Friday, December 24, 2010

bercuti di Putrajaya

semenjak abis belajar, kerja dan berhenti kerja kemudian jadi penganggur lagi sekali, kerja aku asyik ulang alik KL-Muar-KL. baru seminggu aku balik kampung lepas benti kerja, aku datang balik ke Putrajaya. tolong akak aku menjaga cik Xara kecik tomei tu. sangat comel dan geram. hari pertama di KL, kluar dgn Mr.S cari handset kat lowyat. hari kedua, keluar dengan teman2 UiTM Dungun di Alamanda. Hari ketiga, main game dan jaga cik Xara comel lotey...
dan hari yang seterusnya, kami berjalan2 disekitar Putrajaya. banyak jugak tempat menarik kat cini. dari taman yang penuh dengan flora fauna ke taman permainan. mula2 kami ke Wetland sbb masa lalu kat jambatan sebelah Wetland tu, nampak burung bertenggek atas lampu dan jambatan. sangat comel dan tertarik maka terus kesana nak tengok bird.

lepas tu pergi main paddle bot dan memanah. sib baik xmahal sangat. bleh la main sekali. kalau x, jangan harap nak main. hahaha. paddle bot tu rm10 per boat. n untuk memanah pulak rm6 for 10 anak panah.. sepupu2 semua xpuas main. siap cakap, esok pergi lagi ek.. ok boleh pergi tapi ko plak yang bayar ok. hahaha.... keji gile pow budak sekolah....

apapun, layan gambar k....



ginilah gaya budak kampung mandi kolam :P

gaya dah ada... tapi hampeh









nenek n cik Xara tengok abg2 mandi kolam... t dah besar cik Xara pun nak join jugak :))


Sunday, December 19, 2010

....

Operasi mengemas rumah dimulakan sejak aku jejakkan kaki ke rumah mama yang permai dan damai. Tiada tempat lebih selesa dari rumah sendiri. Dan tiada yang lebih bahagia dari tidur berkepit dengan mama. Oohhhh.... bahagia.... That why la adanya istilah RUMAHKU SYURGAKU. Baiti jannati.
Dengan operasi pembersihan dan menyusun semula, banyak la album2 lama yang aku belek satu2. Sbb tu kemas bilik lama sangat. Dok berangan je yang banyak tu. Huhuhuuhu.... dalam banyak2 gambar yang aku suka tengok adalah gambar arwah abah.
Dah 12 tahun arwah abah tinggalkan kami sekeluarga. Dah 12 tahun jugak la aku bermanja2 lebih sikit dengan mama. Mama je la tempat aku mengadu sakit pening. Tempat aku bermanja dan semuanya....
Aku ingat lagi, dulu masa aku kecik2 aku memng manja dengan abah. Tiap2 petang abah balik kerja mesti abah belikan mee goreng atau pisang goreng. Masatu aku, mama n ling (kucing) mesti akan sambut abah balik kerja. Aku n ling sambut abah sbb tau abah beli makanan. Hihihi...
Operasi diteruskan dengan mengemas almari baju. Dan mula bertanya kepada diri sendiri. Kenapa baju2 aku ni semakin mengecil. Huhuhu... apakah... makin meningkat usia kenapa berat badan pun semakin menaik??? Oh tidak....
Dulu masa sekolah rendah bukan main melidi lagi aku. Dah naik sekolah menengah, badan dah naik sikit demi sikit. Masuk diploma, berat maintain lagi. Dan naik degree, setiap tahun berat naik 1kg. Wahhhh.... xsuka.. mcmana nak dapat berat badan macam dulu lagi... adoyai......

Monday, December 13, 2010

aku bekas pelajar uitm dungun

dengan keputusan yang dah keluar hari jumaat lepas, maka aku telahpun selesai menghabiskan degree ku. Walaupun keputusan xmcm sem 1 dulu. Tapi aku bersyukur sgt2. Tahniah kepada diri sendiri. Dan terima kasih kepada semua yang membantu aku mengharungi hari2 sukar ku selama ni.

