Saturday, May 14, 2011

resepi chicken chop and mushroom sauce

ni projek masak-memasak yang dah berbulan. tapi baru sekarang dapat upload. mari kita tgk hasilnya dulu baru aku bgtau resepinya. jeng jeng jeng.....



dah tengok gambar kan.... rasa mcm best x? hehehehe... nak try buat x? ok jom kite belajar mcmaner nak buat.

bahan2 untuk ayam
peha ayam yang dibuang tulang
serbuk roti
telur
tepung goreng kentaky

bahan2 untuk sos
cendawan butang dalam tin
pati ayam
bawang merah
bawang putih
lada hitam
tepung gandum

cara2 masak ayam
peha ayam yang dah dibuang kulitnye di ketuk2 pakai anak lesung. nak bagi dagingnya lembut skit.
golek2kan dalam tepung kentaky dan kemudian golek2kan pulak dalam telur.
kemudian, balut dalam serbuk roti pulak.
panaskan sikit minyak dan goreng dengan api sederhana.

cara2 masak sos
bawang merah dan putih ditumbuk dan ditumis dengan lada hitam.
masukkan pati ayam dan cendawan. cendawan tu potong2 la jadi nipis2.
masukkan air sikit.
pastu masukkan tepung sikit nak bagi dia pekat.

siap....
boleh dihidangkan dengan salad dan kentang goreng. :))

tips: aku xtambah garam dalam sos tu sbb pati ayam tu pun dah masin.

so, korang boleh la try masak ni kat rumah. aritu masak kat umah akak aku, abg ipar aku suka sgt sbb dapat makan chicken chop kat rumah. xpayah nak makan kat luar lagi. dah la mahal. xbleh tambah2 plak tu. sbbkan suka sgt, akhirnya pinggan mangkuk semua dia yang basuh. hehehehe.... well done.

pokok ceri dan kenangan silam

sape tau pokok ceri. ni pokok ceri malaysia. bukan pokok ceri yang orng buat kek tu. kalo nak tau, tgk gambar.




nak dijadikan cerita. aku dgn mama baru je tibe dari kampung. naik bas tau. hehehe... turun kat hentian serdang. sampai je ctu, tepon akak aku suh jemput kitorang.
sedang duduk2 tu, aku pun telek2 la kat pokok ceri yang kitorng berteduh tu. duh.... banyak gile buah dia. ranum2 dan merah menyala. teringat masa kecik2 ni. suka sgt panjat pokok ceri. setiap rumah mesti ada pokok ni.
tiap2 petang kitorang panjat n petik buah dia. smpai xsempat nak merah dah kene petik. smpai tahap kitorang sembunyikan buah tu. petik daun2 n bungkus buah tu bagi xde orng nampak. kononnye la. tapi xsempat merah jugak dah kene petik. hehehe

mama kat bawah pokok. comelkan :)




tgk buah2 ni. merah2 n bulat2. sape xgeram.....