Sunday, December 19, 2010

....

Operasi mengemas rumah dimulakan sejak aku jejakkan kaki ke rumah mama yang permai dan damai. Tiada tempat lebih selesa dari rumah sendiri. Dan tiada yang lebih bahagia dari tidur berkepit dengan mama. Oohhhh.... bahagia.... That why la adanya istilah RUMAHKU SYURGAKU. Baiti jannati.
Dengan operasi pembersihan dan menyusun semula, banyak la album2 lama yang aku belek satu2. Sbb tu kemas bilik lama sangat. Dok berangan je yang banyak tu. Huhuhuuhu.... dalam banyak2 gambar yang aku suka tengok adalah gambar arwah abah.
Dah 12 tahun arwah abah tinggalkan kami sekeluarga. Dah 12 tahun jugak la aku bermanja2 lebih sikit dengan mama. Mama je la tempat aku mengadu sakit pening. Tempat aku bermanja dan semuanya....
Aku ingat lagi, dulu masa aku kecik2 aku memng manja dengan abah. Tiap2 petang abah balik kerja mesti abah belikan mee goreng atau pisang goreng. Masatu aku, mama n ling (kucing) mesti akan sambut abah balik kerja. Aku n ling sambut abah sbb tau abah beli makanan. Hihihi...
Operasi diteruskan dengan mengemas almari baju. Dan mula bertanya kepada diri sendiri. Kenapa baju2 aku ni semakin mengecil. Huhuhu... apakah... makin meningkat usia kenapa berat badan pun semakin menaik??? Oh tidak....
Dulu masa sekolah rendah bukan main melidi lagi aku. Dah naik sekolah menengah, badan dah naik sikit demi sikit. Masuk diploma, berat maintain lagi. Dan naik degree, setiap tahun berat naik 1kg. Wahhhh.... xsuka.. mcmana nak dapat berat badan macam dulu lagi... adoyai......

1 comment:

Myee said...

hahahh
mmg pn..pic smlm pipi bulat ;p