Sunday, August 14, 2011

Aku cinta Dia

entry ini khas buat Mohd Sharif Sani

sayang, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. abang perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup sayang.

sayang bersyukur kerana Allah menjodohkan kita untuk bertemu semula. Sayang bersyukur kerana Allah buatkan hati kita bertaut. dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan hubungan kite.

sayang, 8tahun dulu kita bertemu. bertentang mata tanpa kata. hati ini sudah terdetik, "alangkah bertuahnya kalau dia milikku." tp hati kita masih berjauhan. kita dekat tapi jauh. tp sayang xpernah menyesal kerana masa itu berlalu begitu sahaja. sbb masa menjadikan sayang lebih matang dan menghargai insan disekeliling sayang.

sayang, 3 tahun berlalu begitu saja. tanpa pernah ada ucapan khabar. tanpa pernah bertentang mata. seolah2 abang xpernah ada dalam hidup sayang.

dan bermulanya detik-detik indah kita. abang menghulurkan salam perkenalan sekali lagi dengan sayang dan keluarga sayang. abang datang sebagai sahabat. memujuk hati sayang sayang di saat kekeliruan dalam kehidupan. abang tunjukkan pada sayang bahawa setiap manusia punya peluang kedua.

persahabatan kita semakin erat. sehingga terbitnya rasa cemburu bila xmendengar khabar berita. hati ini sudah bertaut rindu dan sayang. dan abang dapat menerima sayang dengan baik. terima kasih abang.

tapi kasih sayang kita tak perpanjangan. panas yang disangka smpai ke petang, hujan turun di tengahari. kasih kita diuji dengan penerimaan keluarga abang. sayang hampir-hampir mengundur diri. tapi terima kasih lagi kepada abang. kerana masih mempertahankan sayang dihadapan keluarga abang. menjadikan sayang permaisuri di mata keluarga abang. terima kasih sayang.

dan matahari terbit kembali. membawa kembali sinaran terindah dalam hidup ini. diselangi dengan warna-warna pelangi. dan kali ini abang hadir dengan membawa harapan. serta janji yang terikat.

sayang, biarlah angin badai melanda tapi insyaAllah selagi ada kudrat dan diizinkanNya, sayang akan tetap setia dengan abang. sayang mencintai abang seikhlasnya dan sayang menghargai setiap jasa yang pernah dan akan abang curahkan untuk sayang.
terima kasih cinta....