Monday, December 13, 2010

aku bekas pelajar uitm dungun

dengan keputusan yang dah keluar hari jumaat lepas, maka aku telahpun selesai menghabiskan degree ku. Walaupun keputusan xmcm sem 1 dulu. Tapi aku bersyukur sgt2. Tahniah kepada diri sendiri. Dan terima kasih kepada semua yang membantu aku mengharungi hari2 sukar ku selama ni.

Ok... aku amik degree in business computing. Dalam bahasa melayunya, ijazah sarjana muda (kepujian) perkomputeran perniagaan. Aku dapat offer letter dari UiTM seminggu sebelum tarikh daftar masuk UiTM. Masa tu, aku mohon degree in civil eng. Tapi disebabkan GPA aku yang xbest kot (padahal kawan2 yang GPA lebih rendah dari aku dapt je offer civil eng.) mungkin xde rezeki.

Aku kena buat keputusan dengan cepat sbb banyk lagi benda nak diuruskan untuk smbung belajar. Nak wat xray la. Nak benti keje la. Last2 aku wat keputusan terima offer tu. Aku hantar notis 24hours benti keje. Balik kampong n packing barang2 masuk UiTM.

UiTM Dungun.

UiTM Dungun ni betul2 tepi pantai. Memng best. Tapi harap maklum, ada satu peraturan yang telah ditetapkan iaitu student2 UiTM Dungun tak dibenarkan mandi pantai. Sbbnya banyak kes student UiTM Dungun yang mati lemas. Oleh itu, pentadbiran melarang student dia mandi pantai. Pantai kat Terengganu ni xsama dengan pantai Port Dickson tau. Pantai dia xlandai mcm kat PD. Memng bahaya.

UiTM Dungun masa aku mula2 masuk 3tahun lepas dgn sekarang banyak yang dah berubah. Dari segi kemudahan, pentadbiran... semuanyala. Alhamdulillah. Dulu aku duduk kat kolej perhentian. Kolej ni betul2 tepi pantai. Boleh nampak ombak memecah pantai. dan bila mlm2 tu, boleh dengan bunyi ombak. Best sangat. Kolej2 kat UiTM Dungun ni terbahagi kepada 2 kawasan iaitu pantai dan tasik. Mcm kolej aku, kolej duyung n karah adalah kolej kawasan pantai. Sbb bersebelahan pantai. Kolej2 gemia dan redang pulak dikawasan tasik sbb dekat dengan tasik. See...... memng muka bumi kat UiTM Dungun ini best sangt. Semua ada. Tasik, pantai, bukit, hutan... semua ada...

Dungun

Bandar Dungun pun banyak perubahan sejak 4tahun lalu. Aku memng study kat Dungun 3tahun. Tapi setahun sblumnya aku keje kat Paka, Dungun. So dah 4tahun la aku kat Dungun. Apa yang best kat Dungun??? Sepanjang tepi pantai Dungun ada kedai2 kecik yang jual sotong goreng tepung. Duduk Dungun baru pandai makan sotong. Hahahaha.... dulu Dungun xde McD tapi skng dah ada. Hahaha... tu je la modal aku kan dari aritu. :P

Lagi yang paling femes amous kat Dungun adalah kedai POK ENG TIN. Sebut je nama tu semua orang tau. Hahaha.... kedai tempat student UiTM beli barang2 keperluan seperti Nescafe 3 in 1, jajan2, sabun, telur, buah2an dan selipar jepun pun ada kat tingkat atas. Kalau nak beli alat tulis pulak kedai kat sebelahnya iaitu Pustaka Seri Intan (PSI).

Hiburan

Hiburan kat Dungun xbanyak. Tapi student UiTM selalu pergi karaoke kat hujung deretan kedai kat bandar Dungun. Tapi AWAS.... polis selalu wat serbuan kat situ. Hehehe... tu je pusat hiburan kat Dungun. So, polis pun xtau nak serbu mana lagi kot. Hahaha....