Ok... aku amik degree in business computing. Dalam bahasa melayunya, ijazah sarjana muda (kepujian) perkomputeran perniagaan. Aku dapat offer letter dari UiTM seminggu sebelum tarikh daftar masuk UiTM. Masa tu, aku mohon degree in civil eng. Tapi disebabkan GPA aku yang xbest kot (padahal kawan2 yang GPA lebih rendah dari aku dapt je offer civil eng.) mungkin xde rezeki.

Aku kena buat keputusan dengan cepat sbb banyk lagi benda nak diuruskan untuk smbung belajar. Nak wat xray la. Nak benti keje la. Last2 aku wat keputusan terima offer tu. Aku hantar notis 24hours benti keje. Balik kampong n packing barang2 masuk UiTM.

UiTM Dungun.

UiTM Dungun ni betul2 tepi pantai. Memng best. Tapi harap maklum, ada satu peraturan yang telah ditetapkan iaitu student2 UiTM Dungun tak dibenarkan mandi pantai. Sbbnya banyak kes student UiTM Dungun yang mati lemas. Oleh itu, pentadbiran melarang student dia mandi pantai. Pantai kat Terengganu ni xsama dengan pantai Port Dickson tau. Pantai dia xlandai mcm kat PD. Memng bahaya.

UiTM Dungun masa aku mula2 masuk 3tahun lepas dgn sekarang banyak yang dah berubah. Dari segi kemudahan, pentadbiran... semuanyala. Alhamdulillah. Dulu aku duduk kat kolej perhentian. Kolej ni betul2 tepi pantai. Boleh nampak ombak memecah pantai. dan bila mlm2 tu, boleh dengan bunyi ombak. Best sangat. Kolej2 kat UiTM Dungun ni terbahagi kepada 2 kawasan iaitu pantai dan tasik. Mcm kolej aku, kolej duyung n karah adalah kolej kawasan pantai. Sbb bersebelahan pantai. Kolej2 gemia dan redang pulak dikawasan tasik sbb dekat dengan tasik. See...... memng muka bumi kat UiTM Dungun ini best sangt. Semua ada. Tasik, pantai, bukit, hutan... semua ada...

Dungun

Bandar Dungun pun banyak perubahan sejak 4tahun lalu. Aku memng study kat Dungun 3tahun. Tapi setahun sblumnya aku keje kat Paka, Dungun. So dah 4tahun la aku kat Dungun. Apa yang best kat Dungun??? Sepanjang tepi pantai Dungun ada kedai2 kecik yang jual sotong goreng tepung. Duduk Dungun baru pandai makan sotong. Hahahaha.... dulu Dungun xde McD tapi skng dah ada. Hahaha... tu je la modal aku kan dari aritu. :P

Lagi yang paling femes amous kat Dungun adalah kedai POK ENG TIN. Sebut je nama tu semua orang tau. Hahaha.... kedai tempat student UiTM beli barang2 keperluan seperti Nescafe 3 in 1, jajan2, sabun, telur, buah2an dan selipar jepun pun ada kat tingkat atas. Kalau nak beli alat tulis pulak kedai kat sebelahnya iaitu Pustaka Seri Intan (PSI).

Hiburan

Hiburan kat Dungun xbanyak. Tapi student UiTM selalu pergi karaoke kat hujung deretan kedai kat bandar Dungun. Tapi AWAS.... polis selalu wat serbuan kat situ. Hehehe... tu je pusat hiburan kat Dungun. So, polis pun xtau nak serbu mana lagi kot. Hahaha....

Kalau ada transport sendiri, boleh la pergi MESRA MALL kat kerteh nu. Kat situ pulak ada pusat bowling, games, panggung wayang n gelanggang futsal. Tapi agak jauh dari UiTM. Dulu kalau tensyen2 selalu sewa kereta pergi sana nak makan secret recipe, big apple, pizza la.

Sewa kereta???

Rate sewa kereta aku xingat sangat. Tapi boleh la pergi kat kedai dia sendiri kat Tanjung. Kalau dari pintu utama UiTM tu, masuk kiri. Pas tu ada bulatan amik terus, jgn masuk UiTM lagi. Nanti pening kluar masuk kluar masuk xjumpa2 kedai sewa kereta. Hahahaha.... ok. Dah terus tu, sblah kanan ada taman tasik. Terus skit lagi ada nampak deret2 rumah n kedai. Ada nampak kedai burger n kedai makan, masuk simpang tu n terus je sampai deretan rumah yang terakhir. Korang akan nampak kereta yang banyak. Kat citu la kedai sewa kete.

Makanan

Antara kedai makan yang glemer dikalangan student UiTM adalah kedai makan abg murah. Hahahaha... suka2 ti kau je nak bagi nama kan. Aku xingt sangt nama kedainya. Tapi kedai tu memng murah. Tapi ramai lelaki la. Sbb murah n banyakkan. Lelaki kan suka makan banyak (^_^). Lagi yang best adalah nasi kukus. Ni pun aku kenal masa duduk Dungun. Tapi still xmasuk dengan selera Johor aku. Ada jugak KEDAI SELERA SELATAN. Tapi aku xpernah rasa plak masakan kat kedai tu. Almaklum la, aku xsuka sangt makan kat kedai ni. Rela masak mee hoon sup hari2 dari makan kat kedai. Tah la. Xtau nape.

Masa awal2 masuk dulu. Masa xde transport, kami suka makan kat kafe kreatif. Kafe ni ada dekat hotel UiTM Dungun. Ada laluan masuk kesana melalui pagar kecik dekat dengan dewan aspirasi. Kat situ makanan dia sedap2 jugak la. Tapi kena datang awal. Kalo x, lauk dah abis.

Lagi satu tempat baru yang kami suka makan adalah dekat taman tasik. Kedai ni kat belakang skit. So dari tepi jalan xnampak kedai ni. Dekat je dengan UiTM. Kluar pintu pagar belakang UiTM yang dekat bulatan tu pastu nampak taman tasik tu. Kedai tu menghadap tasik tu. Kalau nak murah, tengok sape yang jaga kaunter. Kalau si anak yang jaga, confirm murah. Hahahaha :P

Pasar Malam.

Pasar malam kat UiTM Dungun ada kat depan dewan aspirasi setiap petang ahad. Kat Bandar Dungun setiap petang khamis dan kat simpang taman melati setiap petang isnin. Pasar malam bandar Dungun tu ada dekat dengan pejabat pos Dungun. Simpang taman melati pulak dekat dengan traffic light yang ada tulis taman melati. Hahahaha. :P

Transportation

Ni isu sensitive kot. Hahaha... masa first2 smpai Dungun, aku pun patah kaki. Nak pergi mana2 susah sbb xde transportation. Pada yang duduk kolej, memng la susah sbb xbleh bawak kenderaan. Lagi2 kalau balik kampong tu, naik bus malam. Smpai Dungun jam 3, 4 pagi. Nak masuk kolej macam mana??? Dulu aku pun takut2. Lagi2 perempuan kan. So elakkan pergi mana2 sengsorng. Kalau balik kampong tu, pakat2 la. Balik sama2. Safety skit. Sbb kalau sampai Dungun awal2 pagi, naik prebet sapu sorang2 sape xtakut kan. So, hati2 la.

Kalau hari dah menghala ke subuh tu, adalah bus kuning yang tulis bus sekolah. Korang boleh la naik. Kalau nak kluar bandar pun, selalunya student naik bus tu. Tapi ada politik jugak nak naik bus tu. Kalau call suh datang amik, naik bus tu, balik nanti kene naik bus tu jugak. Kalau x, lain kali dia xmau amik dah. Hahaha... politik.... dari semester 1 smpai dah abis belajar ni, itulah masalah yang aku selalu hadapi setiap kali nak balik kampong. Sape yang yang antar ke bus stand. Sape yang nak amik bile dah sampai Dungun??? Huhuhu.... dulu aku selalu naik Pok Long. Pak cik ni prebet sapu jugak la. Kenal dari kawan kami. Rumah dia dekat je dengan rumah kami. N dia memng banyak tolong dulu. Kalau nak kemana2 call je dia. Dia boleh hantar. Tapi hujung semester haritu, aku call dia banyak kali. Nak p UiTM, nak suh antar p bus stand, semua dia xnak antar. Maklum la, hujung2 sem. Kawan2 semua dah balik kampong. Motor pun dah pulangkan. Tu yang susah. Ingatkan dia sakit ke apa ke. Rupa2nya katanya dia merajuk. Sbb kene saman dengan si bus kuning tu. Sbb amik budak UiTM pergi balik kelas... tah pape tah...

Huhuhu.... banyak plak entry aku kali ni. Apapun, untuk student UiTM Dungun yang bakal mendaftarkan diri, all the best. Belajar bebetul k. Selamat duduk di DUNGUN. Hihihi :P

Wednesday, December 8, 2010

Rapunzel: Tangled tale preview



sape dah tengok cite terbaru Disney angkat tangan???? aku! aku! memng cerita2 disney xpernah kecewakan aku dari dulu... aku memng suka sgt tengok n baca kisah2 fairy tale. sbb dulu masa kecik, arwah abah selalu cerita kat kami adik beradik kisah2 dongeng ni. dan kadang2 aku selalu mimpi aku la puteri cantik yang menanti putera macho sambil menunggang kuda putih datang menyelamatkan dari ahli sihir kejam. dari cerita Cinderella, Snow White, Beauty and the Beast sampai la cerita Rapunzel, semua pun aku suka tengok...


smlm, aku ajak Mr. S tengok wayang. tengok 3D lagi. tu yang lagi best kot sbb tgk 3D. nampak real sanggat... cerita rapunzel: tangled tale ni ada kelainan sikit dengan cite2 dongeng sebenar yang mana sang puteri menanti sang putera datang menyelamat.

kisah ini bermula dengan.......
Seorang tua jahat bernama Gothel yang menyaksikan sinaran matahari yang menyentuh tanah dan terciplanya bunga ajaib yang mampu jadikan dia kekal muda dan mampu menyembuhkan penyakit kalau dia nyanyi lagu untuk bunga tu. Berabad-abad kemudian, ratu sebuah kerajaan berhampiran jatuh sakit masa dia mengandung. maka, seluruh hulubalang2 istana diarah untuk mencari bunga ajaib yang dah disembunyikan oleh orang tua jahat tu. Bunga tu telah menyembuhkan ratu dan lahirlah Rapunzel, yang juga mewarisi sihir bunga melalui rambut panjang emasnya. Suatu malam, orang tua jahat menculik dan mengasingkan Rapunzel di menara dan menjaganya seperti anaknya sendiri konon.

orang tua jahat Gothel

tapi setiap tahun pada hari jadi Rapunzel, kerajaan mak ayah Rapunzel melepaskan tanglung mengambangkan kerinduan mereka kepada puteri yang hilang dengan harapan dia dapat kembali bersama. lapan belas tahun kemudian, Rapunzel cakap kat orang tua jahat yang dia nak tengok tanglung2 yang muncul hanya pada hari ulang tahunnya, tapi orang tua jahat tu tak bagi dengan takut2kan Rapunzel yang dunia luar adalah tempat yang berbahaya. Sementara itu, pencuri Flynn Rider yang melarikan diri dari ditangkap pihak istana bersembunyi di menara Rapunzel dan ditawan oleh Rapunzel dan haiwan kesayangan, Pascal. Rapunzel tawar-menawar dengan Flynn kalau Flynn temankan dia ke acara tanglung, dia akan kembalikan tiara yang dicuri dari istana.

sape sangka, periuk adalah senjata paling terbaeekkk....

pascal, si sumpah2


Flynn setuju dan Rapunzel yang baru pertama kali tengok dunia luar sangat teruja. Kemudian, orang tua jahat balik ke menara untuk mencari Rapunzel yang dah pergi, dan dia jugak terjumpa tiara yang tersembunyi di dalam beg di bawah tangga.

Rapunzel dan Flynn tiba di Duckling Snuggly, sebuah pub yang penuh dengan penjahat. penjahat2 ni tau yang Flynn adalah pencuri yang dikehendaki oleh pihak istana. tapi Rapunzel menghadap orang-orang tu yang menyatakan bahawa dia perlukan Flynn untuk merialisasikan impiannya melihat tanglung. Para penjahat tu pun memutuskan untuk membantunya sbb mereka pun ada impian. disitu bermula la kejadian kejar menyejar pihak istana, kuda macho Maximus dengan Rapunzel dan Flynn. dalam episod kejar mengejar, mereka terperangkap dalam gua yang tertutup. Rapunzel pun menggunakan rambut magic dia untuk terangi gua yang gelap tu dan berjaya keluar dari gua.

maximus, si penjejak

Malam itu, Rapunzel menyembuhkan tangan Flynn, yang terluka dalam pelarian mereka,dengan rambutnya dan bagitau Flynn kalau rambutnya dipotong, ia kehilangan magic dan berubah warna menjadi coklat. masa Flynn pergi mengumpulkan kayu bakar, orng tua jahat tu muncul dan memohon dengan Rapunzel untuk kembali ke menara, tapi Rapunzel menolak sbb dia dah mula suka kat Flynn tapi orang tua jahat tu memberikan Rapunzel tiara di dalam beg dan cakap yang Flynn cuma tertarik pada tiara tu je dan akan tinggalkan Rapunzel lepas dapat tiara tu. esok paginya, maximus si kuda macho datang serang tapi dapat di manjakan oleh Rapunzel.

Maximus yang macho...



Malam itu, Flynn dan Rapunzel pergi ke tengah tasik yang berdekatan untuk melihat taglung. Rapunzel bagi Flynn tiara tu sbb dia dah percayakan Flynn tu. sedang mereka romantik2, Flynn melihat si penjahat yang juga konco2nya dulu di pantai dan bagitau Rapunzel yang dia akan segera kembali. Flynn meminta maaf kepada konco2nya dan kembalikan tiara yang dilarikan, tapi konco2nya tu nakkan Rapunzel sebagai gantinya. Beberapa saat kemudian, si konco2 tu cakap kat Rapunzel yang Flynn dah tinggalkan dia dengan tiara tu, tapi sebenarnya Flynn telah terikat di perahu dalam keadaan pengsan. kemudian orang tua jahat yang juga berpakat dengan konco2 Flynn tu mengkhianati mereka dan pura2 macam dia menyelamatkan Rapunzel.

kemudian.......
enoughla kan... hihihi.... saje je wat korang tertanya apa ending cerita ni. nak tau, g la mana2 panggung wayang. pasti xmenyesal. :)

watak yang aku paling suka ialah Rapunzel sbb dia cantik dan bermata bulat dan jugak Maximus si kuda macho tu. si kuda yang perkasa, pandai main pedang, patuh pada arahan tuannya, tegas dan a good tracker.

ps: fyi, ada jugak nama penyakit sempena nama Rapunzel ni. Rapunzel syndrome, iaitu sindrom makan rambut sendiri.. huhuhu... sape2 nak jadi Rapunzel, bleh la makan rambut anda. :P

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI


kid can fly...

Mari sertai FEEL FREE TO FLY CONTEST dan menangi hadiah menarik lagi tertarik (sebab wangi ) :


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

aku tag:
maisarah
emieza
pinked

Aidiladha

just to share some picture of cs224 yang beraya diDungun demi siapkan FYP... xpayah nak cari aku kat celah2 gambar sbb memang xde pun okay.. aku beraya dikampung dan tidur sepanjang hari sbb keletihan yang amat... (^_^!)









