Wednesday, September 26, 2012

my wishlist for baby :)


ok... bila dah nak masuk 7 bulan, rasa keterujaan tu semakin kuat... tak sabar nak sambut ketibaan budak kecik comel yg selalu berenang-renang dalam perut aku ni...
hari-hari kerjanya duduk depan laptop sambil survey barang baby.. dengan suami pun gigih mensurvey. sblum ni, dia kalo bukak laptop xpernah lebih dari setengah jam. kali ni, dia pulak yang over dari kite. maklumlah, untuk penjimatan poket sendiri kan :p

selain barang-barang baby yang confirm-confirm kene beli sbb anak pertama, aku dgn suami pun ada barang-barang yang target nak beli... antaranya ialah:
TV besau.... nak yg 45' keatas... 
beria kau jah... ni kire nak balas dendam sbb dah 7 bulan jugak kami xde tv. sebenarnya, benda ni xde la penting sgt pun. maklumla, aku g keje gelap. balik keje pun gelap. xde masa nak tgk pun. hujung minggu kalau tak keluar, aku dgn suami berkebun kat rumah. memng xperlu pun... cuma, terpikir bila ada baby nanti mesti ramai yang datang rumah nak tgk baby. nenek baby, makcik pakcik baby mesti nak datang. hihihihi.... kesian pulak dorang bosan :p

Peti ais 2 pintu yang besar punya... 
hahaha... semua nak besar-besar k. aritu survey kat jusco dgn seng heng, peti ais besau jenama samsung ni rm 1.7k je. so memng dalam budget pun. lagi pun memng aku memerlukan space freezer yang besar utk buat stok EBM. ni semangat nak BF utk baby nanti. So, suami pun support dan sokong utk beli peti ais besar ni. masalahnya sekarang berbaloi ke. sbb peti ni cume guna utk simpan EBM je. barang-barang dapur lain bukan banyak pun. takat aku dgn suami je, seminggu sekali shopping barang makan, xpernah habis rm50. so space dalam ni mmng banyak kosong la. lagi pulak memang dah ada peti ais tp kecik dan 1pintu je la. so, x sesuai utk simpan EBM.. oleh yang demikian, suami cadangkan utk beli benda kat bawah ni. peti ais besau gajah ni tunggu la peti ais yang satu tu rosak dulu... hihihihi

Deep freezer
Bile plan nak full BF, memng la freezer ni penting sangt. dan bile study balik dgn expert mommies kat luar tu, rasanya berbaloi lagi beli deep freezer ni. kat seng heng aritu nampak rm 400 je. so, mmng murah la kan.. point utama nak beli benda ni sbb boleh simpan EBM smpai 6bulan. kalau peti ais besau gajah 2pintu tu cume boleh simpan 3bulan je. so, terpujuk la hati aku xdapat beli peti ais besau tapi dapat bagi full BF kat baby walaupun guna EBM :)

so, the next action, nak pergi jusco sunway hari ni sbb nak beli tv... yeaahhhh.... deep freezer ni beli bile dah nak due date :)

2 comments:

Anonymous said...

Hi Dear,

nice to know you..

kat seng heng mane ye u survey DF rm400?..I berminatla nak survey..:)

Thanks

نورازريناابوحيري said...

kat seng heng rawang. tp rasanya semua seng heng pun harga dia sama je. lagi pulak masa survey tu ada sale.