Thursday, November 4, 2010

Mona fendi

korang masih ingat pasal kisah mona fendi? pembunuhan ngeri seorang datuk (Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang) tahun 1993 lalu. masa tu korang umur berapa tahun? aku masa tu masih kecik lagi. darjah dua. masih kecik, hitam, kurus dan berhingus. tapi aku tau skit-skit pasal mona fendi ni. baru2 ni, ada kawan kat fb yang share video mona fendi ni. rupanye dia ni penyanyi la. hahaha... aku pun baru tau. dia pernah masuk muzik2 untuk pertandingkan lagu 'ratapan anak'
akibat dari video tu, aku rasa sangat2 nak tau rentetan kes ni. hampir seminggu aku dok google baca forum dan artikel pasal kes dia ni. aku xada sebarang komen pasal kes ni dan aku harap, jangan la ada yang menghina dan memburuk2kan dia dan keluarganya lagi. rasa sedih sangat bila baca luahan perasaan anak2 dia yang dihina dan dicaci oleh masyarakat.
nota kaki: cerita 'dukun', lakonan Umie aida pun xjadi ditayangkan untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak. konon cerita ini diadaptasi dari kes mona fendi.

No comments: