Wednesday, September 28, 2011

Kos majlis pertunangan ku

hal tunang-bertunang ni dah pun berlalu hampir 6bulan lepas kot. tapi masih belum basi selagi aku blum jadi isteri orng. dan walaupun berpuluh tahun akan datang, insyaAllah aku akan ingt majlis pertunangan aku dengan lelaki yang aku cintai.
alhamdulillah, majlis pertunangan aku simple je. seperti yang aku impikan. bila kira2 balik semua kos pertunangan aku, xsampai kot 1ribu ringgit.

ok, kite cube kire2 balik ek:

hantaran dari aku kepada dia : rm 200

makanan dan minuman: di sponsor oleh mama


baju tunang: pakai balik baju tunang kak jat

Kak jat masa majlis tunang dia

Pakai je balik baju kak jat. pastu tambah manik. so jadi cantik skit :)

tudung tunang: rm 20 (discount dgn cik ann)
gubahan hantaran: rm 20 (barang2 seperti kotak dan alas hantaran, recycle majlis tunang akak dayang)


cadar tunang: pakai cadar tunang akak

so, total semua rm 220 je kot. hahaha... lain semua pakai recycle je. sbb aku fikir, tunang je pun. yang penting kehidupan lepas kawen.
lagipun, kalau semua nak beli baru, bukan aku pakai pun lepas majlis tunang tu. sbb akak2 aku punye barang tu semua pakai sekali je. membazir kot....

hope majlis kawen pun boleh la buat yang simple2 mcm ni je. insyaAllah...




No comments: