Tuesday, December 27, 2011

ber'lunch' di anje...

selamat tghari dn selamat menjamu selera.
bosan tunggu kay yg tgh beratur nk order nasi beriani gam sempat nak update blog bersawang ni. :p
hati sgt2 neves sbb xsmpai 3bulan xdah nk jadi isteri org. so kene diet mkn n jaga badn. jadi layan soto je... huhuhu... okbye...

Wednesday, December 21, 2011

Happy Feet 2

Dah hampir sebulan kot tengok cerita ni. tp xkira nak share jugak... sbb aku betul-betul fall in love dengan penguin-penguin gebu yang berjoget-joget tu...
Watak disukai: of course la si Erik yang comel

Babak terbaik: masa Erik nanyi kat kawasan elephant seal. mengangis aku dgn sepupu2 aku...
ni link kalo nak dengar. http://www.youtube.com/watch?v=mpikCpNfiGs
untuk Happy Feet 2 ni, aku bagi 5 bintang. sbb sangt2 jatuh cinta pada erik yang sweet dan bersuara merdu... wink wink....

gambar dengan puss in boot sblum masuk panggung wayang. dorang nak tgk puss in boot tp aku xbagi sbb aku dah janji nak tgk dgn en. bakal suami. hahaha... sian dorang. tp sib baik la. sbb puss in boot xsebest erik yang gebu tu :)

Friday, November 11, 2011

kehilangan... entry untuk tersayang

entry ini ditulis dengan linangan air mata....

kucing yng aku bela dari sem 5 diploma baru saje mati.


kesayangan.....

teman terbaik.....



hari-hari terakhirnya... xlarat nak jalan dan hanya terbaring lesu...

maafkan kak in jika kak in penah menyakiti cumi, selalu bagi cumi makan lambat-lambat, marah cumi, main-main dengan cumi smpai geram picit kuat2. maafkan kak in kalo kak in xdapat jaga cumi, maafkan kak in sbb kak in selalu tinggalkan cumi kat rumah, maafkan kak in suruh cumi jaga mama n adik donit walaupun cumi xsihat. maafkan kak in xde dgn cumi disaat2 terakhir cumi pergi. kak in xsanggup nak tgk perpisahan ini. kak in sayangkan cumi sngat2 n doakan cumi bahagia di alam sana.

terima kasih cumi sbb ada dalam hidup kak in selama 6 tahun ini. terima kasih kerana setia dengan kak in dan xcari kawan lain. terima kasih sbb jaga rumah bile mama xde kat rumah. terima kasih sbb sayangkan kak in jugak.. terima kasih cumi....



Thursday, October 20, 2011

Alangkah Baiknya Jika….

Kes 1

Dulu: Bestnye si POLAN tu. Dah keje. Dah pakai kereta. Aku ni apa lah ada.

Sekarang: Bestnye dulu-dulu. Duk rumah goyang kaki je. Xde la bagun pagi nak g keje semua ni….

Kes 2

Aku: Alangkah baiknya kalo aku dapat keje mcm si POLAN tu.. gaji besar, keje best. Boleh kawen cepat.

Polan: Bestnya kalo aku dapat keje macam si AKU ni. Walaupun gaji kecik tp xde la stress sgt.

Kes 3

2 Minggu Lepas: Penatnya la wat part time ni. Alangkah baiknya kalo aku xkeje arini. Boleh tgk Shaun The Sheep.

Minggu Depan: Ruginye tak part time minggu lepas!... mcmane nak bayar bill tepon ni!!..

Moral: Bersyukurlah apa yang ada sekarang kerana itu adalah yang terbaik untuk kite.

Wednesday, October 19, 2011

FinanSial (Financial)

Pening tgk nombor-nombor dalam file excel ni. Dulu degree masuk kelas account je tidor. Masuk kelas management je tidor. Skng hambek ko kene buat costing, finanSIAL dan segala kejadah management..

Pening… pening… aku pening….

Tuesday, October 18, 2011

Part Time Jobs

Kumpul duit mau kawen.

Kawan2, sape nak beli machine chocolate fountain, sewa chocolate fountain, chocolate gift, probiotic chocolate, cupcake, moist cake, cheese cake, UNIFI dan INSURAN pun ada. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut….

Dan, sape-sape yang nak develop website untuk online business / corporate business pun boleh hubungi saya….

Nak jahit baju kurung, baju melayu, baju kurung Pahang, Baju Kurung Malaysia, Jahit Manik, baju nikah, baju sanding pun boleh.. sile hubungi saya jugak…

Amik kau… banyak gile aku punye part time. Kalo x kawen jugak on schedule mmng la. Hehehehe…

Apa-apa pun, kawan2, tolong doakan saya kawen cepat. Amin…

Terima kasih sbb doakan saya :P

Thursday, October 6, 2011

Lawak google translate

Aku nak share lawak2 yang pak cik google translate buat.

Korang try step2 dibawah:

  1. Bukak google translate
  2. Taip Ramlah Ram
  1. Translate dari B.Melayu ke English
  2. Lihat hasilnya
  1. Taip pulak Latif Ibrahim
  2. Translate
  3. Dan gelak
  4. Taip pulak Beatles
  5. Translate dari English ke B.Melayu
  6. Dan lihat hasilnya

Ok… tu je pun yang aku tau. Tp banyak lagi lawak2 yang pak cik google translate ni buat.

Moral: Mesin pun kadang2 buat silap. Inikan pulak manusia… dan vice versa….

Wednesday, September 28, 2011

Kos majlis pertunangan ku

hal tunang-bertunang ni dah pun berlalu hampir 6bulan lepas kot. tapi masih belum basi selagi aku blum jadi isteri orng. dan walaupun berpuluh tahun akan datang, insyaAllah aku akan ingt majlis pertunangan aku dengan lelaki yang aku cintai.
alhamdulillah, majlis pertunangan aku simple je. seperti yang aku impikan. bila kira2 balik semua kos pertunangan aku, xsampai kot 1ribu ringgit.

ok, kite cube kire2 balik ek:

hantaran dari aku kepada dia : rm 200

makanan dan minuman: di sponsor oleh mama


baju tunang: pakai balik baju tunang kak jat

Kak jat masa majlis tunang dia

Pakai je balik baju kak jat. pastu tambah manik. so jadi cantik skit :)

tudung tunang: rm 20 (discount dgn cik ann)
gubahan hantaran: rm 20 (barang2 seperti kotak dan alas hantaran, recycle majlis tunang akak dayang)


cadar tunang: pakai cadar tunang akak

so, total semua rm 220 je kot. hahaha... lain semua pakai recycle je. sbb aku fikir, tunang je pun. yang penting kehidupan lepas kawen.
lagipun, kalau semua nak beli baru, bukan aku pakai pun lepas majlis tunang tu. sbb akak2 aku punye barang tu semua pakai sekali je. membazir kot....

hope majlis kawen pun boleh la buat yang simple2 mcm ni je. insyaAllah...




Monday, September 26, 2011

Ubi dan Nenek

Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari! "

kredit:
http://www.facebook.com/dianazhar

Nampak tapi buta

"ADa soranG pEreMpuaN.. UmuR 15 taHuN.. BaWa aNaknyA yg uMur SeTaHuN jaLan di paSaraYa.."
-OranG kaTa dIa tUe peRemPuan hiNa.. Tak suCi.. Tak Malu.. TaPi taKda orAng taW.. Dia diRogOl maSa dia uMur 13 taHun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..
...
"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

"BANYAK BENDA DALAM DUNIA NI.. KITA NAMPAK... TAPI TAK BERMAKNA KITA TAHU SEGALA2NYA..."

Kredit: http://www.facebook.com/dianazhar

Wednesday, August 24, 2011

Latihan Industri

Sesiapa yang ingin menjalani latihan industri khususnya dalam bidang I.T (Programmer) yang berlokasi di bangi, boleh hubungi saya di 0132073385 (azreena) atau emailkan resume anda ke azreena@ukmtech.com

Wednesday, August 17, 2011

aku suka....

aku suka maskot.

aku suka sepupu2 aku. aku rindu dia.

aku sayang family aku. aku sayang mereka.

aku suka main ais-skating

aku suka gajah.

aku suka kerang rebus

aku suka cik zara. aku sayang dia.

aku suka kembang donit. aku sayang dia.

aku suka kawan2 aku.

aku suka tunang aku. aku sayang dia.

aku suka budak sekolah.

aku suka kucing.

aku suka terbang.

aku suka kfc.

aku suka pasir pantai.

aku suka pantai.

aku suka zirafah.

aku suka kuda pendek.

aku suka jungle trekking.

aku suka upin-ipin.

aku suka kerusi urut.

aku suka menjerit.

aku suka baju ni.

aku suka aidid. aku sayang dia.

aku suka makan kek.