Kalau ada transport sendiri, boleh la pergi MESRA MALL kat kerteh nu. Kat situ pulak ada pusat bowling, games, panggung wayang n gelanggang futsal. Tapi agak jauh dari UiTM. Dulu kalau tensyen2 selalu sewa kereta pergi sana nak makan secret recipe, big apple, pizza la.

Sewa kereta???

Rate sewa kereta aku xingat sangat. Tapi boleh la pergi kat kedai dia sendiri kat Tanjung. Kalau dari pintu utama UiTM tu, masuk kiri. Pas tu ada bulatan amik terus, jgn masuk UiTM lagi. Nanti pening kluar masuk kluar masuk xjumpa2 kedai sewa kereta. Hahahaha.... ok. Dah terus tu, sblah kanan ada taman tasik. Terus skit lagi ada nampak deret2 rumah n kedai. Ada nampak kedai burger n kedai makan, masuk simpang tu n terus je sampai deretan rumah yang terakhir. Korang akan nampak kereta yang banyak. Kat citu la kedai sewa kete.

Makanan

Antara kedai makan yang glemer dikalangan student UiTM adalah kedai makan abg murah. Hahahaha... suka2 ti kau je nak bagi nama kan. Aku xingt sangt nama kedainya. Tapi kedai tu memng murah. Tapi ramai lelaki la. Sbb murah n banyakkan. Lelaki kan suka makan banyak (^_^). Lagi yang best adalah nasi kukus. Ni pun aku kenal masa duduk Dungun. Tapi still xmasuk dengan selera Johor aku. Ada jugak KEDAI SELERA SELATAN. Tapi aku xpernah rasa plak masakan kat kedai tu. Almaklum la, aku xsuka sangt makan kat kedai ni. Rela masak mee hoon sup hari2 dari makan kat kedai. Tah la. Xtau nape.

Masa awal2 masuk dulu. Masa xde transport, kami suka makan kat kafe kreatif. Kafe ni ada dekat hotel UiTM Dungun. Ada laluan masuk kesana melalui pagar kecik dekat dengan dewan aspirasi. Kat situ makanan dia sedap2 jugak la. Tapi kena datang awal. Kalo x, lauk dah abis.

Lagi satu tempat baru yang kami suka makan adalah dekat taman tasik. Kedai ni kat belakang skit. So dari tepi jalan xnampak kedai ni. Dekat je dengan UiTM. Kluar pintu pagar belakang UiTM yang dekat bulatan tu pastu nampak taman tasik tu. Kedai tu menghadap tasik tu. Kalau nak murah, tengok sape yang jaga kaunter. Kalau si anak yang jaga, confirm murah. Hahahaha :P

Pasar Malam.

Pasar malam kat UiTM Dungun ada kat depan dewan aspirasi setiap petang ahad. Kat Bandar Dungun setiap petang khamis dan kat simpang taman melati setiap petang isnin. Pasar malam bandar Dungun tu ada dekat dengan pejabat pos Dungun. Simpang taman melati pulak dekat dengan traffic light yang ada tulis taman melati. Hahahaha. :P

Transportation

Ni isu sensitive kot. Hahaha... masa first2 smpai Dungun, aku pun patah kaki. Nak pergi mana2 susah sbb xde transportation. Pada yang duduk kolej, memng la susah sbb xbleh bawak kenderaan. Lagi2 kalau balik kampong tu, naik bus malam. Smpai Dungun jam 3, 4 pagi. Nak masuk kolej macam mana??? Dulu aku pun takut2. Lagi2 perempuan kan. So elakkan pergi mana2 sengsorng. Kalau balik kampong tu, pakat2 la. Balik sama2. Safety skit. Sbb kalau sampai Dungun awal2 pagi, naik prebet sapu sorang2 sape xtakut kan. So, hati2 la.

