dan tanya pasal appointment aku.

“Maaf puan, harini doc aniza cuti. Doc lain yang ganti. Doc lain xboleh buat 4d”

“what?? Semalam kan saya dah call. Awal ckp doc ada dari kol 8 sampai kol 3” aku dah bengang gile kot time tu… dalam hati ni mmng dah menjurai air mata.. ibu rindu baby.. ibu nak tgk baby… dah 7 bulan ibu sabar nak tgk baby xdapat2. Kat hospital gomen xdapat, kat klinik private pun xdapat…

“maaf puan, Doc aniza punya jadual dah tukar lain..” jawab cik receptionist tu lagi..
“abis, bila dia ada? Saya nak buat appointment lain”
“maaf puan, jadual Doc aniza xtentu. Saya pun xpasti…” lagi selamberrrr…..

Masa tu mmng dah menjurai air mata aku… “kite pegi klinik lain je la. Klinik ni tak bagus…” aku cakap kuat-kuat depan receptionist tu smbil tarik tangan suami…

Sedih sangat-sangt… sakitnya hati tuhan je yang tahu.. sib baik suami ada utk pujuk. Yelah.. mungkin ada hikmahnya xdapat buat scan 4d kat AMC tu.. lagi pun suami kata kat AMC ni bukan ok pun. Ramai officemate dia yang dah boikot klinik ni dan tukar klinik lain…

Moral of the story: AMC mmng tak bagus.. jom boikot. Hahahaha…

4 comments:

Anonymous said...

ape la prangai..
hanya pasal benda remeh temeh nak boikot, nak sebar keburukan. ape perangai betul la

نورازريناابوحيري said...

hihihi... awak tak rasa kecewa mcm yg kite rasa mmng la awak ckp mcm tu.
benda tu remeh ke? customer service tak bagus pastu nak marah customer compliant.

Anonymous said...

haah mmg xbagus sbb pnh bawa ank ke klinik tu sbb gatal mata je kut dia bg ubat smpi 60 hengget lebih,sekali ubat telan.. habis badan ank alergik.. better bawa amar sbb ank2 serasi kat situ

Anonymous said...

Saya ade same exp dgn aniza medical centre, da excited nk scan baby, tibe2 spi clinic doc x ade. Haiyooo.. hanya kite yg merasai je yg fhm.