Tuesday, June 21, 2011

ikut sedap jer....

“Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan. Barulah ramai pelanggan yang datang ke kedai kite.”

Penah dengar x ayat mcm ni kat iklan tv. Ala... iklan kartun yang ada 3 pempuan tengah masak-masak kat dapur.

Entry aku kali ni, bukan nak kondem iklan tu tapi nak cerite pengalaman peribadi aku sebagai penjual ABC (Air Batu Campur) dan Cendol.

Hari2 kat kedai, ada sorang budak lelaki darjah 4. Dia memng hari2 datang beli ABC buta (ABC yg xde isi. Cuma air batu dengan gula). Nak di jadikan cerita, tiap2 hari masa aku nak buatkan ABC untuk budak tu, mesti dia berdiri sebelah aku. Bile aku nak letak gula je, mesti dia akan cakap.

“Kak, saya nak gula merah dengan gula itam banyak2”

Aku pun balaslah. “Nanti kene kencing manis pulak banyak sangat gula”

Dan dia bagi jawapan yng memng best, “xpe kak. Saya xkisah pun.”

Dalam hati aku... aduhai budak ni. Pendeknya akal dia. Makan nak sedap je smpai xhiraukan kesihatan dan kemudaratan diri sendiri. Budak2 kot. Xpanjang akalnya nak fikirkan tentang apa yang akan terjadi.

Tapi masalahnya, bukan budak tu aja. Kadang2 ada jugak pakcik2 ni yng mintak buat air manis2. Aku pun ckp la

“Pak cik, t kene kencing manis kang”

Dan dia pun bagi jawapan yang best, “ala, yang sakitnya aku. Bukan engkau..”

Aduuuuhhhh.....

Aku pun xtau nak wat mcmane da. Kadang2 tu, aku wat2 xlayan je. Ye la. Bukan kedekut nak bagi air gula yng tah bape sen sgt tu. Tapi aku yang takut minum air manis2 sngt ni. Walaupun aku yang menjualnya, tapi aku pun selalu rasa serba salah. Huh...

No comments: