Wednesday, December 8, 2010

Rapunzel: Tangled tale preview



sape dah tengok cite terbaru Disney angkat tangan???? aku! aku! memng cerita2 disney xpernah kecewakan aku dari dulu... aku memng suka sgt tengok n baca kisah2 fairy tale. sbb dulu masa kecik, arwah abah selalu cerita kat kami adik beradik kisah2 dongeng ni. dan kadang2 aku selalu mimpi aku la puteri cantik yang menanti putera macho sambil menunggang kuda putih datang menyelamatkan dari ahli sihir kejam. dari cerita Cinderella, Snow White, Beauty and the Beast sampai la cerita Rapunzel, semua pun aku suka tengok...


smlm, aku ajak Mr. S tengok wayang. tengok 3D lagi. tu yang lagi best kot sbb tgk 3D. nampak real sanggat... cerita rapunzel: tangled tale ni ada kelainan sikit dengan cite2 dongeng sebenar yang mana sang puteri menanti sang putera datang menyelamat.

kisah ini bermula dengan.......
Seorang tua jahat bernama Gothel yang menyaksikan sinaran matahari yang menyentuh tanah dan terciplanya bunga ajaib yang mampu jadikan dia kekal muda dan mampu menyembuhkan penyakit kalau dia nyanyi lagu untuk bunga tu. Berabad-abad kemudian, ratu sebuah kerajaan berhampiran jatuh sakit masa dia mengandung. maka, seluruh hulubalang2 istana diarah untuk mencari bunga ajaib yang dah disembunyikan oleh orang tua jahat tu. Bunga tu telah menyembuhkan ratu dan lahirlah Rapunzel, yang juga mewarisi sihir bunga melalui rambut panjang emasnya. Suatu malam, orang tua jahat menculik dan mengasingkan Rapunzel di menara dan menjaganya seperti anaknya sendiri konon.


orang tua jahat Gothel 

tapi setiap tahun pada hari jadi Rapunzel, kerajaan mak ayah Rapunzel melepaskan tanglung mengambangkan kerinduan mereka kepada puteri yang hilang dengan harapan dia dapat kembali bersama. lapan belas tahun kemudian, Rapunzel cakap kat orang tua jahat yang dia nak tengok tanglung2 yang muncul hanya pada hari ulang tahunnya, tapi orang tua jahat tu tak bagi dengan takut2kan Rapunzel yang dunia luar adalah tempat yang berbahaya. Sementara itu, pencuri Flynn Rider yang melarikan diri dari ditangkap pihak istana bersembunyi di menara Rapunzel dan ditawan oleh Rapunzel dan haiwan kesayangan, Pascal. Rapunzel tawar-menawar dengan Flynn kalau Flynn temankan dia ke acara tanglung, dia akan kembalikan tiara yang dicuri dari istana.


sape sangka, periuk adalah senjata paling terbaeekkk....



pascal, si sumpah2


Flynn setuju dan Rapunzel yang baru pertama kali tengok dunia luar sangat teruja. Kemudian, orang tua jahat balik ke menara untuk mencari Rapunzel yang dah pergi, dan dia jugak terjumpa tiara yang tersembunyi di dalam beg di bawah tangga.

Rapunzel dan Flynn tiba di Duckling Snuggly, sebuah pub yang penuh dengan penjahat. penjahat2 ni tau yang Flynn adalah pencuri yang dikehendaki oleh pihak istana. tapi Rapunzel menghadap orang-orang tu yang menyatakan bahawa dia perlukan Flynn untuk merialisasikan impiannya melihat tanglung. Para penjahat tu pun memutuskan untuk membantunya sbb mereka pun ada impian. disitu bermula la kejadian kejar menyejar pihak istana, kuda macho Maximus dengan Rapunzel dan Flynn. dalam episod kejar mengejar, mereka terperangkap dalam gua yang tertutup. Rapunzel pun menggunakan rambut magic dia untuk terangi gua yang gelap tu dan berjaya keluar dari gua.


maximus, si penjejak

Malam itu, Rapunzel menyembuhkan tangan Flynn, yang terluka dalam pelarian mereka,dengan rambutnya dan bagitau Flynn kalau rambutnya dipotong, ia kehilangan magic dan berubah warna menjadi coklat. masa Flynn pergi mengumpulkan kayu bakar, orng tua jahat tu muncul dan memohon dengan Rapunzel untuk kembali ke menara, tapi Rapunzel menolak sbb dia dah mula suka kat Flynn tapi orang tua jahat tu memberikan Rapunzel tiara di dalam beg dan cakap yang Flynn cuma tertarik pada tiara tu je dan akan tinggalkan Rapunzel lepas dapat tiara tu. esok paginya, maximus si kuda macho datang serang tapi dapat di manjakan oleh Rapunzel.


Maximus yang macho...





Malam itu, Flynn dan Rapunzel pergi ke tengah tasik yang berdekatan untuk melihat taglung. Rapunzel bagi Flynn tiara tu sbb dia dah percayakan Flynn tu. sedang mereka romantik2, Flynn melihat si penjahat yang juga konco2nya dulu di pantai dan bagitau Rapunzel yang dia akan segera kembali. Flynn meminta maaf kepada konco2nya dan kembalikan tiara yang dilarikan, tapi konco2nya tu nakkan Rapunzel sebagai gantinya. Beberapa saat kemudian, si konco2 tu cakap kat Rapunzel yang Flynn dah tinggalkan dia dengan tiara tu, tapi sebenarnya Flynn telah terikat di perahu dalam keadaan pengsan. kemudian orang tua jahat yang juga berpakat dengan konco2 Flynn tu mengkhianati mereka dan pura2 macam dia menyelamatkan Rapunzel.

kemudian.......
enoughla kan... hihihi.... saje je wat korang tertanya apa ending cerita ni. nak tau, g la mana2 panggung wayang. pasti xmenyesal. :)
watak yang aku paling suka ialah Rapunzel sbb dia cantik dan bermata bulat dan jugak Maximus si kuda macho tu. si kuda yang perkasa, pandai main pedang, patuh pada arahan tuannya, tegas dan a good tracker.


ps: fyi, ada jugak nama penyakit sempena nama Rapunzel ni. Rapunzel syndrome, iaitu sindrom makan rambut sendiri.. huhuhu... sape2 nak jadi Rapunzel, bleh la makan rambut anda. :P

No comments: