Monday, January 25, 2010

aduka taruna

kalo bulan lepas hani tarmizi, mnggemparkan malaysia dgn kata2 kesatnye kepada orang sarawak. walaupun aku bukan orng sarawak, tapi hangin jugak la bile baca. lagi2 hani tu pempuan. xmalu ke wei... ko nak kutuk n maki orng, mcm la ko tu perfect sngt. erm... ok, cite hani tarmizi dah abis. la ni plak kes aduka taruna yng mendatangkan kemarahan orng johor plak. menghina Almarhum sultan johor yng telah mangkat pada 22 januari lalu. erm... kata2 yng ditulis di dalam blognye menjadi kontroversi dan menaikkan rasa marah rakyat johor. lebih2 lagi, katanye tu menghina sultan yng telah mangkat. huh.. kenapa sekarang manusia masing2 nk bergaduh antara satu sama lain? honestly, aku pun terasa sbb die tu sultan aku. aku bangga sbb almarhum adalh sultan yng adil dan berjiwa rakyat. memng kehilangan baginda aku dpt rasakn walaupun aku duduk kt dungun ni. tp aku ttp ank jati johor woi. jaga2 la sikit etika nak berblog. jgn la nak menimbulkan isu sensitive. nak ke peristima 13 mei berulang.

p/s: jaga la hati dan banyakkan selawat buat menyejukkan kemarahan.

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

-- BERNAMA

2 comments:

Nadiene said...

dia memng lantang, tp lantang x bertempat...

tak tawu beza politik dgn kematian...

Qib said...

memalukan.,
tak pikir bnayka kali tuh..
sih33