Wednesday, February 24, 2010

cita-cita

mari kita cite tentang cita2, impian dan harapan. aku gerenti, korang mesti ada cite2 kan. apa cite2 korang setakat ni?
erm.. aku ni agak xtetap pendirian sikit bab cita2 ni. hahaha. mana tak nye, tiap2 taun bertukar2 minat aku.
  1. dulu masa kecik2, aku bercite2 nak jadi doktor. well, aku rasa hampir semua orng pun ada cite2 ni masa kecik dulu rite. sbb ape ek? mungkin dulu masa kecik2 selalu g jumpa doktor kot. huhuhu... tapi bile dah beso ni, takut plak nk jumpa doktor. normal la kan. ngee...
  2. bile dah beso sikit, mula la nk glemer. cita2 plak nak jadi peramugari. hahaha... well, xsedo diri yng awak tu pendek. cita2 yng ni paling xbleh bla.
  3. bile dah masuk skolah menengah, kat high school dulu, aku pasang cite2 nak jadi ahli sejarah plak. nak cari gali artifak2 n barang2 purbakala. well, memng aku minat sejarah pun. smpai la skng pun aku masih minat sejarah gak. kalo tgk barang2 lama aka antik2 gitu, mesti aku termenung lama. mcm2 yng aku pikir n belek. tapi aku xteruskan cita2 ni sbb aku xtau mcmaner aku nak merealisasikan cita2 aku ni
  4. masuk plak sek teknik. walaupun masa tu aku amik civil eng, tapi aku bercita2 nak wat saloon. nak potong2 rambut orng. hahaha... tak tau la ini memng cita2 ke apa tah. konon2 aku nak wat business ar. tapi bile tanye aku apa2 pasal penjagaan rambut, zero
  5. then, aku masuk politeknik plak. masa ni aku join Askar Wataniah. nanti bile ada masa, aku cite pasal kerjaya sbagai askar wataniah k. memng best join AW. aku join ni sbb aku memng minat nak jadi pasukan keselamatan. sbb aku ni jenis suka lasak. suka pada benda2 yng extreme. dan mungkin jugak disebabkan nama aku yng bermaksud "srikandi" maka aku suka and minat pada benda2 yng ala2 perang ni. masa ni, aku pk bile dah grad, aku nak mohon lagi askar tetap. bleh jadi pegawai. kurang2 pun satu paku la. aku penah nak pegi interview jadi pegawai tentera tapi atas beberapa faktor, terpaksa dibatalkan. smpai la sekarang ni aku masih minat nak jadi tentera. nak melindungi negara. I LOVE MALAYSIA. sakng ni aku dah pun pencen dari jadi anggota Askar Wataniah. huhuu... sedey..
  6. bile abis diploma, rupa2nye baru aku tau bukan senang nak keje apa bidang yng kita minat. masa tu aku pk, apa2 rezeki yang datang, aku akan sebat. then, dapat la aku keje as proj executive kat company contractor class c. keje aku lebih kepada keje2 opis. aku keje kat ctu hampir setaun la. best jugak keje citu. tapi masa tu, aku betul2 jeles dgn kawan2 yng dapat smbung degree. so, aku pun apply la sambung degree. so, berakhirla kerjaya aku dalam bidang civil eng.
  7. masuk degree, aku amin bac in business computing. kontra abis dgn diploma aku dulu. so, i start with zero. in the 1st year, aku very excited to learn something new. then, bile dah hampi2 abis ni aku rasa agak menyesal sedikit. i love to be engineer. not it engineer but as civil engineer. to be IR. but, it is to late for me. nak patah balik, aku rasa agak membazir masa dan wang. so, sakng ni aku lebih bercita2 nak jadi cikgu. sbb i dont want to sit in front of my computer the whole day and typing stupid word. at least, jadi cikgu, i can see kids and teenager yang berlumba2 n ghairah nak belajar. because i always miss all that.
  8. tapi apa yng pasti, dari dulu smpai skng ni, aku bercita2 nak wat animal shelter. sbb i really love animal. so, kalo aku wat animal shelter, dapat la aku menyumbangkan jasa aku pada binatang2 yng selalu menjadi hinaan dan mangsa manusia2 yng xberhati perut. aku pun cite2 nak wat rumah anak yatim sbb aku pun anak yatim n i know how they feel. but, ini semua kene gunakan dana yng besar. insyaAllah kalo ada rezeki aku akan teruskan impian aku ni. =))

Tuesday, February 23, 2010

mari belajar bahasa jepun

ok.. arini aku nak jadi cikgu bahasa jepun. korang tau kan negara jepun? kalo kite nk p jepun, kene tau basic pasal bahasa jepun ni. sbbnye, orng jepun xpandai atau xmenggunakan english sebagai bahasa pangantaraan.
okay.. mari kite mulakan. mula2 kite baca sama2 perkataan2 ini. seiri seiton seiso seiketsu setsuke. then, ulang lagi seiri seiton seiso seiketsu setsuke dan lagi seiri seiton seiso seiketsu setsuke dan seiri seiton seiso seiketsu setsuke safety....
ops... apa tu??? safety pun bahasa jepun ke? hahaha... tidak. mari aku terangkan apa maskud2 kata2 tersebut...
seiri seiton seiso seiketsu setsuke and safety is 6s yng digunakan dalam housekeeping dalam safety and health. apa plak mana2 disebalik perkataan2 jepun tu?
  1. seiri - organize - maksudnye arrangement kat workplace tu. contohnye kalo kat opis tu, mana nak letak computer, printer, bilik bos n sebagainye.
  2. seiton - neatness - mean, make it function and safe to us. contohnye buat la labelling kat garam and gula utk elakkan tersalah amik
  3. seiso - cleaning - mean, tiap kali kite gune barang tu, kene la kemaskan. contohnye memasak. kene la cuci peralatan n dapur setiap kali lepas gune
  4. seiketsu - standardize - maksudnye kat cni, bile kite dah labellingkan kite mesti la standardkan utk orng lain gak yng gune barng2 tu. so, xde la kekeliruan
  5. setsuke - self dicipline - maknanye, tiap2 orng mestilah ada tanggungjawab utk mengikut rules n regulation yng telah ditetapkan
  6. safety - means no accident, injury or illness.
sekian. maka, tamatlah class bahasa jepun kite. hidup NIPON weatherbond!!!

organization behavior

what is organizational behavior (OB)? OB is the study of what people think, feel and do and bla bla bla...
ok. sebenarnye nak cite yng smlm aku ada quiz ob. dan bile dah siap jawab, mdm pun bagi xtra soalan yng menguji pengetahuan.
senaraikan 25 nama2 rasul. this question cover 2 mark....
then, masing2 mulalah menyanyi lagu nasyid raihan. jom same2 kite nyanyi....

Ashsholaatu Alannabbi
Wassalaamu Alarrosul
Walambiyaail Mursaliin
Kulluhummukromun

Selawat Keatas Nabi
Sejahtera Keatas Rosul
Nabi - Nabi Yang Diutuskan
Mereka Semua Adalah Mulia

Adam
Idris
Nuh
Hud
Sholeh

Ibrahim
Luth
Ismail

Isqak
Yaqub
Yusuf
Ayub

Syuaib
Musa
Harun
Dzulqifli

Daud
Shulaiman
Ilyas
Ilyasa

Yunus
Zakaria
Yahya
Isa

Wal Aakhiru Khotimul Ambiyaa
Muhammad Al Musthofaa
Ashsholaatu Alannabbi
Wassalaamu Alarrosul

Walambiyaail Mursaliin
Kulluhummukromun
Selawat Keatas Nabi
Sejahtera Keatas Rosul

Nabi - Nabi Yang Diutuskan
Mereka Semua Adalah Mulia
Terangkan Hati Kami Yaa Allah
Seperti Hati Rosulmu Ya Allah

Adam
Idris
Nuh
Hud
Sholeh

Ibrahim
Luth
Ismail

Isqak
Yaqub
Yusuf
Ayub

Syuaib
Musa
Harun
Dzulqifli

Daud
Shulaiman
Ilyas
Ilyasa

Yunus
Zakaria
Yahya
Isa

Wal Aakhiru Khotimul Ambiyaa
Muhammad Al Musthofaa
Ashsholaatu Alannabbi
Wassalaamu Alarrosul

Walambiyaail Mursaliin
Kulluhummukromun
Selawat Keatas Nabi
Sejahtera Keatas Rosul

Nabi - Nabi Yang Diutuskan
Mereka Semua Adalah Mulia
Terangkan Hati Kami Yaa Allah
Seperti Hati Rosulmu Ya Allah

Terangkan Hati Kami Yaa Allah
Seperti Hati Rosulmu Ya Allah

Adam
Idris
Nuh
Hud
Sholeh

Ibrahim
Luth
Ismail

Isqak
Yaqub
Yusuf
Ayub

Syuaib
Musa
Harun
Dzulqifli

Daud
Shulaiman
Ilyas
Ilyasa

Yunus
Zakaria
Yahya
Isa

Wal Aakhiru Khotimul Ambiyaa
Muhammad Al Musthofaa

Sunday, February 21, 2010

tq JPA

korang ingt x mcmaner menggilenye aku bile duit jpa lom masuk2 lagi seminggu sblum raya cine. huhuuhu... sungguh malu bile teringat. okay. kite lupakan okay. sbb JPA dah pun berbakti pada aku. terima kasih JPA. sem depan bagi lagi yer...
ok, kebetulannye masa duit jpa masuk, aku pun keluar g dungun. maka, sempatlah aku belikan seseorng tu hadiah yng ikhlas dari ati aku...

utk aidid. buah ati aku.

utk sayang aku.

utk lecturer aku. erkk.... ok ke bagi benda ni kat dia?? ok kot. lagi pun die tgh mengandung anak pertama. (^_^)

utk diri sendiri. (^_^)


dan...


dan...

yng xdisangka2, aku pun dapat adiah dari die. (^_^) sangt gembire. tq sayang.. u manis macam gule (^_^)

i'm back

ok... cuti sudah tamat. STOP!! no more main2 n no more cats... kenape tetibe cats plak ni? apa kene mengena cats dgn cuti???

well.... i'm proudly present.....

>

>

TARA.....






okay... jgn pura2 kata die xcomel. baik mengaku saja ok. ini oren. baru je mama adopt die dari cat shelter. hahaha... kidding. mama amik dari umah busu je. masa die baru lahir, memng aku dah tempah awal2 kat busu nak die ni. sbb die OREN dan jantan. (^_^)

so, bile die dah besar sikit n pandai minum sendiri, aku pun amik la. sepenjang cuti asyik main dgn dia. smpai lupa nak buat assignment. oh tidak... salahkan oren je madame. (^_^!) ini semua angkaranye. Oren, ko jgn marah kak in sbb kak in ckp ko yng punye angkara. t kak in xnak belikan susu okay. (sungguh keji mengugut kucing kecil yng tak berdosa ini. huhu)

malu sungguh memnggil diri sendiri 'kak in' kat kucing yng xsunat ni. huh.. mungkin sbb aku xde adik maka aku panggil diri sendiri akak.(^_^!!)

ok, berbalik cite pasal Oren. si Oren ni umur dalam 3bulan rasanya. sbb dia lahir masa aku tgh cuti praktikal aritu. anggaran kasar je tu. sbb dia terlalu kecil dan masih belum putus susu ibu, aku dgn rajinnye antar dia g umah busu tiap2 petang utk bagi can dia menyusu kat mama dia. kesian sgt tgk die. tapi kalo dia dah kenyang, dia xingt pun mama dia. apa punye kucing da....
mule2 aku nak gak wat contest utk bagi nama kucing baru aku ni. memandangkan aku xpenah wat contest. tapi, idea nak wat contest tu tetibe tepaksa dibatalkan sbb aku dah pun bagi dia nama. aparah aku ni kan... (^_^!) xpe2. x ada idea, aku wat contest utk korng k. tanda menghargai aku selama ini. (^_^)



Friday, February 12, 2010

Tuesday, February 9, 2010

pizza hut

mlm tadi, kol 8.30mlm, kami ada class ganti utk subject operation mgt. lecturer yng bertanggungjawab adalah mdm nik noor afizah azlan.

komen ikhlas dari hati yng jujur dari diri aku. aku memng suka kat lec ni. sbb apa pun yng kuar dari mulut dia, memng aku paham sebutir2. insyaAllah. walaupun intonasi yng dia gune masa dlm kelas adlah terlalu tinggi. tapi dia mmng best.
kelas OSHA pun aku amik dgn dia jugak. so dalam 5hari kuliah, aku akan jumpa dia selama 3 hari. tapi mcm clas OPEM jugak. class osha memng best. cara dia mengajar, lebih kepada discussion. and cara dia communicate bagi aura kepada student utk participate in class. serius. aku memng suka cara dia mengajar.
tapi bab menanda test or exam, menurut gosip2 liar, dia ni mmng straight skit. well, pada pendapat peribadi aku la, memng la dia patut wat mcmtu. sbb xde la uitm kluarkan graduan yng 1st class tapi sbb markah kesian dari lecturer. opss.... stop. bukan ini yng aku nak cerita.
kelas malam kami bermula jam 8.40 tak silap. dan berakhir jam 9.30 mlm. huhuhu... sungguh express. yang bestnye, dia datang mlm tadi bukan dgn tangan kosong. tapi dgn sedikit juadah utk sntapan kami.


2 keping pizza yng nampak sedap. walaupun telah dipotong kecil2. sbb nak semua orng dapat merasa.

ini wan, classmate aka senior kitorng

kak asiah dan ayu. juga classmate n merangkap senior

emieza. dah banyak kali tunjuk gmbar dia ni.

so, saya sangt berterima kasih pada mdm sbb belanja kami. makin cinta dan sayng pada mdm la. (^_^) n mdm pesan sblum kluar tadi, kalo nak dia belanja lagi, pastikan test nanti result dapat at least gred b. huhuhu
oh mdm, i will start study tonite. (^_^!)

bila cinta didusta...

bila cinta didusta...
hati mula gelisah...
hilang kekasih hati...
lalalalalal....

ops... betul ke aku nyanyi ni? lantak la ctu. suka ati aku la nak nyanyi mcmaner. lalalala
adakah cinta aku telah didusta??? oh tidak. aku tak berdusta dan aku pasti dia juga xberdusta pada aku. abis siapa????
buat keberapa kali aku nak cakp pasal benda ni. tapi benda ni memng memberikan tekanan pada aku. membuatkan aku xtentu arah n berfikir mcm2 perkara yng bakal aku lakukan kalo perkara ini berterusan. masuk ni, dah 3kali kami call utk mengadu hal ni. dan ini antara perbualan aku:

1st conversation:
member aku yng call orng tu. dan inilah intipati yng dapat aku simpulkan.
pihak yng bertanggung jawab: awak tunggu lagi seminggu ye.

2nd conversation:
hari selasa jam 4ptg. setelah berusaha mendapatkan contact no person in-charge (suzi) dan berusaha berkali2 dail no tersebut...

aku : hello, (kalo bagi salam takut yng angkat tu non-muslim) boleh bercakap dgn suzi?
orng yng angkat phone: suzi xde la. dia jumpa bos. ada apa ye?
aku : saya nak tanya pasal status pembayaran biasiswa saya utk semester ni
orng yng angkat phone: nagi no ic
aku :**************
orng yng angkat phone: ooo... cik nur azreena abu hairi ye? boleh x tunggu sampai hari selasa. kalo duit xmasuk lagi, awk call suzi.
aku : (wah... tambah lagi seminggu ke????) selasa??? ooo... ada apa2 masalah ke tentang biasiawa saya?
orng yng angkat phone: masalah teknikal ni. xpe2. awk tunggu selasa dpn ye.
aku : ooo. ok. pasal yuran pengajian plak mcmaner ek? sbb status bayaran yuran saya adalah y2. potong duit jpa. ari khamis ni last bayar.
orng yng angkat phone: awk bayar la pakai duit awk. (dgn nada tinggi)
aku : ok. bye.

hangin satu badan gak la. xbleh ke cakap baik2? orng tanye sbb orng tak tau nak wat apa. orng nak mintak advice awk. kang kite bayar pakai duit kite, awak potong plak duit jpa kite. konon2 bayar duit yuran kite. kite tanye bendahari uitm, dia plak kata terus potong duit jpa. so, mana satu kite nak ikut? orng sana ckp cmni, orng cni ckp cmtu. kite tanye elok2, yng awk nak tengking2 kite tu kenapa??????

3rd conversation:
setelah menunggu selasa yng berikutnye (arini la tu). lepas je quiz dgn ez, terus p atm. cek duit. balance masih lagi rm 3. terus amik telepon dalam beg

aku : hello, bleh bercakap dgn suzy?
suzy: ye saya
aku : cik suzy, saya nak tanya pasal biasiswa saya. kenapa ye xdapat2 lagi smpai skng
suzy: no ic plz
aku : **********
suzy: awk cek balik besok boleh?
aku : besok plak? apa masalah ye sebenarnye cik?
suzy: ok, status awk adalah 1a. maknanya data xcomplete
aku : xcomplete? data apa? maklumat yng saya bagi xcukup ke? ada apa2 yng saya bleh buat ke? (takut la kalo masa aku isi borang, tertinggal attachment) ~ agak pelik disini sbb aku dah terima bayaran jpa sebelum2 ni utk sem 3 dan 4. tapi kenapa sem 5 ni ada prob plak???
suzy: xla. awk cuba check balik esok ye.
aku : ok. terima kasih ye

dgn hampanya, aku masuk class semula. n mood aku harini terus tertukar mendung.

Monday, February 8, 2010

stress....

mungkin ke faktor umur yng semakin meningkat ni bleh mmbuatkan kite jd semakin stress??
makin menuju hari2 tua ni, aku jd semakin tertekan. tgk kawan2 semua dah bekerja, berkereta, rumah besar, ada laki, sorng2 kawan aku dah dpt anak. siap dh dpt ank yng ke3 lagi. aku??? ermmm...
  • kerja - makan n tido je. bile nak wat part time, takut nak kuar umah malam2
  • kereta - dalam petville je la bleh berangan beli kete beso2 (^_^!)
  • umah besar - menumpang umah orng je yng mampu. tu pun duduk kat bilik paling kecik sekali aka setor (^_^!)
  • laki - erm... status relationship is in relationship. beria2 aku menghitung ari bile nak kawen. adakah aku begitu desperate???
  • anak2 - ohhh... yng ni aku boleh berbangga kerana aku juga ada ank. tapi sekadar anak buah, anak tekak dan anak rambut. huhuhuhu (^_^!)
bile melihat pencapaian aku dalam umur 25 tahun (lagi 2bulan ni), aku rasa sgt stress... adakah aku adalah wanita yng sangt kasihan???

ini adalah faktor2 kenapa aku stress pada hari ini:
  • kesemua faktor2 diatas
  • asgment yng banyak beserta quiz
  • project2 yng akan dijalankan pada semester ini
  • rindu pada kampung halaman
  • duit jpa yng xmasuk2 walaupun dah 2 kali telepon jpa. (^_^!!)
  • bf yang jauh disana n tadi telepon mcm bz je. padahal kite sangt excited nak cite kat dia pasal proposal yng antar kat mama aritu dah approve
  • bill tel mama dah kene bar sbb aku xbayar2 lagi
  • bill tel aku n broadband yng dah tertangguh selama sebulan. nasib baik pakai executive plan, kalo x mesti dah kene bar jugak
  • sewa umah dah 3bulan bertangguh. belum bayar sbb ingt nak bayar time duit jpa masuk. tapi xmasuk2 lagi. wahai jpa, taukah anda bahawa saya sangt memerlukan dana anda sekarang. huhuhuhu
  • dan beberapa faktor lain yng tidak dapat dinyatakan disini (P&C la gitu konon2nye)
so, apabile kite mule tension n stress, kite akan bertindak luar fikiran dgn cara yng dinyatakan dibawah ini:
  • bermain kucing yng datang meminta makan di pintu rumah

  • mengejar lembu yng berkeliaran disini (pemandangan normal di terengganu)

  • mencuba resepi baru (nasi impit goreng - resepi akan disertakan kemudian)

  • mencari dark coklat di 7e atau patronas terdekat. dan terus makan dgn slumbernye

  • membeli aiskrim coklat dan menikmatinye seorng diri didalam bilik yang berkunci.. sangt kedekut... (^_^!)

tapi.... itu hanyalah ilusi ku sahaja kerana
  • kucing kuning tadi dah xdatang2 jenguk aku lagi. mungkinkah dia sudah merajuk dengan ku???
  • lembu itu jugak sudah tidak datang bertandang. mungkin sbb aritu aku amik gambar dia tanpa kebenaran
  • tiada lagi resepi baru yng boleh dicube. semuanya sudah dicuba sebelum ini. nampak sgt aku ni selalu stress
  • no more coklat sbb minggu ni aku dah makn coklat banyak sgt. takut plak kandungan gula dlm darah naik.
  • juga ni more aiskrim coklat yng sedap itu kerana aku sedang dalam penjimatan. kerana duit jpa yng masih belum masuk2 lagi. adoila....
so, ada sesiapa yng sanggup menyumbang utk aku??? hahahaha....

Sunday, February 7, 2010

bergumbira

ari sabtu yng baru berlalu ni, kami budak2 fakulti sains komputer n math, uitm dungun telah pun menjalankan xtvt pertama pada semester ini. iaitu: sukaneka bersama bizzcom.
aktiviti ini adalah hasil kerjasama myexara dan nadia beserta ajk2 lain. aku yng tdo umah myexara dan nadia mlm tu, pagi2 lagi dah basah dek kerana tlg dorng isi air dalam belon. ada niat jahat disini kerana mahu membasahkan orng. lalu, diri sendiri yng basah dahulu.
bergerak ke teluk gadung jam 8.00pg dan bersiap sedia n menanti budak2 bizzcom lain yng belum bagun pagi. huhuhu... sile jgn pilih mereka sbgai calon idaman hati. (^_^)
bile dah mula panas, kami pun mulakan xtvt panaskan badan. dah panaas pun kene jemur dgn matahari. huhuhu... sbgai person in charge, aku pun xtau aku suh budak2 ni wat senaman apa tah. huhuhu... main buat je. asalkan aku kire sampai lapan. lalalala
lepas tu, bermula la xtvt sukaneka kami yng sangt la menjimatkan. tema sukaneka kali ini adalah low cost. ini adalah kerana xtvt ini TIDAK ditaja oleh HEP. huhuhu... maka, duit rm5 yng dicollect setiap orng adalah satu2nye budget yang digunakan. huhuhu...
antara xtvt yng dijalankan ialah:
  1. amik getah gune straw
  2. king kong
  3. pas-pas getah gune sudu
  4. isi air gune sudu
  5. buat titian paling panjang gune apa jer yng ada kt badan
  6. lastik botol (sile bangga dgn saye kerana kumpuln sayer jer yng dpt jatuhkn 2 botol. uh uh...)
  7. main meriam air...
kan.... semua alatan permainan diatas adalah bersifat low cost. apapun, kami tetap enjoy. (^_^) dan... dan... seperti biasa, pic akan diupload kemudian (sangt malu disini)

review 'LU PIKIR LAH SENDIRI DE MOVIE'

natasya, nabil, nabil, natasya, nabil, natasya, nabil, natasya, aisyah, nabil, natasya, aisyah, nabil, natasya..... (xde motif aku menaip nama2 itu...)

barisan pelakon "LU PIKIRLAH SENDIRI de MOVIE"

nabil dgn moto yang banyak berjasa
poster "LU PIKIRLAH SENDIRI de MOVIE"

noorafzan: tgk da lu pikirlah sendiri..review pleasee..

tu adalah komen yng ditinggalkan oleh salah sorng blogger yng mai singgah kat blok capuk aku ni. uh uh uh... nak review ke? aku ni bukannye pengkritik filem pun nak bagi review n komen2 ni. hihihi

tapi ini lah serba sedikit tentang movie ni:

sinopsis:

Lu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Puteri Sarah Liyana (Natasya) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussain di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5,Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda...

watak2 dalam filem 'LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE'
nabil:

Memegang watak sebagai Nabil. Seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM dan sering bertukar-tukar kerja. (dari keje kat pasar jual ayam, jd mat despatch, keje bengkel moto pastu keje pasar malam n jd penyanyi fofular...)Ada sahaja punca yang menyebabkan Nabil diberhentikan. Walaupun begitu, Nabil bersih dari gejala sosial, mempunyai cita-cita yang tinggi, berdikari, suka berjenaka tetapi di dalam hati, menyimpan rasa sedih mengenangkan nasib keluarga yang susah. Tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya mengubah nasib keluarga.

mila:
Memegang watak sebagai Aisyah iaitu adik Nabil. Masih bersekolah. Tetapi ingin berhenti sekolah untuk mencari kerja demi membantu abangnya menyara keluarga.

puteri sarah liyana:
Memegang watak sebagai Natasya. Berbeza dengan Nabil dari semua sudut. Kaya, ego dan sombong. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Membenci Nabil yang menegur sikap sombongnya. Sentiasa bergaduh dengan Nabil dan akhirnya benci menjadi rindu. Walaupun begitu, tetap tidak mahu mengakui mencintai Nabil. Dalam diam, Natasya mengubah sikapnya dan berjaya mendapatkan cinta Nabil serta berjaya membina nama sebagai model yang dikenali di Malaysia.

jumpe pakcik hussain (meet uncle hussain):
Memegang watak sebagai Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain. Sentiasa ada dimana Nabil ada. Mereka pada mulanya tidak mengenali di antara satu sama lain. Tetapi, akhirnya bertemu dan membentuk sebuah kumpulan muzik yang berjaya menjuarai sebuah pertandingan realiti televisyen.

komen peribadi aku la kan, cerita ni best. tapi ada sedikit kekurangn pada ending cerita. apapun nabil mampu membuatkan penonton dalam dewan ketawa, dan terdiam (mungkim sbb nak cover nangis. segan dgn kawan2 yng duduk sebelah). kalo korang tanye, mana lagi best dgn cite adnan sem-pit, ohhh... maaf. no komen dari aku sbb aku xtgk cite tu. huhuhu...

part yng paling aku suka dalm cite ni masa nabil cakap yang dia sukakan natasya. serius comel sgt. (^_^)
part paling terharu adalah nabil berusaha utk belikan kasut baru utk adik dia, aisyah
dan part paling sedih is masa nabil kene tinggal dgn natasya kat highway. huhuhu... kalo korng nampak natasya ni tepi jalan, korang langgar lari je. minah ni sgt kijam..
huhu... tu je la komen aku utk cite ni. apa2 pun, korang bleh la visit www.lupikirlahsendiri.com utk tgk2 pasal cite ni.

