Monday, April 30, 2012

Prosedur nikah kahwin selangor - Lelaki

Hi bloggers..
Entry kali ni nak cerita pasal prosedur nak kawen bagi bakal-bakal pengantin lelaki negeri selangor. untuk setiap negeri, prosedur dia lebih kurang sama tapi lain skit. hahahaha....
Kepada bakal-bakal pengantin lelaki, boleh ambil dan rujuk pejabat agama yang berdekatan untuk dapatkan borang dan maklumat.
Macam suami dulu masa nak mohon kawen, dia pergi kat pejabat agama kuala kubu baru. suami punya IC dari beralamat negeri melaka tapi menetap kat rawang. so ada pilihan samaada permohonan di majlis agama melaka ataupun majlis agama selangor.
Bila dah dapat borang tu, kene lengkapkan dulu setiap salinan seperti ic, surat pengesahan bujang, laporan HIV dan beberapa salinan lagi. lepas lengkap semua salinan dan borang, bawak borang jumpa nazir kawasan tempat tinggal untuk dapatkan tandatangan. dah dapatkan tandatangan, bawak 2orng kawan lelaki untuk jadi saksi borang jumpa dengan pendaftar nikah kawen dan dapatkan tandatangan lagi.
Bila dah dapat tandatangan tu, bawak borang tersebut ke pejabat agama yang mula-mula ambil borang tu untuk dapatkan pulak surat kebenaran nikah. pegawai-pegawai pejabat agama akan sediakan dan kepilkan bersama semua salinan mengikut susunan untuk urusan pihak pengantin perempuan.... maka selesai la urusan pengantin lelaki... boleh goyang kaki je tunggu pengantin perempuan pulak kehulur-kehilir bawak borang :p

Kalau ikut pengalaman aku, prosedur kebenaran nikah ni mudah je selagi semua maklumat, dokumen dan saksi tiada masalah. InsyaAllah....

Untuk prosedur nikah kawen perempuan negeri johor, akan di ceritakan pada entry akan datang.... stay tune... aceehhhh....

No comments: