Friday, June 8, 2012

Prosedur nikah kahwin johor - Perempuan

Hi....
Jom sambung cerita pasal kawin-kawin walaupun dah nak setahun kawin. hahaha... dah nak masuk 3 bulan je bukan lama sangt pun. inai kat jari pun masih berbaki sikit-sikit ni.
Kali ni nak cerita prosedur nikah pengantin perempuan di negeri Johor pulak. setiap negeri, prosedur dia berbeza. 
Mula-mula kena beli borang kat Pejabat Agama Daerah masing-masing. Aku beli kat Pej Agama Tangkak dekat Masjid Tangkak. Proses permohonan aku buat dalam masa 1hari je dah boleh siap. Tapi sebelum aku pegi tu, aku dah telepon dulu dan tanya dokument yang penting untuk dibawa la.
Antara dokumen-dokumen yang diminta adalah surat kebenaran nikah dan dokument-dokument pengantin lelaki, salinan IC pengantin perempuan, salinan IC 2 orng saksi dan dan borang saksi yang telah ditandatangani, salinan IC wali dan borang wali yang telah ditandatangani, surat pengakuan bujang (dari ketua kampung atau majikan. surat dari suruhan jaya sumpah tak sah ye... rugi je aku kene bayar rm10 aritu), sijil kawin dan borang ujian HIV dari pej agama yang ditandatangani oleh peg kesihatan. (borang dia tak sama dengan borang dari Selangor. Kalau kat selangor, result HIV tak tulis kat borang tu. kalau kat Johor, dia tulis samada +ve atau -ve)
untuk setengah-setengah kes, macam saya yang kematian ayah (wali), kene sediakan surat kematian sekali sebagai bukti. dan untuk anak sulung perempuan, perlu disertakan sekali surat nikah ibu bapa untuk pastikan tarafnya. 
Lepas semua dokument complete (original dan copy), kepilkan bersama dan pergi interview... wah kau... mcm nak mintak kerja. masa ni memng nervous jugak la. tapi bila dah masuk tu, dia tanya soalan basic je macam doa iftitah, tahiyat akhir, doa qunut, alfatihah, mengucap, cara-cara berhadas besar dan kecik, tanggungjawab suami isteri dan sedikit nasihat untuk melayari kehidupan selepas berkahwin. bila penemuduga tu sign dan luluskan temuduga, kire dah tak de masalah dah. surat kebenaran nikah pun dikeluarkan dan kene byar la untuk surat tu. tah ingt dah berapa ringgit tapi xmahal la...
Urusan pun selesai.... mudah, ringkas dan cepat.... satu hari je dah boleh siap.... Alhamdulillah... Boleh jumpa tok kadi untuk berbincang tentang tarikh dan majlis nikah. 

5 comments:

Anonymous said...

haishhhhh...part anak sulung tu,leceh la wehhhhhh

-myee

نورازريناابوحيري said...

hahaha.... kene check background semua kot

- said...

Salam..nak tanya lah... awak ada mention yg "borang saksi yang telah ditandatangani," tapi saya tengok dalam borang tu xda pon ruang utk tandatangan..boleh saya tahu kat mana saksi kena tandatangan?

نورازريناابوحيري said...

mungkin silap kot. tak perlu tandatangan saksi tapi maklumat saksi mcm nama penuh, no ic dan salinan ic saksi.

syazshilla said...

salam.. kalo kte sediakan dokumen diperlukan b4 beli borg pun.. bley ye?