pic n info kredit to www.lupikirlahsendiri.com

Saturday, February 6, 2010

lagi pasal 'lu pikirlah sendiri'

seperti yng dijanjikan lagi. ini adalah antara pic2 pada malam tayangan 'lu pikir lah sendiri'.

berposing sebelum masuk ke dalam panggung wayang. (^_^)

ni la tiket wayng kami. economic kan. (^_^!)

menunggu tayangan bermula

nampak x, kat atas tu la dorng rolling film tu.

ni emieza

emieza, yuyu, myexara, nadia n aku

bersama pelakon yang datang. upss... maaf. saya tidak tahu nama anda.

errr... ni plak dengan sape tah. wakil produksi film ni kot.

sorng lagi pelakon yng datang bersama pada malm itu. maaf juga ya. saya tidak mengenali anda

selepas tayangan

kami

tangan sape la yng shaking ni.

tgk aku snap, cantik jer

nadia, kenapa dgn awk????

ooohhh... ini bukan salah satu adegan dalam film. cume kami bersama2 menikmatinya selepas tayangan. sedap...

Friday, February 5, 2010

lagi pasal gambang water park

hahaha... seminggu sudah berlalu. baru aku dapt upload pic2 ni. maaf la. walaupun sudah agak ketinggalan zaman, tapi aku tetap upload. sbb aku dah janji nak upload. janji mesti dikotakan. cume maaf sbb terlewat. (^^)

konvoi 3kereta. kat dpn tu kete myexara.

kami ditengah2. naik kancil. (cube tgk muke si driver yng control senyum. adoila... )

dan sikuning dibelakang....

gambar kami serombongan. dari kiri, memey, myexara, anin, nora, nadia, yuyu, shima, nana, aku dan emieza.

berhenti seketika utk breakfast. padahal dalam hati cepat2 nak sampai gambang (punye la xsabar.)

Setibanya di gambang. sangt teruja.

ketua rombongn membeli tiket. (sekepala dewasa rm19.90) maka, bagi yng xberkepala, masuk adalah percuma. wahhh.... takut...

kami dgn tiket yng telah dipakaikan oleh akak2 pekerja disitu. xreti pakai sendiri... (^_^!)

bergambar lagi sementara tunggu pintu masuk dibuka. huhuhu... teruja (^_^)

utk perhatian, air mineral sahaja dibenarkan bawa masuk. huhuhuhu...

pelambung biru yng sangt berat. huh huh.... (^_^!)

tgk muka aku yng happy giler tu. sumpah best...

main lumba kat tikar terbang ni. aku tersangkut masa nk turun. last2 jadi orng terakhir. (^_^!)

semua dah smpai. menunggu ketibaan aku. terasa menjadi orng penting pulak. ngeee....

main lagi sekali sbb xpuas ati dgn kekelahan tadi

akhirnya, dapat no 3.. (^_^) sedikit bangga disitu. aku xsangkut lagi. mean, bukan sbb faktor aku gemuk okay..

pegi ec mall, kuantan selepas berjimba2. muka aku tu muka mengharapkan duit jpa dah masuk....

myexara, saya tau la mamat tu nsem. tapi dia terlalu besar utk awk. tapi dia xterlalu tua utk awk. opsss.... (^_^!)

wah, boleh tahan mamat ni. sampai emieza pun tergoda jugak.

dan, akhirnya. mamat itu berjaya mengusha ketiga2 kawan2 ku. dah2. moh kite balik...

niat asal ke ec mall adalah untk lunch. walaupun agak lewat. muka aku, adalh muka terharu... huh huh huh... sangt malu ketika ini... (^_^!)