Kalau hari dah menghala ke subuh tu, adalah bus kuning yang tulis bus sekolah. Korang boleh la naik. Kalau nak kluar bandar pun, selalunya student naik bus tu. Tapi ada politik jugak nak naik bus tu. Kalau call suh datang amik, naik bus tu, balik nanti kene naik bus tu jugak. Kalau x, lain kali dia xmau amik dah. Hahaha... politik.... dari semester 1 smpai dah abis belajar ni, itulah masalah yang aku selalu hadapi setiap kali nak balik kampong. Sape yang yang antar ke bus stand. Sape yang nak amik bile dah sampai Dungun??? Huhuhu.... dulu aku selalu naik Pok Long. Pak cik ni prebet sapu jugak la. Kenal dari kawan kami. Rumah dia dekat je dengan rumah kami. N dia memng banyak tolong dulu. Kalau nak kemana2 call je dia. Dia boleh hantar. Tapi hujung semester haritu, aku call dia banyak kali. Nak p UiTM, nak suh antar p bus stand, semua dia xnak antar. Maklum la, hujung2 sem. Kawan2 semua dah balik kampong. Motor pun dah pulangkan. Tu yang susah. Ingatkan dia sakit ke apa ke. Rupa2nya katanya dia merajuk. Sbb kene saman dengan si bus kuning tu. Sbb amik budak UiTM pergi balik kelas... tah pape tah...

Huhuhu.... banyak plak entry aku kali ni. Apapun, untuk student UiTM Dungun yang bakal mendaftarkan diri, all the best. Belajar bebetul k. Selamat duduk di DUNGUN. Hihihi :P

19 comments:

Myee said...

beria story psl dungun..
rindu eh?

نورازريناابوحيري said...

hahaha... rindu kat orng2 nye je. hahaha...

n i k l i s a said...

waaa. macam macam an...

saya_arief said...

rindu dungun sangat2.
:D

Qila said...

nk tny..dri uitm nk blek kl paling dekat bus station dia katne?

نورازريناابوحيري said...

Kalo dari dungun, amik bas dari station bus kat Pasar Dungun. Turun kat Hentian Putra. Kalo dari KL plak, selalu turun kat trafic light simpang ke UITM je.

ahmad fares said...

Salam...menarik jugak baca entri ni. Menggalahkan mak nenet. :)

Ewan Wan said...

thanks kak atas information yg diberikan. lg beberepa hari saje lg sy akn daftar disana..

Anonymous said...

dlm ijazah sarjana muda (kepujian) perkomputeran perniagaan ni , ada subjek apa ye?

نورازريناابوحيري said...

ada management, account, operation, dan ada jugak subject it mcm c++, database dan banyak lg la..

Anonymous said...

salam..sya dpt tawaran uitm utk kos business computing nih...masa semester pertama mmg dpt kolej atau kena cari rumah sewa..n satu lg boleh x cerita cikit apa yang kita study utk kos business computing nih?? susah x? tima kasih..^^

ameer said...

nk tanya... budak2 yang dok kolej x bole bwk kenderaan? biar betul ni... ape pun uitm dungun mmg best... POK EIK TING lg terbaik.. dr kedai kayu jd kedai batu...

Anonymous said...

Salam. Boleh cerita sikit pasal course business computing ni ? Sekarang saya ngah ambik cs110, nanti degree tak tau nak ambik apa.

Hey Hxnim said...

Salam. Kalau business computing memang akan ke uitm dungun ke? Atau ada sebahagian di Uitm shah alam?

Anonymous said...

Salam. Bilik dekat kampus uitm dungun mcm mana eh?? Brape org satu bilik??

dayah miesz lolyta said...

Salam , hye , kite nk tnye , kite dari dip terus pegi degree which is kite terus masuk sem 3 , kite nk tnye pasal tempat , dy sediakan atau kene cari sendiri , risau tempat nk tinggal ni , hope dpt tolong thanxxx

dayah miesz lolyta said...

Kite nak tnye pasal tempat tinggal , kite terus masuk sem 3 , kolej dicsediakan ke kene cari rumah sendiri , n kalau cari rumah kat mane ye

نورازريناابوحيري said...

Haritu org pun dr diploma. Dalam offer letter xde tulis kolej. Tp masa daftar tu tanya je. Confirm dapat. Sbb tak tanya pun dapat... hehehe

Anonymous said...

Rindu plak ms zaman study uitm dungun ni..