Monday, December 6, 2010

episod FYP - sebalik tabir

sambungan siri FYP. sebalik ke-happy-an kami dalam mem-present system dan poster, banyak dugaan dan cabaran yang diharungi. 3malam berturut2 tak tidur malam untuk siapkan system. esoknya selepas presentation poster, kami kena present poster bagi system kami pulak. dan poster2 mestilah berukuran A3. kalau xtau saiz A3, sila amik 2helai A4 dan cantumkan. maka, jadilah A3.
nak dijadikan cerita, kami2 semua dah siapkan poster berkenaan sehari sblum hari presentation system. tapi sbb xpuas hati dengan design poster, kami pun malas2 pegi print. so, konon2 nak print malam esoknya.
kedai print memang banyak kat dungun tapi kedai print saiz A3 yang bukak malam2 hari cume ada satu je. so, kami pun wat la appointment nak print jam 8malam.
datang2 print je, printer pulak rosak.... adoiyaiiii... siap call technician suh datang betulkan malam2. tapi malangnye, hardware printer yang rosak. so memang xbleh nak betulkan malam tu jugak.
ingatkan malam tu boleh la tidur awal sbb dah 3hari xtidur. disebabkan masalah tersebut, kenalah balik umah, edit poster format JPEG yang kami buat saiz A3 tu n kerat dua jadi saiz A4. nasib baik sblum balik tu dah singgah dulu CC Din yang kaler merah lepas simpang kanan kat traffic light ke UiTM Dungun tu. ha kau... siap bagi direction lagi. untuk student2 UiTM or Politeknik Dungun yang wat keje last minit bleh la print kat ctu sbb CC tu tutup lewat xmacam CC lain kat Dungun. huhuhu....


sempat tidur smbil tunggu turn nak print.

masing2 mata lebam sbb xtidur malam

ketuk CC Din jam 12. siap print kol 1. singgah McD yang baru bukak kat Dungun. nasib la Dungun dah ada McD kan. bleh la makan McFlurry Oreo yang sedap tu. sblum2 ni kalo stay up malam asyik pegi 7e g beli Slurrpy je... :)

balik kerumah jam 2 dan mula la cantumkan 2helai A4 tu jadi poster saiz A3. hahahaha.... :P
habis je presentation poster tu, balik umah siap2 kemas barang n pos moto nadia. Malam ni balik kampung esok raya.... yipiii....
tapi sian kat kawan2 lain, semuanya xbalik raya kecuali kema yang memng anak jadi Dungun dan aku sendiri. memng anak durhaka kalau xbalik rumah.
jam 3, siap2 kami, aku, june, maisarah, nadia, kema, sara, emie, yuyui, kay dan ira sama2 menghabiskan masa bersama2 buat kali terakhir di Dungun... sob sob... will be missing u guys....


berjimba2 di mesramall

Saturday, December 4, 2010

episod FYP

ni cerita basi yer.. nak baca bleh teruskan. xnak baca bleh je close windows. hehehe... saje je aku nak tulis kat cni jugak walaupun dah basi n berkulat. kenangan tu... memng kenangan. as mention before, aku bertungkus lumus siapkan FYP. 3malam berturut-turut xtido. maksudnya bukan hari siang aku balun tidor. tapi memng xtido langsung selama 3hari. gile kau. mata memang sembab nak mati.
tapi ku gagahi jugak sbb nak siapkan system aku ni. tapi sebenarnye banyak je error yang aku buat. tapi nasib baik examiner aku xtanye lebih2 masa presentation aritu. lepas je abis presentation system, kitorang ada presentation untuk poster pulak. dan nasib jugak xramai orang yang datang masa tu.
email dah dibagi kepada semua staff uitm dungun untuk datang ke poster presentation kitorang. tapi esoknye raya hari. masing2 pun malas nak datng sbb exited nak raya kan.
ok... jom la layan gambar.. :P



sara, yuyui dan june menanti di booth masing2. menanti apa tu xtau la kan... huhuhuu

booth no 10, maisarah territory....

sambil2 tunggu judges abis judge. hahaha... xde orng datang la katakan....

amik gambar kenang2an dgn all cs224 student and lecturers... i'll missing u...

time makan mesti la excited gile... wing aku punye!!!!